~39~

289 27 0
                                    

"Daffa!"

Daffa menghela nafas panjang apabila namanya dipanggil, baru seminggu lepas dia keluar daripada tempat ini, hari ini dia perlu jejakkan kaki di sini pula. Yang berbezanya, dia hari ini keseorangan tanpa ditemani Afiq dan Akmal. Mereka berdua perlu melalukan pemeriksaan di hospital. Ufairah di rumah ditemani Ibunya, Mak Lang dan Encik Azhar. Ya, mereka masih belum pulang walaupun 3 minggu sudah berlalu. Dia tidak kisah pun, Ufairah nampak bahagia saja.

Lagi pun, hari ini dia perlu sedikit serius, hari ini... berkaitan Hazril. Nufail tiba-tiba menghubunginya, katanya Hazril tidak mahu berbicara apa apa pun, satu perkataan pun tidak dikeluarkan walaupun sudah diseksa. Hazril disiasat di bawah SPY, itu permintaan pihak polis sendiri, kerana mereka juga tidak mampu berbuat apa, Hazril langsung tak berbicara.

Nufail pula meminta tolong Daffa, kut kut Daffa dapat membantu. Mahu atau tidak, terpaksa lah dia pergi, walaupun pada hakikatnya, dia membenci lelaki itu.

" Maaf kacau kau... tapi... dia langsung tak nak buka mulut." kata Nufail sambil tersengih kelat.

Daffa memandang jengkel, pelik dengan perangaj Nufail. Sejak kejadian Hazril itu, Nufail semakin baik pula dengannya. Dia pula yang rasa tak selesa.

"Haih. Mana dia?"

Nufail menunjuk satu bilik yang tertutup. Daffa sekali lagi menghela nafas sebelum langkah diatur mendekati bilik itu. Pintu dibuka, dia melangkah tanpa ragu-ragu. Nufail dan beberapa ejen lain memerhati mereka berdua daripada bilik pemantauan. Jelas mereka dapat melihat dan mendengar perbualan Daffa dan Hazril melalui cermin ciptaan khas itu.

Sekarang...

Wajah dingin Daffa menghala tepat ke arah Hazril. Lelaki itu kelihatan berlumuran darah dan dirantai ketat, dia melutut di lantai. Wajahnya diangkat melihat Daffa. Senyuman nipis ukir.

"Akhirnya... "

Nufail dan ejen-ejen lain terus tersentak! Baru 3 saat Daffa memasuki bilik itu, Hazril sudah bersuara tanpa dipinta? Nufail berkerut dahi,

"Kau datang juga, Isma."

Nufail mengepal tangan,

'Memang daripada awal lagi dia cuma nak jumpa Daffa. Tapi... kenapa dia tak cakap saja? Kenapa dia diam? Kenapa... dia panggil Daffa, Isma?' bisik hati Nufail. Matanya lebih tajam melihat dan mendengar.

Daffa terus tergamam. Saat Hazril memanggilnya, 'Isma', dia sudah merasakan ada sesuatu yang aneh.  Wajah Hazril juga... tidak sesinis dahulu, wajah itu kelihatan lebih tenang dan... persis seperti di bangku sekolah dahulu! Daffa mula berwaspada!

"Oi bangsat, kau memang suka menyusahkan aku kan? Mampus lah cepat dekat penjara tu." cemuh Daffa.

Nufail mengeluh pasrah, Daffa... memang tidak tahu cara berkomunikasi yang betul, dia setuju benar dengan itu.

Tetapi Hazril hanya tersenyum, tidak sinis seperti selalu, tetapi senyuman itu seolah-olah nampak gembira!

"Maafkan aku... Isma."

Daffa terus mengerutkan dahi. Mana kata kata Hazril yang selalu kasar, menjengkelkan dan sarkastiknya? Mengapa suara Hazril sudah kedengaran lembut dan baik? Daffa menelan liur. Gila kah dia?

"Aku tak sangka... aku akan menyusahkan kau lagi kan? Dah lah waktu dekat sekolah dulu, kau selalu selamatkan aku daripada diambil kesempatan... aku ni memang teruk kan?"

Daffa mengepal tangan, tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Tapi Isma... maafkan aku, sebab aku jadi macam ni, aku... banyak buat kau menderita. Aku... tak layak jadi kawan kau kan? Padahal dulu dekat sekolah kita rapat—"

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now