~35~

269 25 3
                                    

Daffa tidak sempat dihalang! Laju Daffa meluru ke arah Hazril sebelum dia menendang kuat perut lelaki itu dengan kekuatan penuh! Membalas perbuatannya! Wajahnya sudah merah kerana marah! Tangannya sudah dikepal terlalu kuat!

Melihat aksi mengejutkan itu, semua tergamam. Hazril terbatuk-batuk mengeluarkan cecair merah yang pekat. Semua terkedu. Darah...

"Ahahha kuat... kuat gila... "

Kata kata Hazril langsung membuatkan Daffa mengetap gigi,

"Sial! Aku bunuh kau!"

"DAFFA BERHENTI!" teriak Akwa, dia cuba menghentikan! Daffa sudah tidak dapat dikawal!

Ahli Angel terus menyerang konco konco Hazril yang lain. Ramai! Akwa mahu menghalang Daffa daripada bertindak jauh, tetapi, konco Hazril menghalang! Dia betul betul risau Daffa akan membunuh tanpa sedar.

Daffa langsung tidak menghiraukan sesiapa! Dia laju meluru ke arah Hazril sebelum perut lelaki itu sekali lagi ditendang kuat! Tidak cukup dengan itu, wajah lelaki itu ditumbuk benci! Dia melepaskan amarah pada tumbukannya! Hazril langsung tiada daya mahu melawan!

Nufail yang melihat sudah menunduk, dia sendiri tidak berdaya mahu menolong, rasa bersalahnya mengatasi segalanya!

"DAFFA! BERHENTI DAFFA! JANGAN JADI PEMBUNUH!" teriak Akwa sedaya upaya mahu memberhentikan Daffa, meskipun dirinya sedang bergelut!

Ayunan penumbuk kali keduanya terhenti mendengar teriakan Akwa. Tangannya menggigil menahan diri daripada terus mengerjakan Hazril. Tetapi, dia betul betul marah! Lihat senyuman lelaki itu sudah mendidihkan darahnya ke 100°C!

Ufairah mengangkat wajah melihat sang suami. Dia tidak mahu lelaki itu menjadi pembunuh kerana dirinya! Perutnya terasa sakit benar, dia tidak tahu mengapa!

"Awak... berhenti... tolong berhenti... saya sayang awak... jangan jadi pembunuh kerana saya... "

Daffa tersentak mega hebat. Wajahnya terus berubah mendengar suara sayu dan serak milik Ufairah. Terus dia menjauhkan diri daripada Hazril yang nampak benar benar lemah. Tetapi sempat dia meraba Hazril mencari kunci rantai rantai yang mengikat isterinya.

Ufairah didapatkan. Wajahnya mendadak berubah risau dan panik saat melihat sang isteri. Dia terus melutut, tubuh itu didakap pantas! Langsung dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang huru hara! Dia mendakap erat, dia terlalu takut jika gadis itu hilang! Berderau darahnya apabila mendengar teriakan Ufairah tadi.

"Aku takut hilang kau tahu tak? Aku minta maaf, Irah, aku betul betul minta maaf... terima kasih sebab masih bertahan... "

Ufairah menarik senyum lemah... untuk apa meminta maaf? Dia langsung tiada rasa kesal atau marah. Tubuhnya melemah... dia... tiada apa apa tenaga lagi. Matanya terpejam tanpa dapat ditahan. Dia sudah cukup bersyukur suaminya datang.

Daffa yang merasakan tubuh Ufairah longlai terus melepaskan dakapan untuk melihat. Matanya terbeliak melihat Ufairah tidak sedarkan diri!

"Irah! Irah! Ufairah!" panggil Daffa kuat, pipi itu ditampar lembut. Tetapi tiada respon!

Daffa panik! Dia pantas membuka rantai rantai yang mengikat diri Ufairah. Tubuh itu dicembung laju,

"Akwa!" teriak Daffa memanggil.

Akwa menyelit di balik kerumunan itu mencari Daffa.

"Astagfirullahalazim! Cepat bawa isteri kau pergi hospital! Biar aku uruskan hal dekat sini!"

Daffa langsung pergi tanpa menjawab, dia boleh percayakan Akwa! Nyawa isterinya lebih penting! Pecutan kereta laju membelah jalan. Dalam hati sudah berdoa meminta yang Maha Esa membantunya.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now