Daffa hanya tersenyum nipis. Entah kenapa... rasa dipercayai dengan kuat itu terasa berbeza! Seperti diberikan amanah yang sangat besar daripada atok!
"Atok ni... lemah. Tak mampu nak yakinkan anak sendiri bahawa pilihan Fatimah sebagai isteri itu salah, sampai rosakkan hidup cucu sendiri. Sudah lah tu, nak pertahankan cucu sendiri daripada Fatimah pun tak mampu. Atok ni... memang atok yang teruk."
"Apa atok cakap ni... jangan lah cakap macam tu, Ufairah dah ada atok pun Ufairah dah cukup bersyukur. Atok sengaja nak buat Ufairah menangis kan!"
Dia sudah tidak dapat menahan air mata, sejak tadi dia menahan, tetapi empangan itu pecah apabila melibatkan atok yang menyalahkan diri! Daffa masih diam, senyumannya perlahan lahan mengendur.
"Kamu tu memang cengeng! Ahahah!" tambah Atok untuk meregangkan situasi sayu ini.
Ufairah pantas mengelap air mata, muncung ditarik sedepa!
"Daffa."
"Ya, atok?" jawab Daffa pantas.
Atok tersenyum lembut,
"Ufairah ni... macam permata dalam hidup atok. Sekarang, permata ni dah jadi milik kamu. Walaupun susah atok nak lepaskan, tetapi... atok percaya, permata atok yang comel ni akan lebih baik berada bersama kamu."
Ufairah tersenyum comel apabila dirinya dibandingkan dengan permata. Daffa cuma tersengih, walaupun hatinya gusar.
" Atok... percayakan kamu. Atok percayakan Ufairah pada kamu. Atok kesal, atok tak mampu jadikan permata atok berkilat dan berkilau... cuma kamu yang mampu. Tengok lah senyuman dia ni, nampak betul betul bahagia ya!"
Ufairah tertawa kecil dalam tangisnya. Tetapi... hati Daffa gusar. Dia baru menyedari...
" Kekalkan kilauan permata ni, ya Daffa?"
Atok sedang memberi amanah yang cukup besar buatnya. Hari ini juga... petang ini penuh dengan suasana emosi sayu. Daffa menelan liur, dia menarik senyum,
" Insyaa Allah. Daffa akan cuba yang terbaik." jawab Daffa yakin.
Atok tertawa kecil sebelum mengangguk puas hati,
" Lega atok! Dah, jom masuk, dah nak azan maghrib ni. Daffa jadi imam ya! Pertama kali atok tengok kamu jadi imam ni."
Ufairah tertawa kecil, mengejek Daffa, padan muka! Daffa sudah tersengih kelat. Mengimamkan hampir 29 warga emas di sini? Wah, besar betul tanggungjawabnya! Dia tidak terlalu berpengalaman. Baru dia mahu membantah, atok sudah menghebahkan pada yang lain.
Ambil kau, Daffa!
"YO, Fuad."
Fuad menaikkan mata ke atas, menjengkelkan!
"Kan aku dah kata, panggil aku Adi je! ADI! Tu nama dunia gelap aku lah!" marah Fuad , berkerut wajahnya memandang Daffa.
Daffa mengangkat bahu dan membuat reaksi tidak bersalah. Geram sahaja Adi melihatnya! Daffa menarik sengih,
"Tak sangka kau nak jaga pintu wad eh... wah mengagumkan." kata Daffa lagi.
Makin meluat Adi dibuatnya!
"Ish! Afiq dengan Akmal kata kerja penting! Aku ingat pentinglah sangat, rupanya jaga pintu ni je! Diorang ingat aku apa? Pak guard ke apa?" bentak Fuad masih tidak berpuas hati.
Daffa menayang wajah toya,
"Tunggulah nanti... tunggu lah aku dapat bagi sebijikk penumbuk aku ni dekat dua orang beruk tu! Cihh! Diorang tak kenal aku siapa lagi kan! Ini Adi lah!"
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...