Alya terus mendail nombor telefon Hariz sebaik diberitahu Zafri melalui dm instagram.
Hariz yang berada di dalam kereta sedang lemah gemalai pun mengangkat call dari isteri tercinta. "Hello Assalammualaikum Sayang." sapa Hariz di telefon. Membuatkan Ayu berdehem secara tiba tiba. Zafri nampak perilaku si budak Ayu ni agak melampau sejak tadi. Nak tegur tak boleh sebab orang tu dah tolong, jadi lebih baik guna cara halus. Sebab tu dia khabarkan pada Alya segera.
"Takde laa abang okay laa. Sayang jangan risau pasal abang. Lemah sikit je ni."
"Abang on the way klinik ni dengan kawan. Sayang jangan risau okay?"
"Anak anak mana?"
"Abang rindu dorang."
"Sayang tidur dulu. Nanti abang balik klinik abang call sayang balik." Hariz pun meletakkan kembali telefonnya di dalam poket. Masih dalam keadaan tak larat tapi masih mampu kawal.
"Siapa tadi tu?"
"Ohh isteri." Sekali lagi Ayu berdehem seperti tidak sangka. Baru nak try terus takdir reject. Zafri menepuk bahu kiri Hariz konon menunjuk 'good job' tanpa Ayu sedari. Isyarat mereka berdua ni senang je.
******
Selepas kena inject di punggung. Baru lah Hariz berasa sedikit bertenaga. Dia bangun dari katil dengan muka yang malu. Sejak tadi dia hanya tunduk tatkala nurse yang menyaksikan punggungnya dicucuk tadi masih berdiri di situ.
Alya sudah ada pencabar. Ada seorang lagi perempuan dah lihat punggung dia. Habislahhhhh.
"...Ni antibiotic. Kena makan 3 kali sehari selepas makan." Nurse mengakhiri ayatnya lalu menghulurkan plastik ubat itu kepada Hariz. Hariz tunduk berkali-kali menahan malu dan berjalan laju melangkah pergi "eh dik." Hariz pasrah dan toleh pandang pada nurse tadi itu.
"Ni mc ni tak nak ke?"
"Eh MC? dapat MC ke?" Hariz pelik pandang pada nurse itu. "Ye dik. Doktor kata awak tak cukup rehat. Awak dapat MC 2 hari. Nah." Nurse itu menghulurkan MC kepada Hariz. Sempat nurse itu mengelip mata kepada Hariz. Secara tiba-tiba bulu roma Hariz semuanya naik sebaik nurse itu mengelipkan mata.
makin seram nurse zaman sekarang ni. Bisik Hariz menilai pada dirinya sendiri dengan kelakuan nurse tersebut. Amat menyeramkan ye! Tahu lah dah dapat wayang free punggung orang!
"Zaf. Jom." ajak Hariz sebaik keluar dari klinik. Zafri sedang menunggu dibangku diluar klinik bangun sebaik dipanggil Hariz. "Mana Ayu?" Hariz memandang ke sekelilingnya.
"Dia dah balik. Ada hal katanya." Zafri tersenyum sedikit menandakan sebenarnya dia tahu je maksud Ayu balik awal tu. "Kau okay tak ni? Nak aku papah tak?" tambah Zafri cepat-cepat tukar topik dibawa dengan tawa gelak yang terpancar dari muka Zafri. Nak memerli tu. "Sakit bontot satu hal dia cucuk. Malu satu hal lagi doktor cucuk nurse tu boleh bantai sebelah situ. Malu bodoh." cerita Hariz kepada Zafri membuatkan Zafri mengikutkan langkahnya dan terus ketawa. "Habistu cane? Suka tak dia?"
"Dia kelip mata mat. Eyy seram aku."
Zafri mengikut langkah Hariz konon nak standby papah Hariz tetapi Hariz pantas..."Kau fikir aku patah kaki ke sial nak papah papah. Lancau Zaf." Hariz menolak kepala Zafri. Cepat-cepat Zafri mengelak dan terus tergelak. Hariz juga turut ketawa.
*****
Alya tidak senang tidur sejak semalam. Dia asyik asyik pusing ke kiri pusing ke kanan. Bagaimanalah keadaan suaminya itu. Adakah Hariz baik baik saja. Alya berfikir sejenak.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...