Mata Ufairah terbeliak besar, tangannya dengan sendirinya naik ke bahagian mulut dan ditekup, dia terkejut dan tersentak! Rasa takut mula hadir!
Wajah Daffa yang tadi terkedu mula dingin, rasa menyampahnya semakin membuak buak.
" Kau calarkan kereta aku?" soalnya dingin.
Mata tajam bak helang itu menikam tajam pada seorang konco Hazril yang tiba tiba meluru ke arahnya dengan pisau belati, dia apa lagi, mengelak lah! Tidak sangka pula lelaki muda itu tidak dapat mengawal diri dan menusuk bahagian hadapan kereta Mazda 3 Sedan milik Daffa!
Wajah lelaki itu berubah pucat, konco konco Hazril yang tadi mahu turut menyerang juga sudah terhenti! Ada di antara mereka yang pernah dipukul Daffa dahulu, sakit woo! Pukulan Daffa nampak mudah tetapi sangat menyakitkan!
" Tunggu apa?! Cepatlah!"
Tengkingan Hazril menyentakkan mereka, mata Daffa masih terpaku pada kereta kesayangannya yang sudah calar!
Konco konco Hazril saling pandang sebelum mereka sepakat dan menyerang Daffa! Semua menyerang sekali gus!
Ufairah menutup mata dan telinga, dia takut! Ngeri melihat suasana ini! Dan pada masa yang sama, dia takut...dia takut Daffa teruk dibelasah, dan dirinya tidak dapat membantu walau sedikit! Hanya mampu berdoa bersungguh di dalam hati dan menangis!
Mengapa kejadian begini berlaku?
Apa sebenarnya yang berlaku sekarang?
Daffa seorang mafia? Tidak mungkin!
Kata kata Daffa kepada lelaki bernama Hazril tadi tidak menampakkan bahawa Daffa seorang mafia, tetapi mengapa.... mengapa lelaki itu mengatakan bahawa Daffa seorang mafia?
Apa yang Daffa bisikkan pada lelaki itu sehingga lelaki itu marah?
Siapa Daffa sebenarnya! Dia ingin tahu!
BAMMMM!
Ufairah tersentak hebat! Bahu nya terhinjut, matanya automatik terbuka apabila terdengar hentakan kuat! Sekali lagi matanya terbeliak apabila melihat lelaki lelaki yang menyerang tadi sudah terduduk di tanah!
Ufairah semakin takut, Daffa... dengan wajah yang dingin.... sedang menahan Hazril di kereta Hazril dan sedang mengangkat pisau belati tinggi! Seakan mahu membunuh lelaki itu! Ufairah terkaku... bungkam...
Apa.... yang dilihat sekarang?
Daffa dan Hazril saling bertikam mata, masing masing tidak mahu mengalah! Termasuk Hazril walaupun dia sudah dikawal oleh Daffa.
Dia tersenyum kemudian tertawa sinis,
"Haha... hahaha.... cis! Kau nak bunuh aku ke sekarang? Aku nak tengok berapa berani—"
Zuppppppppp!
Terkaku. Tanpa sedar Hazril meneguk liur melawan rasa gemuruh.... pisau tadi.... baru melintasi wajahnya?
Daffa melepaskan Hazril, kalau diikutkan hati, mahu saja dia tusuk wajah Hazril tadi! Tetapi...dia masih ingat Tuhan, pisau itu hanya ditusuk pada bahagian hadapan kereta Hazril, betul betul melalui sebelah wajah Hazril, sekadar membalas perbuatan konco nya tadi! Dia masih tidak berpuas hati soal itu!
Daffa tahu, Hazril sengaja melakukan semua ini untuk rosakkan hubungannya dan Ufairah! Tak guna!
Dia menjeling Hazril tajam dan berlalu masuk ke kereta tanpa berkata apa. Hatinya sakit!
Ufairah sudah menikus ketakutan. Tidak berani langsung memandang Daffa. Ya, dia mahu menjerit, dia mahu melarikan diri daripada Daffa! Tetapi... dia rasakan tidak adil pula... dia juga mahu penerangan daripada Daffa, masih ada berbaki rasa tidak percaya di dalam dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...