" Kenapa boss kata macam tu? Kenapa orang baik akan jadi sejahat jahat manusia kalau dia salah pilih jalan?" soal Akmal kurang mengerti setelah lama mereka berdiam diri.
Haziq dan Afiq sudah mengangkat kepala apabila mendengar soalan Akmal, sejujurnya mereka pun tidak faham. Tetapi disebabkan masih bungkam dengan kata kata Daffa tadi, mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri.
" Kenapa eh? Hm...."
Daffa menarik nafas sehingga ke dasar perut dan dihembus perlahan dan tenang, matanya masih lurus ke depan. Bibirnya mengukir sengih apabila melihat Ufairah dan Encik Azhar tergelak sakan di luar, mungkin masih menunggu Puan Aini dan Mak Lang bersiap.
" Sebab mereka ada kepercayaan dan keyakinan daripada orang orang yang percaya mereka."
Wajah Daffa sedikit tidak senang apabila bercakap soal itu, dia pernah rasa dikhianati dan dirobekkan kepercayaannya pada seseorang yang amat dia sanjung dan percaya. Tetapi itu cuma kisah lama, yang perlu dia jadikan pengajaran.
" Mereka akan mudah manipulasikan fikiran orang orang sekeliling dia dengan kebaikan yang boleh dia tunjukkan. Walaupun pada hakikatnya, di belajang, dia mungkin jadi pembunuh, bapak ayam, atau orang yang tak pentingkan mana mana nyawa kecuali nyawa sendiri, dan contoh yang paling dekat, Hazril."
Daffa tersengih kesal kerana wujudnya orang yang sebegini teruk.
" Hazril tu baik gila, sama macam Akwa, baik sangat, sampai orang buat benda buruk pun dia maafkan je.
Tapi...entah apa yang jadi pada dia sampai dia jadi macan tu, aku pun tak tahu. Dia boleh jadi bahaya, sebab dia bijak.Aku ada lah juga terdengar dia jadi psychologist daripada member aku.... dan itu yang merisaukan aku." luah Daffa menceritakan lebih banyak berkenaan Hazril.
" Kenapa kalau dia psychologist sekali pun?" tanya Haziq pula, makin tidak faham!
Daffa senyap seketika, begitu juga mereka, kerana....Ufairah datang ke arah Daffa!
Ufairah mengukir senyum lebar,
" Awak! Nak salam!"
Kekok Daffa menghulur tangan, kali terakhir Ufairah menyalami tangannya adalah sewaktu pembatalan air sembahyang seminggu lepas, dan itu juga kali pertamanya. Tetapi Ufairah menyambut dan mencium tanpa rasa kaku, dia rasa gembira pula dapat meluangkan masa bersama Mak Lang dan Ibu Ayah mertuanya.
" Bye!"
" Ufairah." panggil Daffa sambil menarik tangan Ufairah, menghalang Ufairah daripada pergi.
Ufairah terpinga, wajah tidak berapa senang Daffa dipandang dengan wajah blurnya. Daffa menarik Ufairah menjauhi sedikit Haziq, Afiq dan Akmal.
" Kenapa?"
" Minta Ibu handsock dengan stokin sekarang. Tangan dengan kaki kau tu hak aku, cuma aku, Mak Lang, Ibu dan Ayah je boleh nampak. Tutup sebelum aku balut satu badan kau dengan selimut. Kau faham?" tegur Daffa dengan nada mendatarnya, tidak kasar dan tidak juga lembut.
Automatik mata Ufairah memandang pergelangan tangan dan kakinya yang sedikit terdedah. Dia mula rasa bersalah,
" Sorry...."
" Dah, pergi minta Ibu ke Mak Lang ke. Ni ambil duit ni, nanti ajak Ibu dan Mak Lang beli handsock dan stokin."
Spontan Daffa mengeluarkan beg dompet dan menghulur 4 not RM100 kepada Ufairah. Ufairah sudah terdiam, terkejut melihat duit sebanyak itu, serba salah dia mahu mengambil.
" Tapi macam banyak sangat je—"
" Biarlah aku nak bagi berapa pun, kau isteri aku kan, sukahati aku lah. Eh kau ni, duit pun tak nak. Dah. Pergi masuk balik."
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
SonstigesPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...