Matanya sedang membara dengan api amarah, tajam menikam 3 orang lelaki daripada jauh yang nampak selamba seperti tiada apa sudah berlaku. Hazril mengetap gigi tidak puas hati.
" Kenapa... kenapa kau nampak tenang?!" soalnya sendiri. Nadanya terdengar seperti menahan marah, senyuman sinisnya diukir paksa.
Dia sudah membuat lelaki itu cukup teruk, sehingga hampir mati, takkan lah mereka tiada rasa menyesal? Bukankah mereka itu penyelamat? Hazril berdecit kasar, senyuman sinisnya masih terletak elok di bibirnya.
" Hey Karl."
Seorang konconya bernama Karl lantas mendekat,
" Yes, boss?"
" Cari semua pasal Daffa. Aku nak semua pasal dia, jangan ada satu pun yang tertinggal. Kau faham?"
Mata Karl terarah pada sesusuk tubuh seorang Daffa yang sedang memukul kepala dua orang anak buah yang selalu bersamanya daripada jauh, dia menghela nafas berat,
" Saya dah pernah cuba boss. Tak dapat apa sangat." balas Karl perlahan.
Terbeliak mata Hazril, mati senyumannya, dengan rasa terkejut dia menoleh memandang Karl,
" Eh?! Bila kau buat?" soal dia terkejut, dia tidak pernah suruh pun!
" Ohh aaa... saya dah dapat agak boss akan suruh saya buat jugak nanti, lagipun saya pun curious pasal dia." jawab Karl kekok. Wajahnya serius sahaja.
Hazril mencebik. Tangan dibawa bersilang memeluk tubuh,
" Haa kau dapat apa je?" soal Hazril mula berminat.
Karl pantas membuka satu fail di dalam telefon canggihnya dan membaca semula satu persatu,
" Dia seorang pemilik kedai tumbuhan hiasan mewah, Green Paradise. Seorang pemegang saham daripada 3 syarikat. Sudah berkahwin, tiada anak. Tu je. Ni 3 syarikat yang dia beli saham tu."
Hazril menggulingkan mata ke atas,
" Itu aku pun tahu! Tak ada ke maklumat yang berharga sikit? Haa dia biasa gaduh tu pakai skill apa? Taekwando ke? Karate ke? Saka ke?" soal Hazril lagi.
" Ouhh boss nak tahu pasal tu? Saya ada makluma—aduhh!"
" BODOH! ASAL KAU TAK CAKAP AWAL AWAL HAH?! CEPATLAH CAKAP!" marah Hazril lalu mendengus kasar.
Sebal betul dirinya dengan tindakan Karl, seharusnya Karl memberitahu tentang itu terlebih dahulu! Sejak daripada kes Ghani dulu, dia sudah curiga dengan kekuatan Daffa. Kecepatan, kekuatan dan ketenangan yang Daffa pamerkan semasa berlawan betul betul membuat dirinya curiga. Sehingga dia berfikir Daffa sedang memakai saka.
Karl menggosok kepalanya, sakit dipukul Hazril. Mana lah dia tahu Hazril mahu maklumat seperti itu...
" Bagitahu aku cepat! Kenapa dia kuat sangat? Aku ingat dia pakai saka tahu tak!" marah Hazril lagi.
Karl menghela nafas, sabar melayani bossnya.
" Daffa ada 3 pertahanan. Pertama bacom, kedua sambo dan ketiga silat."
Hazril mengusutkan rambut, dia tidak faham!
" Apa kejadah benda tu?" soal dia tidak puas hati. Karl masih sabar melayan.
"Bacom lebih menfokuskan teknik mencederakan lawan pada masa yang singkat, tak kisah gunakan tangan kosong atau ada senjata, mungkin sebab ni kut budak budak cedera walaupun sekali saja Daffa serang."
Hazril mengerutkan dahi,
"Sambo teknik pertahanan diri tanpa senjata dan Daffa boleh jatuhkan lawan dengan cepat, teknik ni juga membuatkan dia mahir berlawan atas lantai."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...