~22~

235 31 1
                                    

" Kau dengar kan dia cakap tadi?"

" Huh?"

Berkerut kening Ryan dan Haziq sebaik sahaja Nufail tiba tiba berkata begitu dengan nada sedikit serius. Matanya masih tajam memandang ke arah pintu utama bangunan ini, melihat kelibat Daffa, Akmal dan Afiq yang sudah menghilang.

Nufail mendongak memandang tingkat dua pula. Ryan dan Haziq turut menoleh sama, terkejut mereka melihat Arasy dan Faris di situ! Sejak bila mereka berdua ada di situ? Tak... mengapa mereka berdua ada di situ?

Arasy mengeluh sambil mengurut dahi, Faris pula hanya memandang adiknya dengan perasaan geram,

" Apa benda sebenarnya kau nak tunjuk ni Fail? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan Daffa?" soal Faris separuh mengeluh.

" Entah tu... aku cuma nampak kau bergaduh macam budak je tadi." sambung Arasy kelihatan penat dengan Nufail. Balik balik Daffa juga dia mahu persoalkan.

Nufail sudah mengeluh,l

" Kita bincang dekat Bilik Mesyuarat 1. Ryan, Haziq, korang ikut sekali."

" Eh? Aku kena balik pejabat lah gila!" bantah Ryan tidak berpuas hati.

Namun Nufail seakan tidak terganggu akan hal itu,

" Benda ni berkaitan Daffa lah! Penting! Ikut je lah!"arah Nufail tegas.

Pasrah Ryan mengikut mereka. Haziq cuma menepuk bahunya tanda memberi semangat dan tersengih kecil. Dia sudah bingung dengan keadaan sekarang.

Arasy dan Faris turut bergerak ke Bilik Mesyuarat 1 yang Nufail arahkan tadi tanpa mengetahui apa apa. Mereka tidak faham mengapa Nufail menyuruh mereka berdiri di tingkat dua dan memerhatikan Nufail dan Daffa selepas mesyuarat bulanan syarikat tadi. Padahal mereka berdua cuma bergaduh saja!

" Okay... apa yang kau nak sampaikan?" tanya Arasy sedikit serius.

Nufail tersenyum nipis, dia berdiri di hadapan mereka semua dan menyuruh mereka semua duduk. Sudah itu, dia menarik nafas panjang dan dihembus perlahan, bersedia mahu mengatakan teorinya.

" Korang dengar kan tadi dia cakap,

'... kalau aku betul betul jadi mafia, satu saat pun kau takkan boleh nampak permainan aku.' "

Arasy memandang Faris dan menggeleng kepala, masing masing tidak faham apa yang Nufail cuba sampaikan.

" So?"

Nufail tersengih,

" Aku curiga... kenapa mafia mafia lain panggil dia, 'Angel' dan mafia, padahal cuma ada mereka bertiga."

" No, Nufail, straight to the point. Aku ni banyak kerja, tolong lah. Pening aku dengan korang dua ni." celah Ryan, juga sudah penat , dia lagi kusut dengan kerja pejabatnya yang berlambak!

Nufail membuat muka,

" Maksud aku, kalau cuma ada mereka bertiga, takkan lah mafia lain panggil dia 'mafia' dan bagi nama 'Angel' , takkan punya. Jadi aku fikir... mungkin ke... Daffa ada konco konco macam Mafia lain, yang kita tak tahu?"

Arasy, Faris dan Ryan tersentak. Seakan tersedar sesuatu,

" Tu yang pertama. Yang kedua, korang tak perasan ke? Sepanjang kita kenal dan bekerjasama dengan dia selama setahun setengah ni, dia tak pernah keluar daripada sini, kecuali kalau dia balik kampung, paling paling dekat Melaka lah. Dia tak keluar ke negeri lain, tapi yang peliknya... semua mafia takut dan kenal dia. Semua mafia... ikut arahan dia macam dia tu selalu memerhatikan mereka. Semua... Pelik kan?" soal Nufail sambil memerhatikan reaksi mereka semua.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now