"Oi."
Ufairah mengangkat wajah, dahinya berkerut, kepalanya terasa berdenyut denyut. Badannya jadi sedikit lemah berbanding tadi, tekaknya rasa mual.
" Kau okay tak?" soal Daffa, kepala dipusing memandang belakang, sedari tadi gadis itu nampak lemah sahaja. Mabuk keretakah? Atau tak boleh terkena pendingin hawa? Ya lah, rasanya, Ufairah jarang menaiki kereta.
" Saya pening, mual...." kata dia jujur. Dia tak mampu tahan lagi rasa mual nya.
Daffa yang mendengar sudah tidak bertanya apa apa.
" Akmal. Buka tingkap. Tutup aircond." arah Daffa.
Akmal menurut tanpa berkata apa. Dia sebenarnya masih terkejut! Terkejut melihat Ufairah! Dan terkejut dengan tindakan Bossnya!
Ini adalah KALI PERTAMA!
Bossnya membawa masuk perempuan ke dalam kereta Mercedes milik Daffa! Dan bossnya merancang segala macam rancangan daripada awal semata mata untuk perempuan tu?!
Memang terkejut beruk lah Akmal jawabnya!
Daffa lantas mengambil gula gula di dashboard dan diberikan kepada Ufairah.
" Nah, makan ni."
" Untuk apa?" tanya Ufairah lagi.
Daffa hela nafas,
" Kau kata kau mual kan? Makan lah gula gula. Tu lah, lain kali kalau mabuk kereta , cakap awal awal."
Ufairah mencemik, dia mengambil pemberian Daffa,
" Mana lah saya tahu saya mabuk kereta...nak marah je..."
Kecil sahaja Daffa melihat Ufairah,
" Kau ni tahu menjawab je...eish...dah lah diam."
" Awak yang cakap dengan saya dulu...."
Akmal menahan tawa. Dia memandang Daffa sekilas, rasa seronok apabila Daffa sudah terdiam, dan kalah pada seorang gadis!
" Diam, Ufairah. " arah Daffa tegas, bengang.
Daffa memandang Akmal pula, matanya tajam menikam Akmal yang sudah tersengih,
" Kau apahal? Sengih apa?"
" Tak boss....tak ada apa...."
Akmal berdehem dan fokus pada pemanduannya. Daffa hanya hela nafas perlahan, dia melihat ke depan semula,
" Nanti sampai rumah. Kau terus masuk bilik dan buka tingkap. Jangan lupa kunci pintu bilik kau lepas masuk tu. Ada pekerja aku akan bagi something dekat tingkap bilik kau tu. Kau ambil je. Lepas tu tutup tingkap, tidur. Kau tu dah lah tak sihat lagi."
Ufairah tekun mendengar, dia angguk sekali,
" Aku akan alihkan perhatian mak tiri kau tu. Aku tak tahu lah apa yang akan jadi dekat kau nanti, tapi...kalau apa yang aku buat ni berjaya, mungkin Mak tiri kau tak pukul kau teruk. Tapi kau kena tahan lah apa yang dia nak cakap nanti.
Haa lagi satu, sorokkan telefon tu dan barang barang yang pekerja aku akan bagi nanti, jangan sampai diorang nampak. Telefon tu pun, hati hati bila guna. Kalau ada apa apa, bagitahu aku atau Mak Lang."
Ufairah mengangguk lagi,
" Kau tahan lah sikit dengan diorang untuk 1 bulan ni. Tapi...kalau ada benda teruk jadi pada kau, inform aku cepat cepat. Faham tak?"
Ufairah mengangguk.
Daffa menoleh ke belakang apabila tiada jawapan daripada Ufairah, dahinya berkerut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...