"Abang! Banyaknya beli mangga? Siapa nak makan banyak-banyak ni?" soal Ufairah pelik, banyak betul mangga yang dibelinya! Penuh satu plastik!
Daffa tersengih,
"Abang teringin lah nak makan."
"Tapi banyak sangat lah abang... " kata Ufairah lagi, risau! Kalau tidak dimakan, buah akan membusuk, membazir saja nanti.
Daffa masih tersengih, plastik penuh mangga itu diletakkan di atas meja,
"Alah nanti kan Ayah, Ibu dengan Mak Lang nak tidur sini? Mak Lang suka mangga, tak apa... "
Ufairah cuma diam dan akur. Kepala diangguk mengiyakan saja. Daffa tersenyum senget. Dia dengan terujanya mengambil pengupas untuk mengupas kulit mangga itu, mahu makan dengan segera. Bagai sudah bertahun tidak makan.
Ufairah yang melihat hanya berkerut pelik.
"Meh sayang kupaskan."
Daffa menghulur tanpa banyak bicara.
"Abang muntah-muntah lagi tak? Muka abang pucat lah... " soal Ufairah lagi.
Daffa memangku wajah,
"Hm... tadi dekat kedai adalah muntah sekali... "
"Haa tengok tu! Sayang dah cakap dah tak payah pergi kedai, abang tak sihat."
Daffa menarik muncung,
"Mana ada tak sihat."
"Tapi kan dah tiga hari muntah-muntah? Sayang ajak pergi klinik tak nak."
Daffa semakin menarik muncung, wajahnya muram apabila dikata begitu, dia diam saja tanpa membalas. Ufairah yang melihat perubahan wajah Daffa sudah menghela nafas perlahan.
Pinggan yang sudah berisi hirisan mangga ditolak ke arah Daffa,
"Saya cuma risaukan awak je... awak jangan lah merajuk." pujuk Ufairah, mula melembut.
Tetapi Daffa masih senyap dan makan dengan wajah muramnya. Ufairah menarik sengih.
Entah kenapa lah, seminggu ini, Daffa sangat sensitif! Baru berkata sikit sudah merajuk. Cepat benar merajuknya. Sudahlah tu, ini pula Daffa sudah tiga hari muntah-muntah, loya tekak katanya. Jadi, dia banyak makan buah berbanding nasi, risau pula dia dibuatnya.
"Abang... jangan lah merajuk."
"Hmph! Tak nak kawan!"
Pulak dah! Ufairah menggaru kepala, dia ada juga tanya Afiq dan Akmal mengapa Daffa begitu sensitif sekarang, ternyata mereka pun tidak tahu! Mereka juga terkejut dengan perubahan itu. Tak pernah-pernah boss mereka merajuk, selalunya kalau disakat memang kena pukul saja lah!
"Okay okay... saya masakkan awak apa saja, awak nak makan apa?" soal Ufairah lembut.
Daffa menoleh sekejap, kemudian berpaling wajah semula,
"Nak Singgang Ikan Patin, pedas sikit, boleh?" pinta dia, suaranya perlahan saja.
Dia... teringin mahu makan itu, tadi dia mencari di restoran kampung kegemarannya, tiada pula!
"Okay! Beres boss!"
Daffa tersenyum kecil,
"Okay! Terima kasih!"
Ufairah tertawa kecil. Walaupun senang merajuk, tapi senang dipujuk! Terpaksa lah dia meminta Ibu Ayah mertuanya yang berada di luar untuk mencari ikan patin. Tak apa lah, demi si suami!
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Henotik [Completed]
AléatoirePernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...
![Dia Henotik [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/255832472-64-k602580.jpg)