"TUAN, ni dress wedding yang tuan mintak. Semua ni yang latest punya."
Setelah 20 minit menunggu, akhirnya baju-baju itu tiba. Terpegun dia melihat dress-dress wedding yang dibawa oleh Aidil. Semuanya ada lima.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Mata ulya memandang pada dress wedding yang pertama. Simple. Nampak seperti tidak berat. Tapi dia perlukan persetujuan Raiyan.
"Kau nak yang mana?" Soal Raiyan pada Ulya yang membisu daripada tadi.
"Ermm Lya nak yang tu." Ulya menunjukkan pada dress wedding yang dia berkenan tadi.
Raiyan membelek baju yang ditunjuk oleh Ulya. Not bad.
"Go try it." Ujar Raiyan senada.
Bersinar-sinar mata Ulya apabila Raiyan membenarkan dia mengambil dress tersebut. Aidil yang melihat hanya tersenyum.
Ulya mengambil dress wedding itu dan menuju ke arah fitting room yang agak tersembunyi dari pandangan orang luar. Itupun Aidil yang tunjukkan. Nak harapkan Raiyan? Kirim salam dulu. Nak beli baju kahwin pun masih lagi hadap kerja dia.
Ulya terus mencuba dress wedding yang dipilihnya sebaik saja masuk ke dalam fitting room. Sempat lagi dia berpusing-pusing ala-ala Cinderella di dalam tu. Bukan tu saja, gadis itu sempat lagi perasan cantik di hadapan cermin. Perempuann~