~9~

322 39 10
                                    

" Jaga dia. Sayang dia. Jangan biarkan dia menderita lagi. Atuk beri amanah yang besar ni pada Daffa, tolong ya?"

Daffa memerhatikan dirinya yang sudah lengkap berbaju Melayu putih di hadapan cermin. Pesanan Atuk Ufairah bermain main di mindanya. Tiba tiba terasa berat pula amanah yang diberikan itu. Tiba tiba dia jadi gemuruh. Tiba tiba sudah tiba hari nikahnya! Sudah berbelas kali dia hela nafas kerana gemuruh. Berdebar debar dia rasakan sekarang.

" Daffa."

" Ya." laju Daffa menoleh.

Wajah Ibu dan Mak Langnya menjamu mata. Dia tersenyum kelat, cuba tidak menunjukkan rasa gemuruhnya.

Lebar senyuman Puan Aini, anak tunggalnya bakal bernikah hari ini, tidak sangka masa berlalu terlalu cepat, dia rasakan baru semalam Daffa bertemu dunia, dia rasakan baru semalam dia mencium Daffa yang masih bayi...yang merengek memanggilnya, yang tidak boleh berpisah dengannya. Sungguh, dia tak sangka anaknya sudah membesar dengan baik dan bakal menjadi suami orang.

Mak Lang juga tiada lainnya, kagum melihat anak buah kesayangannya bakal menjadi suami orang. Didekati anak buahnya, butang baju Melayu paling atas dibutangkan. Baju Melayu putih bersampin emas itu dikemaskan sedikit.

Daffa cuma diam membiarkan. Akhir sekali, Puan Aini memakaikan songkok hitam tinggi pada anak tunggalnya. Daffa cuma menunduk membiarkan. Entah lah, dia rasa gemuruh, tidak pernah dalam hidupnya rasa segemuruh ini! Lain macam rasa debarnya!

" Dah besar dah anak Ibu..."

Puan Aini mula sebak. Daffa tersenyum, lantas dia memaut bahu kedua dua wanita paling berharga buatnya.

" Daffa dah kahwin pun, Daffa tetap sayangkan Ibu dan Mak Lang lah. Tak mau lah nangis nangis. Apa ni....dah nak dapat menantu pun menangis ke?" usik Daffa.

Puan Aini dan Mak Lang tertawa kecil, pantas air mata dikesat. Sayang benar mereka pada Daffa.

" Daffa, dah siap belum?"

Sapaan Encik Azhar membuatkan Daffa tersenyum dan mengangguk. Bahu Puan Aini dan Mak Lang dilepaskan. Encik Azhar tersenyum bangga melihat anak lelaki nya, kagum. Tidak sangka, hari ini akan tiba, dimana anak lelakinya akan membina keluarga sendiri, menjadi imam dan suami pada seseorang.

" Handsome, macam Ayah dulu dulu."

Daffa tersengih,

" Daffa lagi handsome lah."

Encik Azhar mencebik, bahu anaknya digenggam. Dia memandang Daffa daripada atas hingga bawah. Dia tersenyum lagi. Daffa yang memerhati tersengih nakal,

" Ayah, jangan cakap Ayah nak menangis juga..."

" Ingat Ayah macam Ibu kamu?"

Daffa tergelak kecil. Dia menoleh sekilas memandang Ibu nya, tajam mata Ibu nya menikam mereka. Daffa dan Encik Azhar saling pandang dan tersengih.

"Dah, cepat pergi kahwin."

"Amboi, menghalau."

" Kalau lambat, Ayah ganti karang..."

Daffa tergelak lagi. Ibu nya sudah membulatkan mata, laju sahaja tangan ketam menyinggah bahu!

" Okay. Ayah, Ibu, Mak Lang pergi lah dulu, temankan Ufairah. Daffa pergi saing Akwa , Afiq dan Akmal, Daffa nak get ready sekejap."

Encik Azhar mengangguk faham, bahu anaknya ditepuk perlahan , sekadar memberi semangat,

" Jangan lambat ya."

Daffa mengangguk dan tersenyum nipis dengan pesanan Mak Lang. Sebaik sahaja Encik Azhar, Puan Aini dan Mak Lang keluar, tiba tiba muncul dua orang yang paling teruja mengalahkan pengantin lelaki!

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now