"Apahal kita tiba tiba jadi famous ni?" soal Akmal pelik.
Masuk sahaja bangunan syarikat SPY ini, banyak mata yang memerhatikan mereka bertiga. Daffa pula selamba berjalan tanpa rasa apa apa, malas mahu melayan.
"Kau tak tahu ke? Sebab diorang terpegun tengok aku. Aku memang dilahirkan dengan aura yang menarik."
Mahu muntah pula Daffa yang mendengar. Kepala digeleng dengan jawapan Afiq itu. Mereka berdua ini tidak faham betul! Daffa menghela nafas,
"Sebab diorang pandang kita as a mafia, not as ejen." jawab Daffa.
Afiq dan Akmal mengangkat kening sebelum menganggukkan kepala, faham. Mungkin selepas kejadian pergaduhan itu, Angel sudah diketahui oleh semua ejen di SPY.
"Ejen Isma Daffa."
Daffa menoleh, tak... dia geli dengan panggilan itu, dia tidak tahu mengapa. Terlalu formal. Langkah mereka terhenti apabila Faris yang menegur.
"Aku ingat kau tak datang."
Daffa menayang wajah toya, dia datang pun bersebab.
"Ikut aku. Kita bincang dekat bilik Arasy."
Mereka bertiga menuruti tanpa apa apa bantahan. Afiq dan Akmal sebenarnya tidak mahu ikut pun, sejak kes pergaduhan antara Nufail dan Boss mereka, mereka sudah tawar hati dengan SPY, tetapi Daffa pula yang memaksa! Katanya ini berkaitan kes tuduhan pengkhianat di SPY. Terpaksalah mereka pergi dengan tangan berbalut dan terikat di bahu itu.
"Boss, disebabkan kita tak bersalah, agak agak boleh tak kitorang tumbuk diorang sekali?" bisik Afiq.
Akmal turut menyengih,
"Haah boss, sekali. Sekali je!" kata Akmal pula.
Daffa sekali lagi menayang wajah toya, mereka berdua ni suka melebih lebih!
"Sebelum aku yang tumbuk korang, baik korang diam."
"Tapi boss... "
Daffa menoleh belakang sekilas, keningnya bercantum melihat ketidakpuashatian mereka. Dia bukan apa... kalau mahu ikutkan hatinya, dia juga mahu membalas! Bukan setakat tumbuk, mahu saja dia smack down sekali! Biar Nufail tahu erti kekesalan. Tetapi, dia juga tidak mahu menimbulkan huru-hara. Apa yang dia mahukan sekarang, keluar daripada SPY.
"Tak payah aku kata... eh korang ni karang... "
Terus memuncung mereka berdua! Masih tidak puas hati! Terpaksalah mereka simpan keinginan itu.
Sampai sahaja di bilik pejabat Arasy, mata mereka dijamu pula dengan Nufail, Ryan dan Haziq yang sedang duduk diam di sofa navy blue milik Arasy.
"Daffa, sini duduk dulu."
Daffa menghela nafas, dia... tidak mahu berlama sejujurnya. Afiq dan Akmal turut mengambil tempat di sebelah Haziq, manakala Daffa duduk berhadapan dengan Ryan dan Nufail. Ryan masih dengan wajah dinginnya, Nufail pula cuma tersenyum nipis pada Daffa, tetapi senyuman itu dibiarkan tanpa dibalas Daffa.
"Okay. Boleh kita mulakan?"
Melihat anggukan semua yang ada di situ, Arasy menarik senyum nipis,
" Ada 3 perkara yang aku dan Faris nak sampaikan. Pertama, tahniah Isma Daffa, Haziq, Afiq dan Akmal, tuduhan pengkhianat syarikat dihapuskan serta merta, kita dah ada bukti dan jumpa pengkhianat sebenar."
Afiq dan Akmal tersenyum sinis, memang daripada awal mereka tidak lakukan pun! Arasy tidak mengatakan hal itu pun mereka sudah tahu!
"Jadi, aku sebagai CEO, minta maaf banyak banyak atas kekecohan hari tu. Erm... Nufail, ada nak kata apa apa?"
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...