"Nak?"
Daffa menoleh, terangkat keningnya memandang lelaki di hadapannya ini. Nufail tersenyum nipis, satu tin air 100 Plus dihulur.
"Tak nak." tolak Daffa tanpa perasaan.
Nufail terkedu, mengendur senyumannya, penat dia beli daripada 'mesin gedegang' tadi.
"Aku tak minum air bikarbonat." kata Daffa lagi, sekadar memberitahu.
Nufail tersengih, fikirnya Daffa masih membencinya kerana menolak pemberian itu.
"Oh... kalau macam tu, kau minum lah Ice Lemon Tea ni." tawar Nufail lagi.
Air tin pilihannya tadi dihulur kepada Daffa. Daffa sekali lagi memandang air tin itu, dia menghela nafas, perlahan tangannya mencapai. Teringat pula Mak Lang pernah marahnya kerana menolak pemberian orang semasa dia kecil.
Nufail tersenyum nipis. Lega walaupun Daffa seperti terpaksa saja mengambilnya! Daffa membuka minuman itu dan meneguk sekali.
"Angel... dah buat keputusan?" tanya Nufail perlahan.
"Belum." jawab Daffa sepatah.
Nufail mengangguk faham,
"Farhan macam mana?"
"Macam tu lah."
"Tak, maksud aku... keadaan dia?" soal Nufail lagi.
Daffa yang mendengar menayang wajah toya,
"Dia dah boleh jalan dah. Dah study balik. Afiq dengan Akmal paksa dia duduk dengan diorang, dia okay." jawab Daffa mendatar, seringkas mungkin.
Nufail sekali lagi mengangguk, dia menyepi seketika. Kali ini air tinnya dibuka, dan dia meneguk sekali.
"Err... Afiq dengan Akmal pula?" tanya Nufail selepas 10 saat ruang itu sepi.
Daffa tidak terus menjawab, sebaliknya dia menghela nafas, badan dialihkan ke arah Nufail, memandang lelaki itu dengan dahi berkerut,
"Kau nak apa sebenarnya, Nufail? Cakap straight to the point je lah." soal Daffa semula, nadanya mendatar saja.
Nufail mengeluh, dia tidak membalas.
"Aku nak minta maaf."
Daffa mengeluh,
" Kan aku dah kata tak payah—"
"Tak, Daffa. Aku... betul betul nak minta maaf. Jadi tolong, dengar apa aku nak cakap." cantas Nufail, menegas mahu berkata.
Wajahnya serius, dia tidak mahu lagi menahan rasa ini, hari ini, dia akan lepaskan segalanya!
Daffa terus melangkah ke kerusi yang sudah disediakan di situ, dia melabuhkan punggung,
"Cepat lah cakap."
Nufail tersengih, dia lebih selesa berdiri begini. Dia, mahu berhadapan langsung dengan wajah Daffa, dia tidak mahu berpaling lagi daripada wajah itu,
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RastgelePernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...