Daffa memberhentikan lariannya serta merta apabila tubuh Hazril kelihatan di depan matanya. Lelaki itu kelihatan tersenyum tenang, seakan sudah bersedia menanti Daffa. Konco konconya termasuk Karl sudah berjaga di belakang dan hadapan Hazril.
Afiq dan Akmal yang baru tiba merukuk, mengah berlari. Baru tadi mereka mendapat panggilan daripada Azlan, salah seorang orang bawahan Daffa, bahawa dia ternampak Hazril berdekatan kawasan gerai yang mereka bertiga lepak tadi. Terus Daffa berlari mengejar, Afiq dan Akmal juga sama. Azlan tiba tiba muncul dan menepuk bahu Afiq dan Akmal, wajahnya serius di hadapan musuh.
"Hello Daffa! Lama tak jumpa!"
Sapaan ceria Hazril memarakkan api yang sedia membara di dalam hati seorang Daffa! Saat ini... hanya perasaan marah yang ada dalam hatinya, rasa benci membuak buak keluar tika memandang wajah Hazril, tangan sudah dikepal kuat sehingga jelas menampakkan urat uratnya, wajahnya tidak bereaksi. Daffa sedang marah!
"Siapa nama budak tu? Farhan eh? Eh dia dah sedar kan?"
"Kau... tak layak sebut nama dia. Mulut kau kotor." dingin suara Daffa membalas. Dia masih menahan diri daripada bertindak.
Meskipun sekarang, hatinya berasak menyuruh memukul Hazril sehingga lunyai! Namun suara fikirannya menghalang, dia sedar... andai sahaja dia tidak menahan diri sekarang, Hazril boleh mati di tangannya, dan itu bukan jalan penyelesaian terbaik, dia tidak mahu Hazril mati ditangannya! Afiq dan Akmal juga sedang menahan diri, hati mereka memberontak marah apabila Hazril berani menyebut nama Farhan!
Hazril langsung tidak terkesan, senyuman tenang masih terukir di bibirnya,
" Aku ingat nak buat dia mati, tak jadi pula. Tak apa lah, lain kali boleh."
"Eh si*l! Kau jangan berani sentuh dia!" tengking Daffa kuat! Dia benar benar marah!
"Ahahaha marah pula!"
Lebih menyakitkan hati apabila Hazril ketawa! Daffa mengetap gigi dan berdecit kasar.
"Farhan tu... langsung tak setaraf dengan kau! Tangan kotor kau tu langsung tak layak sentuh sikit pun dia!"
"Jangan katakan tangan... bayang bayang kau pun tak layak lah!"
Kali ini Afiq dan Akmal yang bersuara tegas! Marah betul mereka dengan tawa Hazril! Benar benar menambah sakit jiwa!
Azlan cuma diam memerhati, dia tahu Hazril musuh ketat Daffa, tetapi... dia tidak sangka mereka bertiga boleh marah sampai begini sekali. Afiq dan Akmal yang selalu tenang dan menjadi 'tukang bahan' benar benar berubah hari ini!
Namun... itu tidak cukup untuk mengusik sedikit pun hati Hazril, lelaki itu malah suka! Suka melihat mereka marah! Suka melihat wajah yang jelas benci akannya.
" Salah dia... bukan salah aku. Siapa suruh ada abang yang teruk macam tu, kan dah kena AHAHAHA!" sinis dia lagi!
Afiq dan Akmal sudah hampir hilang sabar,
"Boss... kita serang—"
"Tak payah nak bazirkan tenaga untuk orang yang lebih teruk daripada sampah macam dia ni." sekat Daffa.
Wajahnya masih tidak beriak, tetapi Daffa sudah kelihatan sedikit tenang berbanding tadi. Kepalan tangan juga sudah dibuka, dia nampak tenang seperti selalu. Tetapi Afiq dan Akmal pula yang tidak puas hati dengan itu!
" Tapi boss... "
"Bukan sekarang... ada satu masa nanti, kita akan ajar dia cukup cukup!" kata Daffa lagi, matanya masih terpahat tajam ke arah Hazril!
Afiq terdecit kasar manakala Akmal merengus, wajah mereka dipaling daripada memandang Hazril, benci! Masih marah! Daffa juga marah... tetapi dia sedaya upaya menahan diri, Hazril suka melihat diri mereka yang marah ini, dan dia benci keadaan itu!
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...