" Daffa, kau dengar ke tak aku cakap ni?"
" Hm."
Nufail menahan sabar. Ryan yang melihat hanya tersengih nipis, malas mahu masuk campur. Disebabkan kerana kes Killer, dia terpaksa meluangkan masa di sini menemui Daffa, kerjanya tertangguh lagi! Nasib baik ada setiausaha yang memahami. Haziq sekadar memerhati.
Daffa tidak menoleh pun ke arah mereka, dia sibuk membelek dokumen dokumen berkenaan kedainya dan hal hal berkenaan saham. Apa? Ingat dia pun tidak sibuk seperti mereka?
" Hey Daffa, boleh tak kau letak kerja kau dekat tepi? Aku tengah cakap dengan kau soal Killer kan?" kata Nufail cuba bersabar. Geram betul dirinya apabila Daffa memperlakukan mereka seperti tunggul!
Daffa menghela nafas, dia berhenti melakukan perkara yang dilakukan tadi, perlahan dia menoleh memandang mereka, kening sebelahnya terjongket ke atas.
Nufail menarik sengih nipis,
" Killer yang—"
" Aku tahu." jawab Daffa selamba.
Nufail terdiam, dia belum bercerita apa pun! Mahu cari gaduh betul Daffa ni!
" Kau tak cerita pun aku dah tahu. Dia yang racun fikiran Red, aku dah tahu, aku dah tahu lebih awal daripada kau tahu, lepas Red dapat larikan diri daripada Adib, aku dah awal awal tangkap dia dan cari tahu. Dah? Puas hati kau?"
Daffa dengan nada mendatarnya, dengan wajah tiada perasaannya, terus menoleh semula dan menyambung kerjanya.
Nufail dan Ryan saling pandang, memang lah terkejut, tetapi tidak lah terkejut mana, biasanya Daffa memang akan dapat maklumat lebih awal daripada mereka. Tetapi yang buat mereka berdua, lebih lebih lagi Nufail, tidak puas hati adalah,
Daffa langsung tidak melakukan apa apa tindakan?!
Haziq juga bingung. Pelik.
" Kau lepaskan Red macam tu je?" soal Ryan sedikit sinis.
" Sebab aku boleh 'guna' dia lagi bila bila." jawab Daffa ringkas, ya lah, setakat Red tu... mudah saja mahu mengorek maklumat, sebab itu lah Red berguna.
Apa lah yang nak ditakutkan si Red tu? Setakat ini Red masih patuh katanya, walaupun Red melakukan hal bodoh, kerana termakan kata kata Hazril, tetapi dia sudah gertak dan 'ajar' sedikit, itu sudah memadai.
" And then? Kau buat apa dekat Killer?"
" Nothing." jawab Daffa tanpa teragak agak.
Nufail berdecit tidak percaya. Wajah Ryan sudah dingin mendengar kata kata selamba Daffa, tidak serius langsung! Haziq yang sedari tadi diam mula rasa tidak selesa.
" Wahh senang nya kerja kau?" sinis Ryan tidak puas hati.
Terhenti segala perbuatan Daffa,
" Kau nak biar je kes ni?" soal Nufail menahan amarah,
Daffa mengangkat wajah,
" Hm."
" Kau nak biar je lah si Killer tu racun semua fikiran mafia, semua fikiran gangster sampai berlaku banyak lagi kes macam ni? Hey, kau fikir tak? Diorang tu ahli politik tau, orang orang besar! Kalau diorang dah mula bersuara nanti, siapa yang susah? Kita jugak!"
Kali ini Nufail membentak. PANAS HATINYA! Dia bergerak ke hadapan Daffa. Meja kayu itu dihentak di hadapan Daffa. Kesabaran Daffa mula menipis, kalau dikutuk, dimarah dia boleh bersabar lagi, tetapi kalau sudah menghentak meja bagai ,lagipula di hadapan kedainya, hmph! Maaf lah!
" Hey, RM2330.50 aku beli meja ni tahu tak? Kau hentak hentak pula, kau nak cari gaduh ke apa?"
Wajahnya bertukar tidak senang, matanya dihala ke arah Nufail, tajam! Fail fail dihadapannya ditutup kasar!
![](https://img.wattpad.com/cover/255832472-288-k602580.jpg)
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
De TodoPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...