~3~

351 41 3
                                        

Ufairah bungkam. Matanya bulat memandang kereta hitam yang sudah meluntur laju melintasi dirinya. Terkejut!

Sudah lama dia tidak bertemu lelaki itu! Lama sekali! Hampir 6 tahun! Dan secara tiba tiba lelaki itu muncul di hadapannya, lelaki itu masih ingat nama panjangnya!

Ufairah masih kaku, terpana dengan apa yang berlaku. Kemunculan lelaki itu benar benar membuatkan dirinya tergamam.

Lelaki yang pernah dia suka dan benci hadir memunculkan diri di hadapannya. Senior di sekolah menengah yang digeruni ramai, dan lelaki itu... selalu menyelamatkan dirinya. Disebabkan oleh itu, dia jadi tersuka padanya.

Namun, apabila lelaki itu mengetahui tentang hidupnya, dia jadi benci pula! Dia tidak suka jika lelaki itu simpati dengan dirinya!

Fikirannya kusut apabila memori memori lama menerjah minda. Ufairah mengeluh panjang. Hilang rasa sedihnya melihat bangkai kucing tadi. Perasaan yang ada cuma....

BUNGKAM!

Dia sendiri tidak pasti sama ada dia suka atau tidak lelaki itu memunculkan diri di hadapannya. Ufairah tiba tiba terasa geram apabila teringat suara lelaki itu yang memanggil nama panjangnya.

" Ishh! Aku langsung tak tahu nama dia! Sewel! Dah dekat 9 tahun aku kenal dia, nama pun dia tak nak bagitahu! Menyampah gila!" protes dia berkata, geram!

Setiap kali dia bertanya nama semasa di bangku sekolah, pasti jawapannya sama sahaja daripada lelaki itu

" Tak payah tahu nama aku, ingat muka aku saja, dah cukup."

Ufairah berdecit geram! Poyo! Kenal pun empat tahun saja waktu dia bersekolah! Beza umur mereka hanya 2 tahun. Ufairah masih ingat, waktu pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu. Semasa dia tingkatan 2, dia menangis di belakang bangunan lama sekolah, sedih apabila adik tirinya menghina dirinya di hadapan rakan rakan adiknya yang lain.

Dia selalu menangis di situ, mengenang nasib diri, di situ, tiada pelajar mahupun cikgu yang lalu lalang di belakang bangunan lama, katanya berhantu, tetapi Ufairah tidak pernah pula terserempak dengan makhluk halus! Lebih lebih lagi sejak adiknya bersekolah menengah di tingkatan 1, lebih banyak hinaan dan malu yang dia dapat  seminggu tiga empat kali juga lah dia menangis di situ.

Namun pada hari itu, tiba tiba sahaja ada yang menegur, masih jelas di ingatan,

" Oi, kau memang suka menangis dekat sini ke?"

Ufairah terperanjat dengan suara garau itu. Fikirannya hanya satu, HANTU! Makin sebal dirinya, sudahlah baru dihina dan dimalukan, hantu pula datang kacau!

" Jangan lah kacau aku hantu... aku sedih lah." kata dia perlahan, masih dengan suara serak.

" Hantu pakcik kau! Sini! Pandang sini lah sengal!"

Laju Ufairah menoleh apabila diherdik begitu. Matanya membulat besar, terkejut melihat seorang lelaki di belakangnya! Sepantas kilat Ufairah bangun dari duduk, air mata diseka laju, wajahnya memerah kerana malu, hatinya bertambah sebal.

"  Tadi aku nampak kau dekat kantin....teruk kau kena hina, asal tak balas balik?"

Ufairah makin berasa malu, bertambah marah. Kusut fikirannya! Dia cepat membuka langkah dan pergi dari situ, tidak menghiraukan lelaki itu! Dia malu!

Ufairah hela nafas panjang apabila terimbau kenangan lama. Wajahnya muram. Pertemuan pertama kali, sungguh memalukan! Dalam fikirannya muncul pelbagai soalan,

Mengapa lelaki itu muncul semula selepas 6 tahun di hadapannya?

Ufairah menggeleng laju,

" Tak tak! Ini memang kampung dia...." gumam dia perlahan.

Dia Henotik [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang