~2~

416 38 2
                                    

" Tak boleh!"

Ufairah menundukkan wajah apabila dimarah begitu.

" Ta–tapi, saya nak sambung belajar...."

" Ehh engkau ni tak faham bahasa ke?!"

Terus badan Ufairah menikus, air mata yang mahu jatuh ditahan sedaya-upaya. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala dan beredar ke dapur.

Sampai sahaja di dapur, dia menarik nafas sedalam mungkin dan dihembus perlahan bersama linangan air mata. Tetapi pantas dia kesat. Dia mengesat air matanya sehingga kering dan menahan diri daripada menitiskan air mata lagi.  Satu keluhan dilepaskan berat.

Lantas dia ke sinki dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Hatinya yang sedih dibiarkan pergi perlahan-lahan. Dia memujuk diri.

Umurnya sudah mencecah 24 tahun. Dia tak mahukan apa-apa. Dia cuma mahu sambung belajar. Dia mahu keluar daripada rumah ini. Keputusan SPMnya tidak lah teruk, dia percaya dia boleh mendapatkan biasiswa dengan keputusan SPM 8Anya. Tetapi... keluarga ini langsung tak mengizinkan.

Ini sudah kali ke berapa belas dia merayu, tapi tetap juga, tidak boleh. Tawaran-tawaran universiti tempatan mahupun luar negara terpaksa ditolak walaupun dirinya tidak rela.

" Sambung belajar konon... jangan haraplah."

Ufairah diam tidak membalas, hanya mendengar walaupun hatinya terasa sakit. Adik tirinya itu tidak boleh dilawan, kalau tidak... dia juga yang akan menanggung rasa sakit.

" Hidup kau tu mudah je la... jadi kuli kitorang, kahwin dengan orang miskin. Itu je yang layak untuk kau."

Ufairah meneruskan mencuci pinggan, wajahnya sudah berkerut tidak senang. Hatinya sakit dengan kata-kata itu. Tetapi dia langsung tak mampu berbuat apa.

" Perampas kebahagiaan orang macam kau ni, tak boleh diberi muka. Ceh. Basuh ni!"

Adik angkatnya itu menghentak gelas di sinki sebelum beredar dari dapur. 

Ufairah berhenti membasuh, air sinki dibiarkan mengalir. Dia mengangkat wajah memandang ke luar tingkap.

Satu lagi nafas dihembus perlahan.

Dia penat. Dia penat dengan deraan fizikal dan mental serta jiwanya. Tapi dia sedar... dia tak mampu berbuat apa punm

Lantas gelas itu dicapai dan dicuci sekali. Dia membisu menahan segala rasa amarah dan sedihnya dengan mencuci pinggan sehingga bersih.  Usai itu, dia kembali ke bilik. Pintu dikunci.

Dia membawa diri ke jendela, matanya memandang tumbuhan-tumbuhan hijau di luar rumah. Ya, belakang rumahnya hutan, tetapi tidak lah terlalu tebal. Dia lebih suka melihat tumbuhan hijau apabila dia rasa marah dan sedih.

" Apa salah aku?"

Wajahnya berkerut tidak senang apabila dia menyoal diri. Sejak daripada dia dibawa ke rumah ini lagi, persoalan ini tidak pernah dia dapat jawapannya. Langsung... dia tidak tahu apa salahnya.

Dia tidak tahu apa salahnya sehingga emak, adik perempuan dan adik lelaki tirinya tidak suka akan dirinya. Mereka kata dirinya perampas kebahagiaan mereka, kehadirannya seolah-olah merampas kasih sayang seorang ayah daripada mereka.

Tetapi dia sering terfikir,

Siapa yang rampas kebahagiaan orang?

Dirinya atau mereka?

Seingatnya, arwah Ayah tidak pernah membeza-bezakan dia dengan anak-anaknya yang lain, semuanya diberi sama rata, dilayan dengan adil.

Sejak Ibunya meninggal, Ayah membawa dia tinggal bersama isteri kedua Ayah. Tetapi... sedih yang melanda di hati semakin bertambah. Lebih-lebih lagi selepas Ayahnya meninggal dunia. Ayah meninggalkan harta yang banyak buat keluarga ini, emak tirinya tidak perlu bekerja kerana itu. Tetapi... Ufairah dilayan seperti kuli sahaja. Memasak, mengemas, buat itu, buat ini. Makanan pun sedikit sahaja yang diberi. Duit perbelanjaan langsung tidak diberi. Dirinya seakan-akan kuli tanpa gaji.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now