"Kita ada berita baik!"
Suara separa ceria Zahin melalui telefon pintar itu menyapa gegendang telinga Daffa, Daffa menarik sengih nipis,
" Apa berita baik tu?" soal dia berpura pura ingin mengetahui, walau pada hakikatnya, dia sudah lama tahu!
"Skuad aku ada terjumpa beberapa helai rambut dekat tempat kejadian dua hari lepas, ujian DNA menunjukkan yang rambut tu milik Muhammad Hazril bin Zairi, ni KILLER kan?" jawab Zahin bersemangat!
Ujian pengesahan di tangannya dibaca sekali lagi bagai tidak percaya! Selepas sekian lama memburu dan mencari bukti tentang pembunuhan misteri Killer, akhirnya ada juga bukti besar! Zahin benar benar mengucap syukur atas penemuan itu!
"Ye ke? Alhamdulillah... aku pun dah ada beberapa bukti tentang jenayah dia, seledup dadah, senjata api, GRO... esok aku bagi kau." ujar Daffa pula, dia mengepitkan telefon di antara cuping telinga dan bahu, tangannya lincah mengumpulkan kertas kertas dan bahan bahan bukti kegiatan jenayah Hazril.
" Wow... macam biasa, kerja kau selalu mantap eh?" puji Zahin dengan nada mengusik.
Daffa mencebik,
" Tak payah nak puji sangat, Inspektor Zahin. Esok aku jumpa kau dekat depan markas SPY, pukul 8.50 pagi." kata dia, dia mengetepikan bahan bahan bukti penting dan disimpan di dalam laci meja kerjanya.
"Markas SPY? Nak pula kau ke situ, aku dengar... kau dengan ejen elit Nufail gaduh besar?"
Daffa menggolekkan mata ke atas, tahu sahaja Zahin tentang hal hal panas di SPY, mentang mentang lah dia mendapat layanan special, iaitu berhubung langsung dengan ejen SPY.
"Aku dapat panggilan kena pergi sana esok. Kau ni... sibuk lah! Buat lah kerja kau sana!"
"Eleh... dah lah, aku nak gerak dulu. Bye, Assalammualaikum."
"Ha... waalaikumussalam."
Daffa meletakkan telefon di atas meja kerjanya. Bibirnya mengoyak senyum nipis, usaha dia dan Angel selama dua bulan ini tidak sia sia langsung! Habis habisan mereka membantunya mencari bukti Hazril. Soal rambut itu... dia tidak tahu sama ada tindakannya boleh diterima atau tidak, tetapi... dia cuma mahu Hazril ditangkap dengan segera! Dia tidak mahu orang lain menjadi mangsa kegilaan Hazril.
Pembunuhan kali ini pula... abang Farhan yang terbunuh. Masih jelas diingatannya wajah kecewa Farhan, namun dihadapannya Farhan cuma tersenyum kelat. Afiq dan Akmal yang tinggal serumah dengannya pula ternampak Farhan menangis, pasti lelaki itu sedih, adik mana yang tidak sedih atas kematian abang? Farhan cukup sedar keadaan abangnya yang boleh dilabel sebagai 'sampah masyarakat' oleh komuniti masyarakat sekarang, namun hatinya tetap bersedih meskipun nyawanya hampir melayang disebabkan abangnya.
Afiq dan Akmal memaksa Farhan untuk tinggal bersama mereka selepas Farhan sudah dibenarkan keluar daripada hospital. Sekurang kurangnya sekarang, Daffa tidak terlalu merisaukan keadaan Farhan memandangkan ada Afiq dan Akmal yang menemaninya.
Apa apa pun, dia cukup berterima kasih kepada ANGEL. Dia akan pastikan mereka diberi ganjaran daripadanya kelak! Jasa baik mereka takkan dia lupakan. Daffa menghela nafas.
Tidak lama lagi... Hazril bakal ditangkap kemudian dibicarakan dan dihukum. Tetapi... apa yang menggusarkan hatinya sekarang, tidak mungkin Hazril akan duduk diam sahaja selepas kejadian dia menyerang Hazril dua minggu lepas. Sudah dua minggu hal itu terjadi, tetapi Hazril senyap sahaja, langsung tidak membalas. Dia sedikit risau. Daffa mengeluh membiarkan, sakit otaknya memikir!
Dia keluar daripada bilik kerjanya, tetapi saat dia membuka pintu, deria baunya mengesan sesuatu bau yang tidak menyenangkan, seperti... bau hangus makanan? Daffa cepat cepat menutup pintu bilik kecil itu dan berjalan ke dapur.
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...