Celik.
Ufairah bangkit daripada lena. Dia termenung buat seketika sebelum mengangkat tubuh untuk duduk. Dia mamai.
Tangannya mencapai getah rambut dan diikat rambut separas dada itu. Dia tarik nafas dalam dan hembus perlahan. Berapa lama lah agaknya dia sudah tidur ya?
Ufairah mengambil telefon baharunya di bawah bantal dan dibuka.
6:30 p.m.
Terbeliak matanya, lantas dia menyorokkan telefon di bawah bantal dan bergegas keluar ke tandas. Dia belum solat Asar!
Usai solat Asar, Ufairah mengelamun seketika. Memikirkan keadaan dirinya. Ibu Tirinya tidak kacaunya semasa dia tidur tadi. Langsung tidak kedengaran pekikan, makian , amarah Ibu Tirinya. Jadi maknanya...rancangan Daffa berjaya? Daffa buat apa sebenarnya?
Bercakap tentang lelaki itu, matanya automatik beralih memandang beg plastik besar di bawah katil. Tersengih dia dibuatnya. Ingatkan barang apa lah, rupa rupanya pelbagai jenis roti, biskut, beberapa botol air mineral dan air bikarbonat serta makanan ringan. Teringat lagi dia mesej yang Daffa hantar,
Makanlah. Aku gantikan maaf aku pasal semalam dengan makanan ni. Kau kalau tak nak makan, pergi bagi budak budak lain, kalau kau buang, dah boleh lah daftar nama jadi syaitan.Bye.
Ufairah mencebik, menyampah! Tetapi, dia tetap mengucap syukur. Dia pelik sejujurnya.
Lelaki itu tiba tiba sahaja muncul, tiba tiba sahaja menolongnya dan tiba tiba jadi baik seperti ini. Seperti di zaman sekolah dulu. Masih tidak berubah, suka menolong tetapi kasar. Malah, Daffa kelihatan lebih dingin sekarang.
Ufairah tertawa kecil saat teringat lambaian dan senyuman lebar Daffa tadi. Terkejut betul dia melihat senyuman itu. Tidak tahu apa yang difikirkan Daffa sehingga boleh tersenyum lebar begitu!
Ufairah langsung tidak berharap bahawa Daffa mampu bawa dia keluar daripada rumah ini. Susah. Satu cara pun Ufairah tak mampu fikirkan. Dia sudah pasrah, barangkali Allah pertemukan dirinya dengan Daffa dan Mak Lang adalah untuk memberikan kebahagiaan sementara. Mungkin. Dan dia perlu bersyukur untuk itu.
Dia lantas ke dapur untuk memasak makan malam. Hatinya berharap supaya Ibu Tirinya tidak mengungkit hal semalam. Sebaik tiba di dapur, Ufairah mula menyediakan bahan bahan untuk memasak. Dan dia memasak dengan hati yang berdebar. Takut takut jika Ibu Tirinya tiba tiba muncul dan memaki hamunnya.
Namun, sehingga dia selesai masak pun, dia langsung tidak nampak kelibat Ibu Tirinya dan adik adik tirinya yang lain. Usai siap memasak, dan mengemas dapur, Ufairah membersihkan diri. Azan Maghrib sudah lama berkumandang.
Selepas solat Maghrib, Ufairah kembali ke dapur untuk menghidang makanan. Memang itu rutinnya.
Langkahnya berhenti mendadak apabila Ibu Tiri dan adik adiknya sudah berkumpul di meja makan. Pandangan tajam Ibu Tirinya membuatkan dirinya tertunduk.
" Cepat sedia makanan aku."
Pantas Ufairah bertindak. Lauk pauk dan nasi dihidang siap siap. Hatinya berdebar debar takut. Lauk terakhir diletak di atas meja.
" Kau akan kahwin bulan depan, lepastu berambus dari rumah ni."
Ufairah bungkam, dia memandang Ibu Tirinya dengan dahi berkerut,
" Apa maksud Makcik?" tanya dia perlahan, berderau darahnya apabila disuruh kahwin.
" Kau pekak ke? Kau akan kahwin bulan depan, dengan orang miskin."
Ufairah terpana, wajah sinis Ibu Tirinya dipandang dengan wajah berkerut, hatinya mula membentak marah dan tidak puas hati.
Fatimah tersenyum sinis, wajah Ufairah dipandang,
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
DiversosPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...