~36~

294 25 4
                                    

"Boss! Kita berjumpa semula!"

Daffa menoleh, dia menghela nafas panjang, kecil besar saja dia melihat mereka berdua.

"Aku suruh korang rehat kan? Kau nak aku patahkan tangan tu baru nak rehat ke?" ugut dia!

Hilang serta merta senyuman ceria di wajah Afiq dan Akmal. Mereka berdua berdiri di belakang Farhan yang tidak tahu apa apa.

"Menyeramkan."

"Hm! Hm! Seperti biasa."

Daffa menepuk dahi, penat betul dengan mereka berdua. Sakit atau tidak sama saja, kerisauan dia semalam ternyata sia sia belaka. Daffa mengangkat wajah pula melihat semua yang ada dekat situ, baru dia terfikir,

"Apahal korang semua berkumpul dekat sini ni?" soal dia pelik.

Tiba tiba sahaja mereka semua berkumpul di sini, malah Nufail pun! Haziq dan Nufail memalingkan wajah, tidak mahu menjawab. Farhan menunduk. Afiq dan Akmal senyap. Lama mereka menyepi, akhirnya Akwa yang menjawab,

"Kitorang risaukan keadaan isteri kau, dan kau. Tak apa lah, biar kitorang teman kau eh?"

Daffa terdiam, sesaat, dua saat... dia menayang wajah menyampah,

"Korang ingat ni drama ke? Cliche tahu tak cliche? Geli lah aku! Eeee!"

Haziq menayang wajah toya,

"Eish kau ni! Kalau aku dekat tempat kau, aku dah buat sujud syukur dah! Ya Allah bertuahnya aku dapat kawan macam ni! Hah!"

"Masalahnya... ni hospital! Dah sesak, tambah sesak je... orang lain pun nak berkumpul juga!"

Haziq menjulingkan mata ke atas,

"Ei diam lah! Kau ingat kitorang tak nak tahu ke keadaan isteri kau lepas apa yang Hazril buat tadi? Ingat kitorang tak risau dengan kau lepas tengok kau mengamuk tadi? Huh? Kau ni... kau nak gaduh eh? Sini ah!" balas Haziq, geram dengan sikap Daffa.

"Sure? Sure nak gaduh dengan aku? Sini—"

"AKU GURAU JE KAN?! KITA DEKAT HOSPITAL!"

Berlari Haziq bersembunyi di belakang Nufail. Badannya yang sedikit rendah langsung hilang di balik tubuh Nufail. Daffa menayang wajah menyampah. Akwa menarik sengih, bahu Daffa ditepuk dan ditarik untuk duduk semula. Sedikit rasa bersalah apabila ada mata yang memerhati. Pasti mereka memandang pelik!

"Dah dah... bertenang. Duduk dulu."

Daffa akur, satu keluhan dia lepaskan lagi. Haziq tersengih senget, dia segera beralih ke sebelah Nufail.

"Lagi satu aku nak tanya."

"Kau ni asyik tanya je, cuba kau berzikir pula... "

Daffa mengetap gigi, geram dengan Haziq!

"Kau diam kau pendek, sebelum aku masukkan kau dekat Zon Merah tu!"

"Wekk Abang Nufail boleh back up aku!"

"Sebab tu la aku nak tanya, APAHAL DIA ADA DEKAT SINI?!"

Nufail tersentak. Mereka yang lain sudah terdiam. Bergilir gilir bebola mata Haziq bergerak melihat Daffa dan Nufail silih berganti. Dia takut benar Daffa akan mengamuk di sini. Dia takut kalau kalau Daffa masih tidak mahu menerima Nufail.

Nufail menundukkan wajah,

"Aku... aku nak minta maaf. Sebab aku... aku... "

"Sejak bila kau gagap ni? Cakap elok elok tak boleh ke?"

Nufail menahan geram apabila dikutuk begitu, tidak nampak kah dia sedang gugup? Daffa langsung tidak berubah!

"Sebab aku gagal... lindungi... isteri kau." jawab Nufail perlahan.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now