Afiq dan Akmal lebih mendiam, itu satu keajaiban buat Ufairah, dua orang tu tidak pernah pun senyap begini! Haziq juga nampak sedikit muram, lelaki itu nampaknya... baru lepas menangis? Wajahnya comot dengan air mata yang sudah kering dan hidungnya merah. Daffa pula... nampak biasa, tetapi lelaki itu seperti sedang menyembunyikan sesuatu, sedikit muram sebenarnya.
Apa yang sudah terjadi? Dia perlu tahu kegusaran suaminya!
"Awak!" panggil dia berani.
Tertoleh mereka semua memandang Ufairah, suasana tegang tadi sedikit terpecah.
"Senyum sekarang!" arah Ufairah, wajahnya serius!
Afiq, Akmal dan Haziq terpinga, Daffa yang mendengar sudah menayang wajah toya, kening sebelah terangkat.
"Dah... kenapa?" soal dia pelik.
Ufairah menarik senyum lebar, dia pantas pergi ke arah suaminya, pipi itu dipegang dengan kedua dua tapak tangannya,
"Senyum lah... awak ni kalau ada masalah nampak sangat, tak comel buat muka macam tu."
Terkedu Afiq, Akmal dan Haziq. Ufairah dan Daffa dipandang secara berganti.
"Aku tahu aku handsome, tapi jangan asyik pegang pipi aku, pipi aku berharga tahu tak?" balas Daffa dengan wajag pasrahnya.
"Tapi pipi ni memang milik saya! Saya suka pipi awak! Rasa nak cium je!"
Mereka bertiga terkedu, tetapi pada masa yang sama sedang bermatian menahan gelak melihat wajah malu milik Daffa!
"Tahan, Ziq, tahan..." bisik Akmal kepada Haziq, dia sesudah berkata lantas menggigit bibir bawah, menahan gelak!
"Nanti kita kena kick aku salahkan kau..." sambung Afiq, dia berdehem, gigi diketap bagi menghalang diri daripada tergelak!
Haziq pantas menekup mulut! Dia ketawa sendiri tanpa suara!
Daffa menghela nafas, tangan Ufairah diturunkan daripada pipinya,
"Aku bagi amaran, berhenti dalam masa 3 saat."
Terus mereka meluruskan badan! Mereka erdehem apabila suara dingin Daffa sudah keluar, dan terarah pada mereka, hilang tawa mereka! Seram!
Daffa menoleh melihat Ufairah pula, kening terangkat sebelah, perlahan dia menarik Ufairah masuk ke dalam, menjauhi mereka bertiga.
"Irah, ada apa manja manja dengan aku ni? Nampak happy semacam je." soal Daffa, sedikit pelik.
Ufairah cuma mengukir senyum,
"Mana ada happy! Saya tengah hiburkan awak lah! Ish! Saya tak suka tengok muka sugul suami saya... awak kenapa? Ada masalah?" soal Ufairah lembut.
"Tak."
"Penipuan yang bagus!"
"Cih! Jangan puji benda yang terang terang tak jadi!"
"Ahahahaha!"
"Ehh dia gelak pula! Irah!" kata Daffa lagi, separa mengeluh, pening melihat gelagat isteri.
Ufairah masih tersenyum, tangan masih setia memegang tangan Daffa, mengharapkan Daffa meluahkan masalah kepadanya.
Daffa mengeluh perlahan,
"Kitorang kena gantung kerja, aku tak boleh handle kes Hazril lagi." kata Daffa mula membuka cerita.
Ufairah terdiam, senyuman perlahan lahan mengendur,
"Kitorang... dituduh mengkhianat SPY."
"Huh?" soal Ufairah bagai tidak percaya.
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
De TodoPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...