~20~

280 29 1
                                    

" Boss." panggil Akmal.

"Hm."

" Dah 2 minggu Killer tak buat apa apa kan?"

Terhenti segala pergerakan Daffa daripada mengelap kereta Mazda 3 Sedan kesayangannya yang semakin berhabuk. Dia menaikkan kepala memandang Akmal dan Afiq di hadapan. Satu helaan nafas dilepaskan.

Hazril. Sejak kejadian di kedai makan dua minggu lepas, langsung tidak lagi mendengar khabar Hazril.

" Haah." jawab dia sepatah sebelum menyambung mengelap bahagian hadapan keretanya.

" Dia dah takut dengan boss kot?" ujar Afiq pula, dia tersenyum bangga. Selalunya memang begitu pun! Selepas nampak betapa menakutkannya seorang Daffa, barulah mereka akan mendiamkan diri dan akur.

Daffa tarik sengih,

" Tak mananya dia tu. Dia senyap macam ni lagi bahaya." celah dia.

Afiq dan Akmal saling memandang,

" Apa maksud boss?"

Daffa menghela nafas, kain buruk dilempar ke arah Akmal. Terkulat kulat Akmal menangkap! Sengaja betul boss mereka tu!

" Aku tak sedap hati ah." luah Daffa jujur.

" Ye lah... kenapa?" tanya Afiq pula. Pelik melihat boss mereka begini. Nampak tidak senang seperti selalu.

Daffa pula sudah menghela nafas sekali lagi, dia rasa risau tiba tiba, dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya tiba tiba rasa tidak sedap hati.

" Lepas kes dekat kedai makan tu, dia macam nak mencabar aku. Sekarang dia senyap pula. Risau pula aku dia buat kerja gila." kata Daffa, wajahnya masih tidak beriak, tetapi dalam hatinya sudah tidak aman.

Afiq dan Akmal diam seketika, memikirkan segala kemungkinan yang ada, mereka sejujurnya masih tidak faham seberapa 'gila' Hazril boleh jadi. Daffa sering kali berpesan supaya berhati hati dengan Hazril, walaupun Daffa sudah memberitahu mereka serba sedikit tentang Hazril, tetapi bagi mereka, selagi mereka belum menyaksikan kegilaan Hazril, selagi itu mereka tidak berapa faham.

" Alah, biarlah dia. Ni aku nak bagitahu ni."

Kesunyiaan di antara mereka setelah sekian lama akhirnya pecah apabila Daffa tiba tiba bersuara. Mereka kembali memandang Daffa,

"Esok Ufairah dah start study. Hantar budak untuk berjaga."

Afiq dan Akmal membulatkan mata,

" Wahh Puan Ufairah dah nak belajar dah? Dia ambil course Civil Law kan?" tanya Afiq ingin memastikan.

" Hm." jawab Daffa malas.

Mulut Akmal membulat membentuk 'O'. Dia cuma tersenyum bangga mengenangkan Bossnya yang sentiasa berjaga jaga apabila berkenaan Daffa.

Jujur daripada lubuk hatinya, dia fikir Ufairah akan dilayan dengan dingin oleh Daffa. Daffa selalu buat tak endah saja pada perempuan, seakan tidak tertarik langsung pada insan bergelar perempuan. Syukur lah, selepas berkahwin, baru dia nampak sisi Daffa yang satu ini.

Menyayangi.

Baguslah.

Deringan telefon menyentakkan mereka bertiga. Lantas Daffa mencapai telefon di poket dan melihat nombor di skrin telefonnya.

" Siapa boss?" tanya Akmal apabila Bossnya tidak menjawab panggilan itu.

" Entah lah. Aku tak save nombor ni."

Dahinya berkerut, tetapi dia tetap menjawab, takut takut jika ada apa apa kecemasan atau masalah.

" Hello?" panggil dia tak berperasaan.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now