~23~

230 32 6
                                    

Afiq dan Akmal saling pandang, Akmal menaikkan kenimg bertanya kenapa kepada Afiq, Afiq yang seakan faham dengan pertanyaan yang ditujukan buat dirinya menjongketkan bahu tidak tahu. Mereka keliru dan hairan.

Pandangan dihalakan ke hadapan semula, melihat latihan antara Daffa dan Haziq... lebih kepada pertarungan. Cuma apa yang membuatkan mereka berasa hairan di sini, Haziq seolah olah sedang menghamburkan perasaannya melalui pertarungannya dengan Daffa. Afiq dan Akmal perasan, Haziq hari ini pun kurang ceria, dan nampak muram. Dan sewaktu latihan ini, Haziq bertarung dengan bersungguh sungguh dan... kuat! Dia melawan seolah olah Daffa itu musuhnya. Pelik dengan keadaan itu, Afiq dan Akmal mula berasa tidak selesa.

Daffa masih tenang mengelak, dan sesekali turut sama menyerang Haziq. Hari ini dia lebih banyak bergerak berbanding biasa, pukulan Haziq juga terasa sedikit kuat. Pelik. Wajah Haziq nampak serius ketika berlawan, dia sendiri keliru, sama ada itu adalah reaksi marah, kecewa atau sedih? Wajah serius Haziq sukar digambarkan dan dibandingkan dengan sesuatu perasaan.

" Arkk!" teriak Haziq dek kerana sakit di siku akibat terhentak ke tanah. Entah kali ke berapa dia sudah jatuh ke tanah berlapis rumput hijau ini.

Dadanya turun naik kerana penat dan mencari nafas. Dia dengan perlahan berdiri tegak dan membentuk kekuda semula. Daffa yang melihat sudah mengerutkan dahi, tidak selesa dan keliru.

" One more." pintanya dengan nada yang agak serius bercampur nafas kasar.

Afiq dan Akmal sudah terdiam, suasana terasa tegang, berbeza betul dengan latihan sebelum-sebelum ini yang dipenuhi aura ceria.

" Haziq, rehat du—"

" One more... sekali lagi." cantas Haziq laju.

Daffa terus diam, wajahnya masih kekal tidak bereaksi, namun hatinya sudah bergelodak tidak senang. Dia penat! Kekuda dibuka, kepalan penumbuk dibawa ke depan, bersedia untuk menerima serangan Haziq.

Haziq menyerang pantas! Cuba mencari celah untuk menjatuhkan Daffa! Namun dengan tenang Daffa menepis dan mencari ruang untuk menyerang. Setiap serangan Haziq ditepis dan diterima tenang, sehingga lah Daffa menggunakan celah kesempatan yang ada dan sekali lagi menolak dada Haziq sehingga jatuh ke tanah!

Akmal dan Afiq sudah lama terdiam melihat aksi mereka berdua. Kaget dengan perubahan mendadak Haziq. Tiada gurauan dan sendaan? Itu Haziq kah?

Daffa menarik nafas panjang dan dihembus perlahan melepaskan lelah. Keringat yang mula timbul di dahi pantas dikesat. Dada Haziq sudah berombak laju, kepenatan. Mata Daffa serius memandang reaksi dan tindak tanduk Haziq.

" One more."

Daffa tersentak, Afiq dan Akmal mula seriau! Mengapa semakin lama, Haziq semakin serius? Mengapa Haziq berperwatakan begini!

Haziq bangun perlahan dan membentuk kekuda semula. Bersedia untuk melawan lagi.

" Haziq, cukup." bantah Daffa, rasa tidak senang, pasti ada sesuatu berlaku padanya.

Namun, Haziq menggeleng, matanya tidak berperasaan, wajahnya serius, peluh yang mengalir langsung tidak dihirau,

" Sekali je lagi."

" Haziq, aku kata cu—"

" Sekali je lagi!" teriak Haziq tanpa sedar.

Afiq dan Akmal tersentak. Wajah Daffa berubah serius, agak terkejut dengan teriakan Haziq, tetapi, dia sudah penat dan... fed up.

Pantas kekuda dibuka, matanya tajam memandang Haziq,

" Fine."

Haziq terus menyerang dengan sisa kekuatan yang ada.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now