" Kalau aku tahu benda ni jadi...dah lama aku jadikan dia pelacur aku. Hmph!"
Daffa yang mendengar sudah menggenggam penumbuk, tetapi dia masih kaku di hadapan Ufairah, gadis itu langsung tidak melawan.
" Tasya dah kata dah, biarkan dia je tak kahwin dulu! Biar kita seksa dia puas puas dulu baru lepaskan dia! Mama degil tak nak dengar!"
" Diam! Ufairah! Kau masuk bilik kau sekarang! Kau patut sedar, kau tak layak untuk sesiapa pun! Kau hina tahu tak?! Tengok kau senyum tadi, aku rasa nak muntah! Masuk bilik kau sekarang!"
Hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa hancurnya hatinya tika ini, betapa sakitnya hatinya, diperlakukan seperti dia tidak bermaruah! Air matanya terus mengalir tanpa esak. Kegembiraan dan rasa syukur selepas akad nikah tadi terus punah!
Dia sudah faham, hidupnya memang tidak layak bahagia. Hidupnya tidak layak dilalui bersama Daffa. Hidupnya harus kekal sebagai seorang yang hina.
Perlahan lahan dia dudukkan diri, wajahnya menunduk, tidak sanggup memandang wajah Daffa. Baru sahaja dia mahu berdiri, dirinya rebah semula.
Kakinya benar benar sakit! Dia tidak mampu berdiri!
Pantas Daffa menyambut. Ufairah mengalihkan wajah, dia betul betul malu sekarang, wajah Daffa tegang dan dingin, dia rasa bersalah yang amat pada Daffa.
Daffa berdecit tidak percaya,
Sabarnya sudah hilang apabila Ufairah masih mahu menuruti kata kata mereka!
" Afiq! Akmal!"
Tegas, kuat dan dingin Daffa memanggil. Tidak sampai 3 saat mereka berdua sudah muncul di hadapan pintu.
" Ya, boss!"
Daffa memandang Fatimah, Tasya dan Tahar tajam,
" Ambil beg ISTERI aku, masukkan dalam kereta. Sekarang!"
Sedar aura dingin dan menakutkan Daffa telah keluar, selaju kilat Akmal dan Afiq bertindak tanpa sempat Fatimah, Tasya dan Tahar menghalang!
" Mama! Diorang—"
" Sesiapa yang halang, aku patahkan kaki dia."
Dingin. Tegas. Dan terselit amarah dalam nada Daffa. Terbantut langkah Tasya dan Tahar mahu bertindak menghalang Akmal dan Afiq.
Mereka bertiga memandang Daffa dengan rasa tidak puas hati, Daffa membalas dengan pandangan cukup tajam dan menakutkan!
" Hey binatang, cakap isteri aku betina sial , jalang lagi, aku pecahkan mulut kau."
Terdiam mereka.
" Cakap isteri aku pelacur, murah , hamba lagi, aku potong lidah kau."
Akmal dan Afiq yang baru naik semula sudah terkaku, sedar Bossnya sekarang benar benar serius, cuba lah gertak sedikit, pasti Boss nya itu bertindak.
" Kau sentuh isteri aku dengan batang penyapu tu lagi, aku patahkan tangan kaki kau."
Tegang. Situasi benar benar tegang dan dipenuhi aura dingin.
" Hina isteri aku lagi, aku tak teragak agak nak pecah muka kau, aku langsung tak teragak agak nak buat hidup kau musnah."
Tiada siapa yang berani melawan. Mereka bertiga hanya memandang Daffa dengan dahi berkerut tanpa berganjak sedikit pun, perasaan takut mula hadir.
" Kau tak kenal aku siapa kan? Korang tak tahu seberapa gila aku boleh jadi kan?" sinis Daffa lagi.
" Binatang macam korang ni, layak disembelih, bukan duduk dekat rumah sial ni, tak layak langsung sentuh Ufairah."
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
De TodoPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...