-1-

873 50 27
                                    

" Cari lah sekecil cahaya, meski alam semesta bergelap suram."

**********

" Bro! Lama tak jumpa bro!"

Sapaan selamba seseorang membuatkan pertelingkahan yang berlaku di antara dua pihak terhenti. Masing-masing menoleh memandang gerangan si pemilik suara.

"Kau ni kan... kacau mood aku hari ni betul lah, Aloi."

Lelaki berbangsa Cina bernama Aloi itu terus terdiam, wajahnya sedikit kelat. Anak-anak buahnya langsung tidak menahu apa-apa.

" Daffa." sebut Aloi perlahan.

Daffa menggaru kepala perlahan, satu keluhan dilepaskan. Baru sahaja dia nak happy-happy harini, alih-alih perlu berhadapan dengan Aloi pulak!

Seorang remaja lelaki dan dua kanak-kanak perempuan kembar dipandang dengan kening terjungkit. Remaja lelaki ini lah tadi yang bergaduh mulut dengan Aloi, dan menarik perhatiannya untuk pergi ke sini.

" Apahal kau buli budak-budak ni, Aloi?" tanya dia tidak senang.

Aloi menjeling, dia juga tak senang dengan kehadiran Daffa, mengganggu kerjanya saja!

" Oi, aku tanya ni! Kau pulau aku eh!"

" Haiya! Zam! Kasi tahu!" kata Aloi berang!

Daffa cuma mengangkat kening apabila salah seorang anak buah Aloi bernama Zam tampil di sebelah Aloi.

" Bapak ini budak tak kasi setel hutang ma... sekarang bapak dia sudah lari, duit pun lari, dia orang lah kena kasi setel!"

Daffa tidak menunjukkan apa-apa reaksi, dia cuma memandang anak buah Aloi tu dari bawah sampai atas,

" Ouhh... macam tu." jawab dia perlahan.

Matanya teralih pula pada tiga orang budak tadi, mereka bertiga adik-beradik lah ya?

" Wei budak, sini, sini!" panggil dia sambil melambai tangan, menyuruh mereka datang kepadanya.

Tiga beradik itu saling pandang, baru sahaja mereka mahu melangkah, mereka dihalang pula oleh anak-anak buah Aloi. Aloi sudah memandang tajam,

" Lu apahal? Boss wa tak ada kacau lu ma!" tengking Zam.

Daffa memandang dengan pandangan jengkel,

"Aloi... lepaskan budak-budak ni, sekarang."

Tegas Daffa menyebut, kening sebelahnya terjungkit memandang Aloi.

" Lu ni cari nahas kah?! Boss, kita kasi rembat sama dia!"

" Wa Lu Wa Lu! Kau Melayu lah gila! Panggil 'aku-kau' tak boleh ke?! Rimas aku dengar!" bentak Daffa hilang sabar. Bingit telinganya!

Teriakan Daffa membuatkan mereka terdiam sekali lagi. Terus Zam berdehem dan tutup mulut. Daffa menjeling Zam tajam, dia memandang Aloi semula. Kening dijungkit lagi.

Aloi mengeluh perlahan,

" Daffa, wa tak ada kacau sama lu... "

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now