~14~

303 30 8
                                    

" Kenapa?"

Nufail menghela nafas kasar, wajahnya berkerut tidak puas hati,

" Kenapa tak boleh? Korang tahu kan semua pasal dia?" tanya Nufail lagi, protes!

Arasy dan Faris saling pandang sebelum melepaskan nafas perlahan. Arasy dan Faris, pemilik utama syarikat perisikan ini, mereka meneruskan pengurusan syarikat ini sebagai generasi kedua. Arasy sebagai CEO, tetapi mereka berdua tetap berkongsi buah fikiran yang sama, Faris pula tidak terlalu kisahkan jawatan CEO itu, benar mereka menguruskankan syarikat ini bersama, tetapi motif utama dia adalah untuk membantu kerajaan sahaja, lagi pula dia rasakan Arasy lebih sesuai berbanding dirinya, lebih matang serta lebih berfikiran jauh dan luas.

" Kitorang tak nak pecat dia....kenapa nak buang dia? Prestasi dia bagus gila kot, kau pun tahu pasal tu Nufail..." jawab Arasy tenang,

" Tapi tetap juga, dia boleh bawa ancaman besar pada kita."

Arasy menghela nafas, Faris cuma memandang adiknya jengkel,

" Wei Fail, kau bagitahu aku betul betul, kau nak dia keluar daripada syarikat ni sebab kau tak suka dia, atau-"

" Apa benda kau merepek Faris? Kau tahu kan aku macam mana? Memang lah aku tak berapa suka dia, tapi tak adalah sampai bawa masuk perasaan personal aku dalam kerja." cantas Nufail laju.

Ya, sungguhpun dia mengaku dia tidak suka akan Daffa, tetap juga, dia bersifat profesional, hal kerja, kerja, hal perasaan, lain! Faris mengangguk faham, setuju dengan adiknya. Dia tahu adiknya bagaimana.

" Okay Fail, aku faham dengan status dia sekarang, nama dia dah naik sebagai mafia besar, tapi kau kena faham juga, setakat ni tak ada satu pun jenayah yang dia buat. Tak ada weh, clean! Lagi satu, dia tak pernah pun skip kerja, banyak information kita dapat daripada dia soal penjenayah, dia masuk je syarikat kita, makin senang kerja kita, sebab information dia berharga gila. So....aku tak setuju untuk lepaskan dia."

Nufail diam mendengar, berfikir lagi,

" Tapi Arasy, aku tak yakin lah. Sampai sekarang dia masih mengungkit pasal hal tu, masih tak puas hati dia terikat dengan kita. Kau rasa dia akan terus ikut kita je ke macam lembu? Dia tu kuat, bijak... bila bila masa je dia boleh lingkupkan kita daripada dalam!"

" Aku bukan nak membenci, tak...tapi cuba kau fikir, berapa ramai jenayah dekat luar sana yang pada mulanya tunjuk prestasi baik, gempak, sudahnya... mengkhianat. Cuba korang fikirkan... mungkin kita tak tahu, sekarang pun dia mungkin boleh bocorkan rahsia syarikat dekat mafia lain." kata Nufail lagi menyuarakan segala kebimbangannya.

Bukan membenci, tidak, cuma itu yang bermain di fikiran Nufail, dia memikirkan tentang syarikat ini, andai syarikat ini musnah, penjenayah akan semakin berleluasa, pihak polis tak mampu mengawal lagi! Bagaimana masa depan negara ini jika hal itu berlaku? Bagaimana dengan nasib anak nya , kanak kanak lain jika perkara itu berlaku? Mahu harapkan pemimpin sekarang?

Huh, keadaan politik pun sudah kucar kacir, senang sahaja penjenayah memanipulasi mereka kelak!

Syarikat perisikan ini sejujurnya telah menjadi aset penting negara, terlalu penting. Jika musnah, kebarangkalian keamanan negara terganggu itu tinggi!

" Kalau dia keluar pun, tetap juga dia boleh jadi ancaman pada kita Nufail, boleh juga dia bocorkan rahsia syarikat pada mafia lain..."

" Serangan daripada luaran dan serangan daripada dalaman, mana lebih teruk? Luaran kita boleh kawal lagi, kalau syarikat ni musnah daripada dalaman, huh...kita tak dapat apa pun."

Terdiam Arasy dan Faris, ligat memikirkan kata kata Nufail. Ada betulnya. Lama mereka bertiga terdiam, Arasy dan Faris juga terdiam, mula memikirkan segala kemungkinan yang ada.

Dia Henotik [Completed]Where stories live. Discover now