" Kenapa aku tak terfikir ek?"
Faris menoleh, keningnya terjongket tidak mengerti. Arasy tidak membalas walaupun dia mendengar, dia sibuk mengagah anak saudaranya, Azfar Syazwan. Selepas hampir 4 bulan, ini lah kali kedua dia berjumpa dengan anak saudaranya, dia benar benar sibuk!
" Apa? Pasal kata kata Daffa?" soal Faris.
Nufail mengangguk perlahan, satu helaan nafas dilepaskan. Rasa bersalah pula menengking Daffa semalam. Padahal tujuan mereka ke situ untuk berbincang.
Tetapi...Daffa yang memperlakukan mereka seperti tunggul!
" Kau rasa bersalah kan?" sinis Faris sambil tersenyum jahat.
Sepet mata Nufail memandang Faris, dia menjeling menyampah apabila Faris sudah tergelak mengejek dirinya! Tidak padan dengan tua! Arasy menumpang sengih, fokusnya masih pada Azfar.
" Betul lah apa yang Daffa cakap tu. Kau yang tak fikir panjang! Itu lah, benci sangat dengan si Daffa tu!" kata Faris sambil memukul bahu adiknya, biar Nufail sedar!
Nufail memandang jengkel,
" Mana ada aku benci!"
" Halahh tak ada konon! Nampak sangat tahu tak yang kau tak suka dia? Cara kau tu macam budak budak!"
Nufail menjelir lidah dan berpura pura tidak mendengar. Tidak mahu menerima kata kata Faris. Faris sudah mencemik, geram melihat adiknya. Sudah menjadi bapa pun, perangai kanak kanaknya tidak berubah langsung! Itu lah Nufail, perwatakan yang lucu dan seperti budak budak, tetapi... kalau sudah bertukar ke 'mood' serius, kalah keseriusan Ryan!
" Abang, boleh tolong honey angkat makanan?"
Nufail menoleh dan tersenyum lebar, laju sahaja dia bangun dan meninggalkan Faris dan Arasy begitu sahaja, Isterinya lebih utama!
" Seri masak apa? Wah dah lama abang tak makan masakan Seri!" kata Arasy dengan teruja. Sempat wajahnya dipaling sebentar melihat satu satunya adik perempuan yang tinggal, Intan Seri Zaliya.
Satu satunya yang tinggal?
Hidup sebagai perisik tidak mudah. Musuh dimana mana. Sama seperti Seri, dia juga dahulunya perisik, dua orang adik perempuannya dibunuh satu persatu dek kerana dendam. Arasy juga banyak menderita, setiap pembunuhan yang berlaku kepada adiknya, pasti dia rasakan dirinya bukan pelindung yang baik, menjadi abang, dan ketua keluarga selepas kematian Ibu dan Ayahnya sungguh, membuatnya rasa tidak berguna, tetapi dia lebih memilih untuk kuat, demi Seri. Kesyukuran yang tak terhingga buatnya apabila adiknya digadingkan dengan Nufail untuk satu misi yang payah, dan akhirnya mereka berdua terjatuh suka pula! Arasy tetap yakin, Nufail mampu menjaga Seri dengan baik.
" Seri masak makanan favourite abang! Tom Yam!"
" Woahhh! Nak! Nak!"
Tergelak Seri melihat wajah teruja dan tidak sabar abangnya. Dia dan Nufail meletakkan makanan di meja di ruang tamu. Usai itu, Arasy dan Faris dipelawa untuk menjamu makanan dan ditemani Nufail, sementara Seri mendodoikan anak kecilnya.
" Aku... setuju dengan Daffa. Aku dah fikir, apa yang dia cakap betul juga. Kita perlukan perangkap, dan bukti semua pembunuhan Killer, sampai dia boleh dijatuhkan hukuman gantung." kata Nufail tiba tiba.
Faris mengangkat kening,
" Aku dah kata dah, Daffa tu boleh diharap, biar lah dia handle Killer, kau tu tak menyabar."
Nufail menggenggam tangan,
" Hisy! Aku fed up dengan Killer tu, dia boleh bunuh orang tak bersalah sesuka hati! Yang paling tak boleh tahan, dia boleh hapuskan semua bukti. SEMUA BUKTI! Dah tu kau ingat aku boleh sabar ke?" bentak Nufail. Sakit hatinya apabila teringat akan Killer!
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...