~13~

294 33 2
                                    

" Ufairah...?"

Tiada balasan.

Daffa mengerut dahi,

" Ufairah? Oi Ufairah?" panggil dia lagi.

Dia baru pulang daripada 'bertekak' dengan Nufail, Afiq dan Akmal sudah meminta diri untuk pulang. Daffa rasa bersalah pula tiba tiba selepas meninggalkan Ufairah seorang di rumah. Kasihan gadis itu, sudah hampir petang, hampir pukul 3, gadis itu belum menjamah apa apa lagi. Rumahnya pula...biasalah rumah bujang. Maggi ada lah. Entah Ufairah sudah makan atau belum.

" Ufairah? Kau dekat mana?" panggil dia lagi.

Kaki nya bergerak mencari kelibat si isteri. Di mana lah isterinya? Adakah gadis itu marah akannya? Daffa pun tidak tahu mahu menjawab apa nanti! Rasa kesal pula, baru hari pertama Ufairah dibawa ke sini, sudah ditinggalkan keseorangan...tetapi tadi dia juga tidak dapat menahan diri daripada bertindak, dengar sahaja Ryan berkata nama 'Killer' , dia sudah tidak senang. Dia tahu Hazril mahu membunuh, jadi...dia mahu bertindak, dia mahu menberikan Hazril amaran!

" Mana tuan kau ni tak balik balik? Aku lapar ni..."

Langkahnya terhenti apabila terdengar satu suara tidak jauh daripada tempatnya. Pantas dia bergerak perlahan ke ruang tamu. Dia mengeluh lega apabila sudah nampak Ufairah yang sudah tidak bertudung dan duduk di atas sofa.

Dan....

" Weh Kura, aku tak nak kau rampas suami aku tau! Haa Akmal dengan Afiq kata tuan kau sayang kau, TAK BOLEH! Aku akan pastikan dia sayang aku lebih banyakkkk daripada kau! Kita musuh tau!"

Mahu tergelak Daffa melihat Ufairah bercakap dengan kura kuranya. Cehh!

" Eh tapi, macam mana? Takkan aku nak ada cengkerang macam kau pula kan?"

Daffa masih diam memerhati,

" Ish lantak lah situ. Kura aku lapar....aku takutlah nak masak makanan dalam rumah ni, aku dah lah baru, kalau Tuan kau marah macam mana? Tapi kita boleh hapuskan bukti!"

Daffa menggeleng dan tersengih.

" Nur Ain Ufairah."

" Haaaa ye!"

Lagak seorang tentera, pantas Ufairah berdiri tegak dan memusing badan memandang Daffa apabila namanya dipanggil. Membulat matanya kerana terkejut! Dia mula panik.

Kura kura di atas meja pantas dicapai dan disorokkan di belakang badan! Habislah! Kura kura kesayangan Daffa! Daffa pasti marah!

" Err...saya...saya...saya bercakap je dengan dia...saya tak gaduh pun dengan dia! Saya tak sakitkan dia, saya letak dia elok je atas meja! Dia pun tak gerak gerak!"

Daffa menahan senyum. Dia tidak mahu bercakap banyak, kepala digeleng lagi melihat perlakuan Ufairah,

" Dah lah. Pakai tudung tu, kita keluar makan." kata dia perlahan dan tenang.

Ufairah tersenyum lebar, pantas dia mencapai tudung dan disarung laju. Dia sudah lapar!!

Sebaik sahaja tiba di luar, Ufairah meletakkan kura kura milik Daffa dengan berhati hati, takut dimarahi Daffa, lagipun, Daffa sudah memerhati!

Ufairah pantas bergerak ke arah Daffa semula. Sedari tadi Daffa memandang dirinya. Dia cuma diam menyimpan rasa pelik.

Tiba tiba Daffa menghadap dirinya. Dia terkaku, tersedar tinggi nya cuba separas bahu Daffa, hatinya meronta geram.

" Kau ni lapar betul ni, tudung pun senget."

Ufairah betul betul kaku apabila Daffa tiba tiba sahaja membetulkan tudungnya! Sehingga dia tidak berani memandang wajah Daffa! Terkejut! Daffa tersengih, tudung bawal milik Ufairah dibetulkan sedikit, dia melabuhkan ke bawah.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now