~31~

221 28 0
                                        

"Apa tadi? Hancurkan mafia? Cih, kau buru Ryan yang mafia level bawah ni pun makan masa 7 bulan, kau nak sembang lah SPY ni gah, hebat sangat?"

Ryan mengepal tangan apabila namanya disebut Daffa. Daffa semakin menarik sengih sinis,

"Sistem keselamatan data SPY lemah, ejen-ejen banyak tetapi kurang kemahiran, maklumat pun lambat sampai, SPY LEMAH! Kau sedar tak benda tu?" sinis Daffa lagi, membongkar apa yang selama ini bermain di fikirannya.

Arasy dan Faris yang mendengar sudah terkedu. Lain pula Nufail, makin berasap kepalanya dek kerana marah!

"Nak mengharapkan berapa orang saja ejen elit macam kau? Hey Nufail, buka mata kau lah, kau tak tahu, dekat luar negara tu, banyak mafia yang lebih hebat daripada kes Killer sekarang, tak payah cerita luar negara... dalam negara ni pun, ada je lah Mafia yang lebih hebat, lebih gah daripada Killer! Dan kau kata, dengan apa yang SPY ada sekarang, SPY boleh musnahkan semua?

Jangan mimpi lah."

Mereka berdua bertikam mata, jelas terasa aura menakutkan daripada mereka berdua! Akmal dan Afiq diam, menyokong kata boss mereka! Haziq sudah tidak mmpu berkata apa, lidahnya kelu!

Kali ini Daffa memandang wajah wajah ejen elit SPY seorang demi seorang,

"Macam mana kau nak faham selok belok dunia mafia sedangkan kau tak ada dalam dunia tu sendiri? Macam mana kau nak hapuskan mafia yang kau kata keji macam aku, macam Killer, King, Black Rose, Dragon, Thunder, Devil, Red Tiger? Huh?

Kalau helah macam ni pun kau, SPY mudah terpedaya... jangan mimpi, pergi mampus dengan kau punya tekad nak mati demi SPY.

Kau, semua orang dalam SPY ni langsung tak buka mata untuk tengok Killer yang cuba huru harakan SPY sekarang, lama kelamaan, mudah dia hancurkan SPY.

Kau ingat dunia mafia ni kacang je kan? Cari bukti, lawan, tangkap kan? Fine. Silakan, silakan tangkap diorang semua EJEN ELIT NUFAIL."

Nufail terasa bengang, dia membentak di dalam hati, memahatkan rasa benci terhadap Daffa dan Angel!

Daffa masih tenang membalas, walaupun sekarang rasa mahu menumbuk Nufail! Sesuka hatinya saja melepaskan marah!

"Aku... cabar kau. Tangkap Killer dalam masa 3 hari ni. Semua bukti aku dah serah pada Zahin.  Kalau itu pun kau tak mampu juga... "

Daffa menghela nafas,

"Biar Angel yang buat kerja. Aku tak kira, korang SPY ke, korang ejen elit hebat tahap antarabangsa sekali pun, kalau sekali arahan aku keluarkan, Angel takkan berhenti buru Killer.

Aku... ketua Angel, ya kau sekarang sedang berhadapan dengan ketua Angel, bukan ejen Isma Daffa.

Kalau tangkap Killer pun kau tak mampu, lupakan je lah niat kau tu. SPY boleh senang senang je dihancurkan." balas Daffa serius!

Afiq dan Akmal terus mengangguk setuju. Semua di situ sudah tidak bersuara, termasuk Nufail. Daffa mengeluh kasar,

"Haziq... langsung tak bersalah. Lepaskan dia." tegas Daffa, wajahnya tegang dan serius.

Haziq yang mendengar terus tersentak, laju kepalanya menoleh memandang Daffa. Tak... dia tahu Daffa juga difitnah, dia sudah faham mengapa Daffa menjadi mafia sekarang! Dia sudah yakin dengan niat baik Daffa!

Dia... mahu bersuara, tetapi dia tidak mampu! Dia terkelu atas apa yang terjadi.

"Kes masih dalam siasatan, Haziq tak boleh dilepaskan." ujar Faris lagi.

Daffa menghela nafas panjang, panas betul hatinya!

"Masih dalam siasatan? Cih... nak siasat apa kalau benda tu kami tak buat? Huh... muak betul aku dengan korang ni." sinis Daffa sambil menggeleng kepala kesal. 

Dia Henotik [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang