~16~

253 32 14
                                    


" Dah tidur, aku ikat kau nanti."

" Tapi saya tak boleh tidur."

Ufairah bangkit semula, comforter juga diturunkan hingga ke peha.

" Habis tu, kau nak aku buat apa?" jawab Daffa malas, mata dan tangannya difokuskan pada permainan video.

" Hm....awak cerita lah pasal diri awak."

" Kau nak aku cerita apa? Malas lah nak cerita...."

" Alaa apa apa lah..." pujuk Ufairah ingin tahu, memang dia tidak tahu apa apa soal Daffa!

Daffa diam seketika, memikirkan apa yang hendak dicerita. Dia jarang bercerita soal diri sendiri, kecuali dengan Akwa, Afiq dan Akmal sahaja.

" Aku ada satu kedai tumbuhan hiasan. Ada pokok bonsai kelapa, bonsai Azalea, bonsai Bougenville, bonsai Adenium, ada kaktus bunga, kaktus tak ada bunga, alaa banyak lagi lah, takkan aku nak sebut satu satu kan?"

" Wahhh! Mesti cantik kan? Bila awak nak bawa saya pergi?" teruja Ufairah bertanya, dia duduk bersila di sisi Daffa.

Daffa melirik sekilas ke arah Ufairah, dia tersengih,

" Esok aku bawa kau."

" Yeayy! Awak mesti suka suasana tenang , suasana alam semula jadi kan? Tengok lah rumah ni pun rumah kayu, lepas tu banyak tumbuhan cantik, ikan, bilik awak pun tenang je..."

Daffa cuma mengangguk mengiakan, dia fikirkan Ufairah tidak perasan akan hal itu, rupanya...tahu pula...

" Haah, macam yang aku cakap dekat kau lah. Aku suka suasana tenang."

Ufairah mengangguk setuju,

" Lagi lagi?"

Daffa berfikir lagi,

" Lagi....aku ni pemegang dan pembeli saham."

Ufairah terdiam, kaget!

" Setakat ni...aku pemegang 12% saham syarikat Dakwa Sdn.Bhd, ala syarikat Akwa tu, kau kenal kan Akwa?"

" Yang tenang je muka dia tu kan? Dia kawan rapat awak kan?"

Daffa tersenyum nipis dan mengangguk,

" 10% saham syarikat Nell Sdn.Bhd, syarikat Ryan. Ryan yang muka beku, kerek je tu..."

Ufairah cuba mengingati, muka beku dan kerek? Ouh...lelaki tampan dan nampak berkarisma itu? Jadi itu lah Ryan? Tidak sangka dia punyai syarikat besar!

" 15% saham syarikat SPY, haa ni Ayah yang belikan, waktu aku 17 tahun, tapi Ayah tak adalah belikan sebanyak tu, aku je menambah sampai 15%, Ayah pun bekas pekerja situ. Aku pun.... kira pekerja juga lah.... tapi.... terpaksa."

Ufairah mengerut dahi,

" Hm? Terpaksa?"

Daffa cuma mengukir sengih nipis,

" Hm, aku kena perangkap sebenarnya. Alah tak payah kisah sangat lah. Yang penting sekali, aku tengah kumpulkan aset untuk kita berdua sampailah ke anak anak cucu nanti. Tapi bukan sebab tu je, aku nak kurangkan income tax sebenarnya hahaha."

Ufairah terus terdiam. Sekali lagi dia terbungkam apabila Daffa membicarakan soal anak...dia malu.... dan... takut. Dia rasakan dirinya bukan isteri yang baik. Daffa cuma tersengih apabila Ufairah diam, teringat dia kejadian petang tadi,

" Bila aku cakap soal anak, tak semestinya akan berlaku dalam masa terdekat Irah. Just take your time as much as you want. Aku cuma fikirkan masa depan kita, kan aku pernah cakap, aku nak perkahwinan ni lama, bertahan sampai kita tua. So, tak payah fikir sangat lah bila aku cakap soal anak. Lagipun, tu kan rezeki Allah, kalau ada rezeki, ada lah, tak ada, pun tak apa. Kau ni...tak relaks betul."

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now