"Anak Ibu jangan sedih lama lama ya sayang? Ibu tak suka anak ibu menangis je... ya?" lembut suara Puan Aini memesan, tangannya mengusap pipi Ufairah kasih.
"Yaa ibu... maafkan Ufairah susahkan hati Ibu..."
Puan Aini mengukir senyuman manisnya, tubuh Ufairah didakap kemas,
"Tak lah sayang... ibu sayang Ufairah... "
Daffa menguap kecil. Dia dan Encik Azhar saling pandang, sebelum masing masing tersengih sendiri, kepala serentak digeleng perlahan melihat drama air mata ini. Puan Aini memang lemah lembut, Ufairah pun sama. Mereka berdua mahu tergelak pula, bapak borek, anak rintik! Sampai ke isteri pun perwatakan yang sama!
"Baru kamu tahu perasaan Ayah selama ni."
"Ye lah Ayah... " pasrah Daffa membalas.
"Mak Lang... terima kasih banyak banyak bantu Ufairah... Ayah, Ibu... terima kasih banyak banyak bantu urusan jenazah arwah Atok... Ufairah rasa terhutang budi sangat sangat... "
Semakin beremosi pula sekarang. Encik Azhar tersenyum,
"Jangan difikirkan sangat lah. Dah kewajiban kita sebagai umat Islam. Kita kan keluarga, jangan difikir ya?" ujar Encik Azhar lembut, disambut anggukan Mak Lang.
Daffa cuma tersenyum nipis.
"Mak Lang dah anggap Ufairah macam anak sendiri dah... Mak Lang sayang Ufairah sangat... nanti suruh dak Daffa tu selalu teman Ufairah, jangan selalu sedih sendiri."
Ufairah mengangguk faham, mahu menangis dia dengan kebaikan hati keluarganya ini.
"Daffa!"
"Haa yee!" jawab Daffa, terkejut apabila namanya diteriak oleh Mak Lang!
"Jaga Ufairah baik baik!"
Dia mengangguk,
"Jangan sibuk kerja je! Jangan dilupa isteri dekat rumah! Selalu ada dengan dia!"
Daffa mengangguk sekali lagi, sempat dia menghela nafas,
"Dengau ke tak budak bertuah ni!" tempik Mak Lang kuat!
Terhinjut bahu Daffa dibuatnya! Pasrah saja wajahnya.
"Ye kita dengau lah Mak Lang... Allah... boleh sakit jantung aku." jawab Daffa sedikit kuat.
Tersembur tawa Afiq dan Akmal di belakang, Encik Azhar juga tumpang ketawa, bahu anaknya ditepuk perlahan.
"Bagus lah kalau dengau, dah, pergi balik."
"Eh! Menghalau?"
Mak Lang tertawa kecil, bahu anak sedaranya itu dipukul. Daffa tersengih tanpa mengelak. Selepas menyalami tangan Mak Lang, Puan Aini dan Encik Azhar, mereka semua mula bergerak pulang ke rumah masing masing.
"Bye Mak Lang!"
"Jangan lupa mengorat Pak Atan tu!"
"BERTUAH PUNYA BUDAK!"
Daffa dan Ufairah tertawa mendengar amarah Mak Lang. Ada ada saja Afiq dan Akmal ni!
Ufairah sudah nampak tenang, dia perlahan lahan sudah boleh meredhai pemergian arwah atoknya. Ayah mertuanya sudah menasihatinya panjang lebar tiga hari lepas. Dia bersedih terlalu lama pun tiada gunanya, lebih baik dia mendoakan Atoknya. Kenangan bersama arwah atoknya akan dia simpan dalam memori dan hati. Arwah atok tidak akan dilupakan.
Ufairah menoleh memandang wajah Daffa, lelaki itu tenang memandu, tetapi suaminya kelihatan penat sekali. Pasti tidak cukup tidur.
"Awak."
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
De TodoPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...