~33~

231 29 1
                                    

"Akmal dan Afiq masih belum sedar. Doktor kata... tulang tangan kanan Akmal retak, Afiq pun, cuma tangan kiri. Kaki dia membengkak sedikit, mungkin terkehel. Ada cedera sikit sikit. Tapi... diorang masing masing agak kritikal, doktor baru lepas lakukan pembedahan keluarkan serpihan daripada dada diorang."

Daffa menunduk mendengar itu. Hampa. Rasa bersalah. Kesal. Dia duduk di bangku menunggu, wajah diraup serabut.

Akwa menghela nafas simpati. Bahu Daffa ditepuk memberi semangat. Apa yang perlu dia katakan? Perkara sudah terjadi. Bagaimana mahu menyemangati rakannya itu?

Haziq juga berwajah sugul, sedih dengan berita itu.

"Doa. Mereka kuat, mereka kuat macam kau Daffa, diorang kuat untuk bertahan. Maka berdoa lah, itu saja kekuatan yang kita ada sekarang." kata Akwa perlahan dan lembut.

Lama mereka menunggu keputusan doktor. Sekarang sudah menginjak ke angka 2 pagi. Masing masing sudah keletihan, tetapi rasa risau mereka terhadap Afiq dan Akmal mengatasi segalanya.

Daffa masih diam, wajahnya sugul, kepala diangguk dengan nasihat Akwa.

Farhan.
Atok.
Dan sekarang, Afiq dan Akmal pula?

Daffa menarik sengih sinis bagai tidak percaya, Hazril betul betul membuatkan dia berasa sebal dan terlibat dalam deraan emosi!

" Haziq." panggil Daffa.

"Ye?"

"Esok, aku nak serbu markas Hazril. Aku ada firasat buruk tentang Hazril. Aku tak yakin Nufail boleh." nadanya dingin dan kedengaran mendatar.

Haziq menoleh, Daffa... sedang serius dan marah!

"Aku... nak hancurkan dia. I'm done already."

Haziq mengepal tangan. Daffa pasti sudah hilang sabar. Wajah itu nampak tekad.

Tak mungkin dia akan berdiam diri juga!

"Aku ikut!" kata dia turut tekad!

Akwa sekadar menjadi pemerhati.

"Boleh... tapi jangan terkejut, betapa menakutkannya Angel nanti." kata Daffa tanpa menoleh.

Dia bangkit, nafas dihela perlahan, dia sudah sedikit tenang.

"Akwa, maaf. Aku kena balik sekarang, aku terlupa nak call isteri aku tadi. Haziq, tolong hantarkan Akwa, boleh?"

"Hm, boleh."

"Thanks."

Daffa mula membuka langkah, bahu Akwa ditepuk perlahan. Dia melangkah tanpa menoleh lagi. Namum wajahnya sudah bertukar sugul. Masih kesal dengan apa yang jadi. Akwa memandang simpati, tetapi... dia pasti Daffa tidak lemah dari segi mental dan fizikal.

"Akwa... kau kawan rapat Daffa kan?"

Akwa menoleh mendengar pertanyaan Haziq,

"Daffa... okay ke? Dia... boleh terima ke semua ni? Dia takkan bunuh Hazril kan?" soal Haziq, mulai risau.

Dia takut Daffa hilang kawalan dan akhirnya membunuh. Dia tidak mahu Daffa melempiaskan segala amarah pada Hazril nanti. Dia tidak mahu Daffa menjadi pembunuh.

"Bagi dia masa sampai Subuh esok. Dia mesti akan bertenang dan bertindak secara bijak. Daffa... takkan termakan umpan Hazril." kata Akwa yakin.

Mata masih tertacap pada tubuh Daffa yang semakin menjauh. Haziq diam, dia berharap kata kata Akwa itu benar. Tapi... mengapa dia rasa tidak sedap hati?














Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now