~28~

210 26 1
                                    

"Ibu... boss ni sengaja tau! Punyalah banyak carwash, kitorang juga dia suruh basuh kereta." adu Akmal kepada Puan Aini.

"Entah tu! Sengaja! Dah lah malam!" tambah Afiq.

Tajam mata Daffa memandang mereka berdua, rasa nak layangkan penyepak!

"Iye ke? Daffa... "

Daffa menjulingkan mata ke atas apabila Puan Aini sudah meleret memanggil namanya.

"Alaa kan jimat duit."

"Duit berkepok nak bawa pergi mana? Dahh! Teruk nau kamu ni." celah Mak Lang menyebelahi Afiq dan Akmal.

"Kan... teruk nauuu boss ni."

"Hawau betul."

Daffa membuat wajah tak bersalahnya. Tetapi sempat lah juga dia menjeling maut mereka berdua. Cepat saja mereka berdua berlindung di belakang Puan Aini dan Mak Lang.

"Daffa... " suara Puan Aini meleret lagi memberi amaran.

"Ye ye... Daffa tak buat apa apa pun." balas Daffa selamba dan tak bersalah, tangan dimasukkan ke dalam poket baju Melayu.

"Eeee tipu!"

"Ibu, sampai hati boss tipu Ibu...."

"DIAM LAH! BERUK!" tempik Daffa hilang sabar.

Hilang sabarnya apabila Afiq dan Akmal asyik mengenakannya. Dia juga sudah tidak tahu siapa anak kandung ibunya sekarang. Dia atau Afiq dan Akmal? Asyik dua orang itu sahaja yang disebelahi.

"Hey... dah dah... Ufairah mana?" soal Puan Aini.

Daffa terdiam,

"Dekat pangkin luar, dengan Ayah." jawab dia ringkas.

"Pergi tengok!"

Daffa menarik muncung, langkah dibuka, memang itu yang dia mahu lakukan tadi. Kenduri tahlil arwah Atok malam itu berjalan lancar dan selesai lebih awal. Mereka semua baru selesai mengemas. Ufairah kata tadi mahu mengambil angin di luar, kebetulan Encik Azhar berada di luar tadi.

Daripada pintu rumah kayu kukuh itu, Daffa dapat melihat dan mendengar bualan dan lawak Ayahnya kepada Ufairah. Dia tersengih, pasti Ayahnya sedang cuba menceriakan hati Ufairah. Dia menyarung selipar kemudian membawa diri ke pangkin, dia melabuhkan punggung di sisi Ufairah.

"Haa Daffa, dah siap kemas depan dah?" tanya Encik Azhar.

"Dah." jawab Daffa sepatah.

Encik Azhar memandang pelik dengan kening terjungkit sebelah,

"Ye ke ni?" soal Encik Azhar, dia kenal benar dengan anaknya itu. Waktu ada kenduri, dia lah paling malas mengemas!

"Ouh... belum. Daffa tinggalkan sikit untuk Ayah." jawab dia tanpa rasa bersalah.

"Bertuah punya budak!"

"Ahaha tak kena. Ayah dah tua lah, mana boleh lawan Daffa." ejek Daffa selepas berjaya mengelak pukulan ayahnya.

Encik Azhar mencebik, bertuah punya anak!

"Dah ayah shuh, sibuk je dengan bini orang, bini dia kan ada." halau Daffa, jari telunjuk siap dihalakan ke pintu rumah!

"Eleh budak ni. Bini kamu menantu ayah jugak."

Ufairah di tengah tengah sudah tersenyum nipis, lucu dengan gelagat ayah dan anak ini. Encik Azhar mula bangkit, dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Sempat dia berpesan,

"Jangan duduk luar lama lama malam malam ni, kesian menantu ayah sejuk."

"Nanti pandailah Daffa peluk dia bagi panas."

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now