" Lama ke tunggu aku?"
Daffa tersenyum, tangan dibawa bersalam dengan tangan Akwa.
" Tak lah, tapi sempatlah jugak kalau nak tawaf satu bangunan ni."
Akwa tersengih kelat, rasa bersalahnya muncul selepas membiarkan Daffa lama menunggu, dia perlu berbincang sedikit dengan boss besar tentang kerja lain usai tamat mesyuarat antara ahli pemegang saham tadi. Daffa salah seorang daripadanya.
" Susah betul nak jumpa orang busy macam kau ni. Meeting macam ni baru dapat jumpa ek?" jawab Daffa sengaja membuatkan Akwa berasa bersalah.
Akwa tersenyum kelat, kening digaru perlahan
" Sorry lah...kau pun tahu kan kerja aku macam mana?"
Daffa cuma menayang wajah tak bereaksi.
Dahin Akwa. Satu satunya rakan yang paling memahami. Dia lah consultantnya, dia lah sahabat, dia juga penasihat. Walaupun mereka baru berjumpa di New Zealand dahulu 6 tahun lepas, tetapi mereka sudah mempercayai satu sama lain.
Daffa terpaksa mengakui bahawa aura positif yang dibawa Akwa mudah membuatkannya berasa dekat dengan Akwa, bukan dia saja, malah sesiapa pun, Akwa sangat memahami, tidak pernah mencemuh apa yang ingin dilakukannya. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu bahawa dirinya menceburkan diri dalam dunia gelap ini, dan Akwa orang pertama yang tahu.
Di New Zealand dahulu, mereka tubuhkan satu kumpulan yang di mana Daffa, Akwa, Ryan dan Kimi saling bantu membantu. Menyuarakan pendapat dan memberikan pandangan. Tersengih Daffa apabila teringat bahawa mereka berempat pernah digeruni ramai kerana kepintaran dan kekuatan yang mereka ada. Segala pahit dan baik dilalui bersama.
Sekarang, Ryan dan Kimi hanya menetap di New Zealand, tidak tahu bila mahu balik Malaysia.
Akwa bukan calang calang orangnya, dia sangat memahami kerana dia pernah hadapi masa pahit yang sangat lama. Tetapi dia tidak pernah terkandas di jalan yang salah, dalam hatinya tetap yakin, Allah pasti membantunya. Dan kerana itulah, Daffa berasa senang dengan Akwa, kehadiran Akwa menjadikan hidupnya bertambah baik, selepas mendengar kehidupan Akwa, dia tersedar betapa kuat dan tabahnya lelaki itu.
Dan lihatlah di mana Akwa berada sekarang,
Chief Operating Officer syarikat Dakwa Sdn.Bhd. Syarikat produk kesihatan. Sekarang pun, Akwa sibuk dengan projek herbanya, projek mega!
Daffa dan Akwa memilih untuk makan di gerai biasa sahaja. Walaupun masih berpakaian kemeja, tetapi mereka berdua lebih memilih untuk makan di gerai biasa. Malas mahu berada di restoran, tidak meriah katanya.
" Daffa."
" Apa?"
Akwa tersenyum tenang,
" Aku dengar daripada Afiq dan Akmal, kau nak kahwin."
Daffa yang mendengar sudah tersenyum nipis, dalam hatinya mengutuk Afiq dan Akmal, entah berapa orang lah mereka sudah hebahkan!
" Sebab tu lah aku ajak jumpa. Aku nak cakap pasal ni." jawab Daffa.
Terus tersenyum lebar Akwa, matanya bersinar,
" Jadi betul lah? Alhamdulillah..."
Daffa tersenyum nipis. Begitu lah Akwa, lembut tetapi tegas, Daffa pula, kasar dan tegas. Akwa tidak lah lembut mana, cuma bicara dan perwatakannya tenang dan tidak kasar seperti Daffa.
" Akwa, kau rasa...aku ni cukup layak ke nak berkahwin?" tanya Daffa jujur. Memang itu yang bermain di fikirannya. Itupun selepas mendengar kata Ayah dan Ibu nya.
YOU ARE READING
Dia Henotik [Completed]
RandomPernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis? Err... Mafia ke tu? Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia buk...