'ERMMMM laparnyaa' Ulya terjaga apabila merasakan perutnya berkeroncang. Tapi malas menguasai dirinya bila bantal yang dipeluknya terlalu selesa. Hangat.
"Nak makan apa ekk? Dekat bawah ada makanan ke? Haihhh.. Ni semua salah si singa jantan tu." Gumam Ulya perlahan sambil matanya tertutup. Tanpa Ulya sedar, 'si singa jantan' itu sudah terjaga.
Tajam pandangannya terhadap Ulya yang berada di dalam pelukannya.
"Erkk"
Terkedu Ulya apabila ada sesuatu yang mencengkam punggungnya. Bertambah terkedu Ulya apabila benda itu mula bergerak untuk masuk ke dalam bajunya.
'Apa benda ni' Ulya sempat menangkap benda menjalar di badannya daripada memasuki di dalam bajunya.
'Tangan!?' Terkejut Ulya apabila benda itu ialah tangan manusia.
"Ehemm"
Ulya mengangkat kepalanya untuk memandang gerangan itu. Terkejut bukan kepalang apabila gerangan itu ialah Raiyan.
"Arghh---emmmphh! " Raiyan terus menolak Ulya ke tepi dan menekup mulut gadis itu daripada terus menjerit.
"Emphhh emmphh--"
"Shhhh kau nak semua orang bangun ke!"
Ulya menggelengkan kepalanya laju. Raiyan melepaskan tekupannya.
"Iyan buat apa dekat Ulyaa?!" Mahu sahaja dia meraung-raung di situ tapi mengingatkan penghuni mansion ini sedang tidur, dia tidak sanggup.
"Nothing. Just touched what I like." Ujar Raiyan sambil menjilat bibir atasnya.
"Eeeeeee pervert!!" Disebabkan marah mengatasi dirinya, Ulya menarik rambut Raiyan dengan kuat untuk melepaskan rasa marahnya.
"Hoi habislaa botak aku nanti. Lya!!"
"Biar! Biar botak! Padan muka!! Arghhhh"
"ENOUGH ULYA?!" Suara lelaki itu naik seoktaf.
Terhenti perbuatan Ulya pada Raiyan.
"Puas hati kau hah!" Soal Raiyan dengan kasar. Raiyan merenung Ulya tajam sebelum keluar dari bilik Ulya.Terjongket kening Ulya melihat Raiyan berlalu pergi.
'Merajuk ke? Seriously?!'
Ulya menggaru kepalanya yang gatal.
KEPALA?!"Mana tudung aku!! Huwaaaa mamaaaa Raiyan nampak aurat Lyaa!!!"
ULYA berjalan dengan perlahan-lahan supaya maids di sini tidak perasan dia keluar dari mansion ini.
Bukan lari dari mansion Raiyan ok! Ulya cuma mahu keluar jalan-jalan sekitar sini sahaja. Mahu menenangkan otak. Gadis itu hanya mengenakan pakaian yang biasa sahaja. Kalau orang lain tengok, mereka akan fikir Ulya hanya dari golongan biasa-biasa sahaja bukan dari golongan orang ternama atau berada.
Sampai sahaja di hadapan pagar, Ulya ditegur oleh bodyguard yang menjaga pagar besar itu.
"Miss Ulya! What are you doing here? Where you wanna going?" Terjongket sebelah keningnya.
"Errrr i wanna go somewhere? And Raiyan gave me permission just now." Teragak-agak Ulya mahu menjawab.
"Oh alright. You wanna a driver to sent you go to somewhere place?" Soal penjaga disitu tanpa meragui Ulya .
"It's okay. I don't want ." Ulya memberikannya senyuman lalu dia segera keluar melepasi pagar besar itu. Lagi lama dia di situ, takut penipuan terbongkar.

YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomansaYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka