~21~

244 30 3
                                    

" Its already 5:45 a.m. .... what the heck do yo want Daffa... "

Daffa tersengih lebar, kepala digaru perlahan, sedar silapnya menganggu Hakimi di Auckland yang 4 jam ke depan daripada masa Malaysia. Sekarang di Malaysia sudah pukul 1:45 pagi. Dia terburu buru mahu meminta tolong!

" Kimi... sorry sorry. Aku nak minta tolong ni."

" Aku tak kisah lah kau nak minta tolong ke apa tapi kenapa... pukul 5:45 pagi?? Aku nak tidur... haduhai... "

Daffa cuma tersengih tak bersalah.

" Ha... apa yang urgent sangat tu? Afiq tak boleh buat ke? 3 bulan kot aku latih budak tu."

Daffa menghela nafas,

" Bukan tak boleh. Cuma... aku nak bagi dia dan Akmal rehat dulu. Kitorang tengah down teruk ni. Something really bad happened to us. Kes kali ni... payah ah. Sebab tu, aku nak minta tolong kau and Ryan." terang Daffa tenang.

Hakimi yang mendengar, pantas bangkit daripada perbaringan, sedikit terkejut,

" Kau down? Engkau, Daffa? Wahh... kau ada perasaan rupanya."

Daffa menaikkan mata ke atas, menyampah dengan usikan Hakimi! Kurang asam betul!

"Kau ingat aku robot ke hawau?"

"Fuhh dah keluar dah loghat dia. Ahahaha!"

Daffa menepuk dahi, pasrah! Boleh pula dia main main di saat dirinya sedang serius?

" Kimi, kau tolong cari semua maklumat tentang Muhammad Farhan bin Izuan." pinta Daffa berterus terang.

" Identity Card aku hantar lepas ni. Kalau tu masih tak cukup, aku akan postkan IC dia bagi kau. Tapi... makan masa lama. Apa apa pun, aku nak semua maklumat pasal dia. Semua." terang Daffa lagi.

Kepalanya didongak memandang langit,

" Some more?" soal Kimi di sana.

" Detect number phone Hazril. Aku nak call log, mesej, location dan... "

Daffa memandang telefonnya sesaat dua sebelum dia menarik senyum sinis,

" Aku perlukan Ryan untuk upgrade telefon ni."

" Upgrade? Kau nak buat apa? " tanya Hakimi, pelik! Telefon Daffa sudah cukup canggih kalau nak dibanding dengan yang lain! Cukup canggih!

" Connectiom Call. Aku perlukan tu."

" Connection call?"

" Hm. Kali ni... aku perlu berurusan dengan orang gila." kata Daffa lagi, nadanya tenang tetapi masih kedengaran tegas.

Hakimi sudah menggaru kepala,

" Engkau ni kalau dah serius, seram jugak. Ha yelah yelah, nanti aku bagitahu Ryan. Well kau tahu lah, dia tu busy, plus... introvert dia tu, aku je yang boleh handle."

Daffa sengih dan mengangguk. Mempersetujui kata kata Hakimi.

"Kau boleh buat tak?" soal Daffa ingin kan kepastian.

" Heyy! Come on lah! Hakimi kot... cehh macam tak kenal!"

Daffa menarik sengih lebar. Dia mengangguk tanpa sedar. Puas hati dengan balasan Hakimi.

" Bagi aku masa 3 hari... tak, 2 hari cukup... hm kalau aku rajin, sehari dah beres. Paling maksimum pun, 3 hari."

Daffa menarik senyum nipis, lega!

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now