~34~

251 29 1
                                        

"1... 2... 3! Go!"

Serbuan besar pada markas Killer yang diketuai oleh Ejen elit Nufail dimulakan! Semuanya berjalan seperti yang dirancang! Meskipun terdapat pertarungan, tetapi semuanya berjalan dengan baik.

Nufail bergerak masuk lebih dalam apabila sudah mendapat isyarat seorang ejen bawahannya, dan setelah mengamati situasi yang nampaknya memihak kepada pihak SPY.

Nufail dan lima orang ejen lagi dengan berhati hati melangkah, mencari kelibat Hazril dengan kewaspadaan yang tinggi.

Perlahan kaki mereka melangkah memasuki lebih dalam dan lebih dalam sehingga tidak sedar suara pertarungan tadi sudah mulai menghilang.

"Ingat pesan Daffa, Hazril... tak lemah."

Nufail mengetap gigi apabila kata kata Arasy terlintas di kepala. Dia sudah 100% fokus dan waspada!

Mereka bergerak merapati dinding apabila ternampak satu pintu. Nufail memberi isyarat, memberitahu mereka bahawa dia akan membuka pintu itu. Faham lah mereka, mereka mula bersedia!

Nufail membuat kiraan dengan jarinya, sehingga tapak tangannya membentuk kepalan, seorang agen pantas merempuh pintu itu dan masuk diikuti Nufail!

Namun langkah mereka mendadak terhenti, senjata di tangan mula diperkuat pegangannya, kekuda sudah dibuka. Mereka dikepung oleh orang orang Hazril!

Nufail sudah menangkap sesusuk tubuh seorang lelaki yang tersenyum sinis di atas meja sambil bermain dengan pisau belati. Hazril tersenyum lebar, dia selamba duduk di atas meja sambil memandang ke arah Nufail.

Nufail melihatnya dingin, benci! Tetapi fokusnya sekarang adalah orang orang Hazril. Nufail menarik sengih senget,

"Ceh...." sinisnya.

Bukannya dia tidak biasa dengan perkara sebegini, Nufail menaikkan tangan ke atas, seakan mahu memberi isyarat tangan, jari telunjuk dan jari hantu dicantumkan sebelum diturunkan ke bawah sebanyak dua kali dengan laju. Serentak Nufail dan  2 orang lagi ejen menunduk dan menyerang daripada bawah, manakala 3 lagi ejen terus menyerang saat konco konco Hazril sedang leka. Lincah mereka menyerang! Mereka terlepas daripada kepungan!

Peluang itu digunakan untuk menjatuhkan konco konco Hazril. Boleh tahan kuat juga! Nufail sempat melirik melihat Hazril, lelaki itu langsung tidak bergerak dan tidak melihatkan reaksi terkejut dengan tindakan mereka, malah boleh tersenyum lebar seakan suka dengan tindakan mereka!

Nufail menyerahkan konco konco Hazril kepada 5 orang ejennya, selepas situasi stabil. Dia meluru lagi ke arah Hazril, satu tendangan sempat dilayangkan. Fikirnya Hazril akan mengelak, dan melakukan tendangan itu sebagai umpan, tetapi...

Hazril langsung tidak mengelak, dan merelakan badannya ditendang sehingga jatuh. Seketika Nufail menjaga jarak dan berwaspada, dia sepi memandang Hazril, pedang yang setia di belakang badan sudah dikeluarkan daripada sarungnya. Pedang itu dihala tepat ke hadapan Hazril.

Sayangnya...

Hazril langsung tidak berdiri. Dia duduk bersila, memandang Nufail dengan senyuman mengerikannya.

"Ejen elit Nufail... "

Nufail tersentak. Matanya menikam tajam wajah Hazril.

"Hai."

Makin panas pula hatinya melihat reaksi Hazril itu.

"Hazril, aku tak lembap macam Daffa, kalau kau rasa nak santai santai dulu, tak mungkin aku biarkan." kata dia tegas, masih waspada.

Namun Hazril malah lebih tersenyum sinis, kepala digelenf ke kiri dan ke kanan,

"Daffa? Hm... tak tak, kau tak sehebat Daffa... jadi... nahh."

Dia Henotik [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang