Hai guyss...sorry for the late update. ♥♥
...................................................
SUASANA yang tegang membuatkan Ulya tidak senang duduk. Ruang rehat yang luas diduduki oleh mama, papa, Abang Khairin, Abang Wazif, Kak Insyirah, Raiyan dan Ulya terasa sempit dengan suasana tegang seperti ini. Raiyan yang berada disebelah dijeling. Tenang saja riak wajah Raiyan seperti tidak berlaku apa-apa. Suaminya tiada perasaankah?
Niat nak keluar ke shopping mall terbantut begitu sahaja dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang. Kelihatan Dato' Yusoff dan Datin Najihah sedikit terkejut dengan tetamu yang berada bertentangan mereka.
"Akak dengan abang buat apa dekat sini?" Suara Datin Najihah memecahkan suasana yang tegang tadi. Datin Najihah sepertinya kurang senang dengan kedatangan mereka. Dato' Yusoff hanya melihat mereka dengan tatapan tajam.
"Wow! Berlagaknya. Tak boleh ke kami nak melawat adik sendiri?Yelah. Dua puluh tahun menghilang tanpa khabar. Tup tup dah duduk rumah besar ni. What surprising huh?" Lelaki tua atau lebih dikenali Tuan Zakaria menjawab dengan sinisnya. Isteri Tuan Zakaria iaitu Puan Adibah hanya tersenyum sinis.
Adik? Ulya yang mendengar telah berkerut dahi. Reaksinya sama seperti Abang Khairin, Abang Wazif dan Kak Insyirah. Raiyan masih kelihatan tenang.
Sebelum ini mereka tidak tahu mama mereka mempunyai abang.
" Bukan berlagak...cuma pelik kenapa baru sekarang abang dengan akak baru muncul. Kenapa bukan 25 tahun yang lalu. And for your information, kami tak menghilang melainkan kami di halau." Ayat yang dikeluarkan Datin Najihah seperti menyindir pasangan yang berada bertentangan mereka. Ulya dan yang lain-lain hanya mampu melihat. Tidak berani hendak masuk campur.
Muka Tuan Zakaria dan Puan Adibah berubah seperti tertelan biji durian. Kelat apabila diajukan soalan itu.
"Bukan salah kami. Kau yang kena halau." Balas Puan Adibah yang sedari tadi berdiam diri.
"Oh ya? Jadi sekarang apa hajat korang datang sini?" Soal Datin Najihah.
" Tak ada apa-apa pon. Cuma..kami kan baru datang Malaysia. Maklumlaa sebelum ni kami tinggal di German. Nak cari hotel dekat-dekat sini susah. Jadi kami nak tumpanglah dekat rumah kau." Dengan lagak tak tahu malu Puan Adibah menyuarakan hasrat mereka. Dasar tak tahu malu.
"Huh ingatkan duduk dekat German dah lupa Bahasa Melayu. Tahu lagi rupanya." Suara garau yang mencelah membuatkan suasana kembali sunyi. Mereka semua mengalihkan wajah memandang Raiyan yang selamba membidas Puan Adibah.
Laju Ulya memandang Raiyan. Terkejut dengan percakapan Raiyan. Beraninya.
"One more thing. I think you have a phone right? Why don't you search any hotel in google or maps. Apa guna beli telefon mahal-mahal tapi tak pandai guna? Ke nak merasa kemewahan dari mak mertua aku?" Sindiran pedas daripada Raiyan menambahkan lagi kelat pada muka pasangan itu serta anak mereka, Alyana. Terasa dengan sindiran pedas Raiyan.
"Biy apa cakap macam tu." Tegur Ulya pada Raiyan. Cukup hanya mereka berdua yang dengar. Tangan Ulya dibawa ke atas tangan suaminya yang berada di atas paha lelaki itu.
"I know what i do dear." Ringkas Raiyan menjawab teguran Ulya. Tangan isterinya digenggam dan diusap lembut bagi meredakan kebimbangan Ulya terhadapnya. Dia tahu apa yang dia lakukan. Dan dia juga tahu niat mereka bertiga berada di sini.
"Ehh you're Raiyan Iskandar right? Anak Tan Sri Mateen kan? I know you." Tuan Zakaria cuba menghilangkan suasana kekok itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/250878325-288-k13044.jpg)
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomansYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka