~26~

255 29 5
                                        

" Cari cara dia bunuh?" soal Akmal pelik.

Daffa mengangguk kecil,

"Lebih tepat, cari cara dia hilangkan bukti." kata Daffa lalu menghela nafas.

Daffa mendongak memandang langit, mencari ketenangan seketika di pagi hari. Afiq mengeluarkan beberapa helai kertas A4 putih bertulis yang sudah diklip bersama daripada sehelai sampul surat. Kertas kertas itu dibelek perlahan, matanya membaca intinya, Akmal turut menyibuk membaca.

"Hazril akan tinggalkan 2 petanda setiap kali dia membunuh. Pertama, perkataan 'K.I.L.L' dekat kawasan mayat atau pada tubuh badan mangsa."

Akmal dan Afiq memandang Daffa, memang benar apa yang diperkatakan Daffa, itu sudah tertulis di dalam laporan ini.

"Lagi satu apa? Dalam ni cuma tulis satu petanda je." soal Akmal pelik.

Laporan itu dibuat oleh perisik yang mengurus kes Hazril sebelum kes ini diserahkan kepada Daffa. Memang tidak banyak maklumat yang ada pun. Daffa menarik sengih, dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu, meninggalkan Afiq dan Akmal terpinga pinga di luar.

Tidak lama selepas itu, Daffa kembali semula dengan sebuah sampul surat besar di tangan, dia duduk dan mengeluarkan isi dalamnya.

"Ni salinan report yang aku bagi Nufail tu. Baca lah."

Daffa mencampak kertas kertas itu di atas meja, Akmal mengambil dan membelek. Helaian demi helaian dibaca dengan teliti.

Mata mereka berdua sedikit membesar apabila  terbaca sesuatu,

"Kedudukan mayat yang hampir sama?" baca Akmal perlahan sebelum mereka berdua memandang Daffa.

Daffa mengangguk, air Milo panas disisip perlahan, barulah segar sedikit!

"Ouh... "

" Korang tak payah buat buat faham, tengok muka dah tahu korang tak faham." keluh Daffa sambil menayang wajah toyanya.

Afiq dan Akmal tersengih, tahu saja boss ni! Ini yang sayang ni! Daffa mengeluarkan lagi gambar gambar pembunuhan yang telah dilakukan oleh Hazril, Afiq dan Akmal meneliti satu persatu.

"Kebanyakan pembunuhan Hazril dekat hujung lorong gelap atau belakang bangunan terbengkalai. Semua mangsa tak sentuh dinding, mesti akan ada jarak antara dinding dan tubuh mangsa."

.
.
.

Daffa menghela nafas apabila mereka berdua diam dengan wajah minta penampar itu,  sebatang pen dan kertas laporan itu diambil, tangannya mula menulis untuk penerangan, sebelah tangan lagi menunjuk ke arah gambar gambar itu,

"Setiap dinding dekat sini tak ada percikan darah langsung, bersih je ha, mayat pun tak bersandar atau bersentuh dinding. Aku buat teori sendiri, dia tak lakukan pembunuhan dekat tempat tu."

Afiq dan Akmal mula mengangkat wajah, mulut mereka membentuk bulatan seakan baru tersedar sesuatu,

"Oooo maksud boss, Hazril sengaja buat kita fikir yang dia buat pembunuhan dekat situ, dan tetapkan mindset kita yang dia betul betul boleh hilangkan bukti lepas kita tak jumpa satu apa pun cap jari atau bukti?" jelas Akmal ingin memastikan.

Daffa mengangguk tanpa riak.

"WAHHH SAYA DAH AGAK SAYA MEMANG BIJAK TAHAP PANDAI!" teriak Akmal bangga, siap berdiri dengan senyuman lebar... minta pelempang.

Afiq mencebik jengkel, Daffa memandang pelik,

"Oi oi... ei kau ni karang... nak kena tendang ke?"

Dia Henotik [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang