~11~

382 41 0
                                        

" Kau...kenapa?" soal Daffa dengan kening terangkat.

Terkejut dia, masuk masuk bilik sahaja, matanya dijamu pula dengan pemandangan tidak enak. Ufairah tidak bertudung dan berbaju tidur separas lutut duduk di atas katil. Dia faham, dia suami, dan segala aurat Ufairah sudah halal baginya, tetapi tetap juga, dia tidak biasa.

Wajah Ufairah memerah, dia juga malu!

" Erm....sa-saya, rela awak ambil...hak awak."

Daffa yang mendengar sudah terdiam, tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk 'malam pertama' . Dia berdehem pantas,

" Asal kau tak menolak kalau aku nak bersetubuh dengan kau?" tanya dia spontan.

Dia bukan apa, dia berkahwin dengan Ufairah bukan atas dasar nafsu semata mata, jadi, untuk perkara itu, lebih baik dibiarkan dahulu. Tumpunya lebih kepada mengenali Ufairah.

" Sa-ya isteri awak, tugas saya tunaikan hak awak....kalau tak, saya.....jadi isteri derhaka."

Daffa terdiam semula. Ufairah dipandang lama,

rambut panjang separas dada, hitam dan beralun, cantik di mata Daffa. Kali pertama dia melihat rambut gadis itu, dia suka. Daffa tersengih kecil, pantas selimut ditarik dan dicampak menutup kaki Ufairah. Ufairah terkaku.

" Irah, dengar ni."

Ufairah mengangkat wajah malunya,

" Not tonight. Even kalau aku buat sekarang pun, tu cuma nafsu aku semata, bukan kerana ikhlas. Jadi aku tak nak.

Kita berdua perlukan masa. Aku tak nak kau serah segalanya bulat bulat hanya kerana tanggungjawab, dan aku tak nak lebihkan nafsu aku. Aku nak , kita buat dalam keadaan ikhlas dan rela. Kau faham?"

Perlahan Ufairah mengangguk. Malu betul dirinya. Wajah ditundukkan semula.

" Dah, ke sana. Aku nak tidur, penat."

Tangan Daffa menolak bahu Ufairah ke bahagian katil yang lain. Dia lantas merebahkan diri di hujung katil. Ufairah sudah beralih, dia terkaku apabila Daffa sudah baring. Tadi bukan main berani dia mahu 'serah' semuanya, sekarang dia rasa takut pula!

" Kau nak tidur sebelah aku, tidur. Kalau tak nak, pergi tidur atas lantai. Tapi, awal awal aku dah kata aku takkan buat apa apa dekat kau." kata Daffa bersahaja.

Mata sudah dipejam, dia penat! Badan diiring ke kanan, dan kebetulan menghadap Ufairah. Ufairah serba salah. Perlahan lahan tubuh dibaringkan dengan rasa gugup. Matanya terkebil kebil memandang siling. Dia berdebar, gugup, takut! Biasa dia tidur seorang, sekarang dia perlu tidur dengan lelaki! Lelaki yang dulu pernah dia suka dan dia benci pulak tu! Mahu meletup jantungnya!

" Tidur lah...esok terlajak Subuh mampus kita tahu tak? Siapa nak jawab nanti? Aku juga..."

Tersentak dia apabila suara Daffa mencelah. Ufairah menarik muncung, dia mahu berterus terang!

" Saya...tak selesa. Pertama kali saya...tidur dengan lelaki."

Daffa yang mendengar sudah tersengih sinis, mata dibuka semula memandang Ufairah,

" Tadi bukan main berani kau cakap pasal tugas ek. Ceh!"

Ufairah menahan rasa geram, mula menyesal dengan keberanian dia yang terlebih tadi. Daffa tersengih nakal,

" Ke...kau nak aku peluk kau? Kau kan suka peluk peluk." usik Daffa.

Langsung memerah wajah Ufairah,

" Tak nak!"

Dia mengiring membelakangkan Daffa. Malu! Daffa tertawa kecil. Ceh, apa dia ingat ini kali ke dua atau tiga je dirinya tidur sekatil bersama perempuan? INI JUGA KALI PERTAMA BUATNYA! Daffa juga tidak senang sebenarnya.

Dia Henotik [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang