BILIK PEJABAT Raiyan diperhati. Unik. Semua syarikat Raiyan dibina dengan konsep yang unik dan menjadi tarikan orang ramai. Dan ini satu-satunya office Raiyan yang Ulya paling minat daripada office Raiyan di syarikat lelaki itu yang lain.
Raiyan ubah suai office ini mengikut warna dan tema kegemarannya iaitu emas dan putih. Tak adalah rasa duduk dalam kegelapan seperti office Raiyan yang lain.
Raiyan yang sedang menaip diperhati. Ulya ingin memanggil suaminya tetapi tiba-tiba terasa tiada keberanian. Rasa gelisah melebihi segalanya.
Tarik nafas, hembus. Ok relax Ulya. U can do it.
One
Two
Three
Go!
"Bie." Nama panggilan suaminya diseru.
"Yes." Jarinya masih menaip di keyboard komputernya.
Sunyi.
Raiyan melirik matanya ke arah Ulya yang berada dihadapannya. Hairan melihat Ulya yang seperti dalam keadaan gelisah. Kenapa pulak tu?
"Kau kenapa?"
"Hmm? Tak apalah." Sengihan janggal ditayang.
'Aaaaa kenapa aku takut sangat niii?!' Jerit hati Ulya.
"Just let me know. Aku tak suka kau berahsia dengan aku." Nada yang biasa tapi membuatkan tangan Ulya makin sejuk. Takut? Ya, dia takut plus seram sejuk. Hidung Raiyan dipandang. Tak berani hendak bertentang mata dengan suaminya.
"Lyaa– emmmm nak kerja boleh?" Perlahan Ulya menyuarakan keinginannya. Matanya dicuba juga untuk menentang mata suaminya.
"Boleh." Terbuntang mata Ulya.
"Seriess la biee? Tak tipu kan?" Bersungguh Ulya menanya. Terus Ulya mengorak langkahnya laju dan memeluk Raiyan sambil terlompat-lompat kecil. Dengan Raiyan sekali ikut bergoyang. Raiyan hanya membiarkan.
"Eeee happynyaa!"
Ulya terus duduk di atas riba Raiyan secara berhadapan. Kaki kanan di sisi kiri Raiyan dan kaki kiri di sisi kanan Raiyan. Terjongket sebelah kening Raiyan. Bibirnya ikut tersenyum senget.
"Lya ingat lya nak kerja dekat—"
Jari telunjuk Raiyan menghalang percakapan yang Ulya ingin utarakan."Aku yang akan pilih kerja untuk kau."
Dahi Ulya berkerut pelik. Jari telunjuk Raiyan di alihkan.
"Tapi Lya nak pilih sendiri." Beritahu Ulya sedikit merengek. Keinginannya untuk bekerja dalam bidang yang dia minati bagaikan dipinggir pantai yang menunggu ombak menariknya pergi.
"Kau nak kerja apa, sayang?"
Leher Raiyan dirangkul. Mukanya ditekapkan di leher suaminya.
"Lya nak kerja dekat cafe jadi barista."
"Ok you can have it-" Tangan kanan Raiyan mengusap belakang badan Ulya.
"Betul?" Wajahnya masih dileher Raiyan.
"Yes. Kau boleh jadi barista. Tapi barista untuk aku."
Leher Raiyan digigit. Kuat. Dia tahu Raiyan tak akan semudah itu ingin melepaskannya begitu saja. Sebab itu dia sudah bersiap sedia di leher Raiyan. Hendak menampar suaminya, dia tidak sanggup.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka