~37~

280 25 1
                                    

Kali ini Afiq dan Akmal tersentak, mereka tidak pernah terfikir soal itu. Mereka tidak pernah terfikir saat Daffa sudah tiada nanti.

Senyuman Akwa sudah hilang, dia dan Daffa... selalu terfikirkan hal itu,

"Satu soalan ayah nak tanya pada kamu, dan Akwa, kamu berdua masih nak teruskan Angel?" soal Encik Azhar selepas panjang lebar berbicara.

Akwa serba salah, dia memandang Daffa untuk melihat reaksinya. Tetapi Daffa pula tidak menunjukkan apa apa reaksi.

"Saya dan Daffa... memang ada berfikir macam tu, selalu. Ya betul apa yang Pak Cik katakan, lebih lagi, Pak Cik banyak pengalaman soal ni. Tapi kalau pak cik tanya saya, saya akan jawab, saya yakin apa yang Daffa yakini.

Keputusan Daffa... adalah keputusan saya. Saya cuma akan sokong asalkan tak melampau. Kalau dia nak teruskan, saya tetap akan jalankan tanggungjawab saya, kalau dia tak nak pun... saya tetap akan sokong. Dia sahabat saya, dia mahu teruskan atau tidak, tugas saya cuma perlu sokong dan membantu semampu saya."

Afiq dan Akmal terpegun dengan bicara Akwa. Mereka berdua melihat Akwa seperti orang yang cukup hebat. Lelaki setenang Akwa memang benar benar rakan Daffa yang hebat.

Afiq dan Akmal saling pandang, satu senyuman nipis diukir,

"Saya pun. Saya sokong boss.... saya akan ikut apa yang boss putuskan. Tapi jangan salah faham... saya ikut bukan kerana saya pekerja, tapi sebab saya percaya." kata Afiq tanpa segan silu. Dia tersenyum ikhlas pada Encik Azhar dan Daffa.

" Saya... tak kisah kalau diri saya berkali kali terluka atau retak tangan macam ni, andai saya cacat atau mati pun, saya tahu apa yang saya buat cuma selamatkan orang, jadi... saya takkan rasa kesal." ujar Akmal pula.

Daffa tersentak hebat. Matanya sedikit membulat memandang merek bertiga, tidak percaya dengan apa yang dia dengar,

"Mungkin... ahli Angel yang lain pun fikirkan perkara yang sama. Boss satu-satunya orang yang buat diorang berubah hati, waktu mula mula dulu, setiap kali boss selamat orang daripada mafia mafia tu, salah seorang daripada mesti akan jumpa boss dan tanya kenapa boss buat macam tu." cerita Akmal secara tiba tiba.

Mata Daffa masih terpaku pada mereka, menangkap segala kata kata,

" Tapi akhirnya... jawapan boss selalu buat diorang sentap dan minta masuk Angel. Boss mungkin tak sedar tapi... kebaikan boss menarik diorang untuk berubah. Diorang... hormat sangat sangat dengan boss, sekarang pun... bila tahu boss sedang sedih, diorang yang ganti tempat kita, selamatkan orang lain. Diorang anggap... Boss lah abang mereka, Angel adalah keluarga." sambung Afiq pula mengatakan perkara sebenar.

Mereka yang lain mahu merahsiakan, tetapi Afiq dan Akmal berfikir lebih baik mereka katakan saja. Sejujurnya... jauh di sudut hati, merek tidak mahu Angel dibubarkan. Angel lah tempat konco konco mafia yang lain menebus silap mereka dan harapan mereka untuk berubah, andai saja Angel bubar, pasti ahli Angel akan sedih. Keberadaan Angel... membuatkan mereka semua berasa wujudnya sebuah keluarga besar.

Akwa tersenyum mendengar cerita itu. Afiq dan Akmal kadang kala mampu membuatkan dirinya terdiam bangga. Dia mengangguk setuju. Sekarang, mereka menunggu keputusan Daffa.

Daffa bungkam selepas mendengar itu semua. Dia... tidak percaya mereka semua begitu percaya kepadanya. Dia tidak percaya ahli Angel yang lain, malah Afiq dan Akmal juga merasakan Angel ini sesuatu yang cukup penting dalam hidup mereka. Dia tergamam. Rasa terharu, mungkin?

Daffa berdehem dan mengawal reaksi wajahnya, senyuman ditahan. Dia menoleh semula memandang Encik Azhar.

"Angel... banyak orang yang baik baik. Jadi, Daffa tak risau kalau satu hari Daffa tak ada, sebab akan ada yang mengganti. Mungkin dia lebih baik daripada Daffa. Manusia semakin hari, semakin bijak dan maju.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now