" Hello Assalammualaikum."
" Haa Waalaikumussalam. Kenapa call?" jawab Akmal, pelik apabila Ryan tiba tiba sahaja call dia. Selalunya, Ryan call Daffa sahaja!
" Mana boss kau? Aku call tak dapat dapat! Dah lah ada problem." tegas Ryan, nadanya dingin.
Akmal mula membuat muka menyampah, dia tidak suka Ryan, terlalu dingin! Sukar benar mahu rapat dengan si Ryan ni!
" Boss cuti lah. Dia tengah dilamun cinta~"
" Eh kepala hotak dia dilamun cinta, kita ada problem woi!"
Akmal menjauhkan telefon daripada telinganya. Dia memandang Afiq yang sudah tersengih. Akmal mengeluh perlahan, telefon didekatkan semua ke telinga.
Ryan menepuk dahi di bilik pejabatnya, sudah lah mereka dilanda masalah, rasa mahu muntah pula mendengar Daffa dilamun cinta. Ah! Tak mungkin, dua orang anak buah nya ini memang sewel!
" Problem apa? Nanti aku bagitahu boss." sambung Akmal.
" Aku nak cakap sendiri dengan Daffa."
Akmal mencebik benci, laju sahaja dia menyuruh Afiq mematah balik ke rumah Daffa.
Daffa pula masih di dapur bersama Ufairah.
" Kau ada handphone?" soal Daffa tanpa memandang Ufairah. Dia lebih fokuskan diri untuk menghabiskan sisa nasi goreng di pinggannya.
" Tak ada."
Daffa angguk perlahan, dia sudah dapat agak.
" Ada akaun bank?" tanya dia lagi.
Ufairah menggigit bibir, sedih juga dia apabila ditanya sebegitu,
" Dulu ada untuk biasiswa, tapi....Makcik yang pegang buku bank."
" Kiranya dekat tangan kau tak ada lah?" soal Daffa laju sebaik sahaja Ufairah habis berkata.
Pinggan yang sudah kosong ditolak ke depan, dia menaikkan wajah memandang Ufairah. Ufairah menundukkan kepala, perlahan lahan dia menggeleng.
Daffa cuma mengangguk, air dihirup perlahan.
" Okay." kata dia sepatah.
Ufairah berkerut pelik, tiba tiba sahaja lelaki itu bertanya tentang perkara tersebut. Tetapi, Ufairah menepis persoalan persoalan di minda, fikirannya lebih kepada rancangan yang Daffa katakan semalam. Dia kedepankan badan, malu yang tadi menguasainya ditepis laju,
" Rancangan yang awak cakap semalam...macam mana?"
Daffa tersengih,
" Adalah. Sibuk nak tahu kenapa?" balas Daffa selamba. Air dihirup lagi dengan mata masih memandang Ufairah.
Ufairah membuat muka, seakan akan mahu marah,
" Kena lah tahu, ini melibatkan hidup saya, nyawa saya!"
Daffa menjongket kening,
" Kalau macam tu , tak payah balik, ikut aku balik Kuala Lumpur, duduk dengan aku dekat sana. Nak?" sakat Daffa dengan nada sinis.
Dia tersengih suka, rasa rasanya, kali terakhir dia menyakat Ufairah waktu Ufairah baru sahaja habis peperiksaan SPM, lama betul. Sekarang gadis itu sudah berumur 24 tahun. Sudah sedikit berbeza daripada dulu.
Ufairah mengetap gigi, Daffa dijeling benci, wajah dipaling ke kiri,
" Dia ingat aku apa nak ikut ikut dia...eee...menyampah je...." gumam dia perlahan, mungkin semut pun tak mampu dengar!
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...