Daffa hela nafas kasar. Ufairah dipandang dengan mata sedikit tajam.
" Degil." kata dia mendatar.
Lantas tubuh gadis itu dibaringkan secara paksa dan ditahan daripada bangun. Tersentak Ufairah dibuatnya. Tangannya terlepas daripada memegang betis.
" Daffa! Jangan buat dia macam tu!" marah Mak Lang.
Daffa dengan berani dan tanpa perasaan menyelak kain gadis itu sehingga pertengahan betis.
" Daffa! Apa kamu buat—"
Dia tersentak. Dahinya berkerut melihat bekas bekas libas, dan ada yang sudah tersiat kulitnya. Mak Lang yang tadi menghalang juga sudah terdiam. Terkejut.
" Astagfirullahalazim! Ufairah! Kenapa boleh jadi macam ni?!" berlari Mak Lang mendapatkan ubat untuk merawati gadis itu.
Ufairah pasrah. Dia betul betul lemah. Walaupun dia cuba menutup semula, tetapi tangan Daffa laju menangkap tangannya! Lelaki itu dipandang dengan pandangan sayu.
Tetapi Daffa membalas dengan pandangan tajam,
" Dengan keadaan macam ni, kau nak aku biarkan?" suara mendatar Daffa membuatkan Ufairah terdiam.
Aura lelaki itu menjadikan Ufairah tidak keruan, entah takut, entah malu. Tetapi dia tetap bertegas, dia mahu pulang!
" Saya....kena balik....tolong lah...."
" Diam! Baring! Biar Mak Lang ubatkan kau!"
" Tapi saya—"
" Cuba lah gerak lagi....kalau nak aku paksa kau dengan cara kasar."
Dingin suara itu membuatkan Ufairah terdiam dan ketakutan. Wajah dipaling daripada terus memandang lelaki itu.
" Jangan lah gertak dia macam tu! Dah sana! Biar Mak Lang ubatkan, tak elok tau kamu pandang aurat dia." tegas Mak Lang.
Daffa memandang Ufairah, keluhan kasar dia lepaskan, tangan Ufairah turut dilepaskan, perlahan lahan dia bangun dan melangkah pergi.
" Mak Lang....Ufairah....nak....balik."
Langkah Daffa terhenti. Nafas ditarik sedalam mungkin, cuba mengawal rasa marahnya.
" Sekejap ye Ufairah. Mak Lang ubatkan dulu ye? Ufairah demam teruk ni....kaki Ufairah tu, teruk tu."
" Tapi Mak Lang—"
" Tolong lah Ufairah....Mak Lang tak sanggup tengok kamu macam ni...."
Terdiam Ufairah. Dia terhimpit dengan dua situasi. Mahu pulang atau mahu menjaga hati Mak Lang.....Air matanya perlahan lahan mengalir.
" Aku ada plan, kau tak payah risau. Sekarang ni, kau rehat dulu. Haih." kata Daffa mendatar, mencelah seketika. Dia segera pergi ke dapur, untuk menenangkan diri.
Ufairah pula sudah pasrah, dia sudah penat, terlalu lemah, dia cuma membiarkan Mak Lang melakukan apa sahaja. Kepalanya memberat.
" Terima kasih....Mak Lang..." kata dia perlahan sebelum dia menutup mata dan dibawa lena.
Dia penat, terlalu penat.
" ORANG tua tu....libas dia pakai apa sampai kaki dia jadi macam tu?" soal Daffa sendiri.
Air masak diteguk perlahan. Wajahnya tidak berperasaan, namun, fikirannya sedikit sarat dengan apa yang terjadi dan yang baru dilihat tadi.
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
CasualePernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...