Mereka saling berpandangan mengharapkan jawapan yang positif setelah panjang lebar mereka menjelaskan situasi Alya dan Wildan. Ada tokok tambah bertujuan nak jernihkan keadaan.
"Akak bukan apa, kakak sayang Alya. Dia sebab terbesar Hariz jadi macam sekarang ni. Sejak dia datang dalam hidup Hariz, perangai Hariz berubah drastik. 360 degree berubah. Dari orang yang baran semua benda nak mengamuk. Sampai ummi abah dah tepuk dahi tau tak tahu apa dia akan jadi, macam mana masa depan dia nanti. Macam mana kisah akhirnya kalau perangai dia tak berubah macam tu. Kena gantung sekolah, kena buang sekolah. Selalu bertukar sekolah. Selalu bergaduh, merempit sini sana." Kaklong berhenti seketika bila terasa seperti sebak mengenangkan adiknya.
Punca adiknya jadi macam tu juga lah membuatkan dia lebih sebak. Nasib jadi anak tengah, sering diabai. Cari cara hilangkan kemarahan yang terbuku, itu yang jadi mudah panas tu.
"Tapi...sejak Alya datang ketuk pintu hati dia. Baru kami nampak his inner side. Dia sebenarnya sifat dia bukan kasar yang kitorang sangkakan. Jiwa dia dengan tanggungjawab itu kuat. Betapa struggle teruknya dia berkorban untuk Alya dan anak dia." airmata kaklong mengalir bila mengenangkan Hariz. Pantas diseka airmata itu supaya jangan mengalir lagi.
Alina memegang tangan kaklong untuk memujuknya, kaklong tersengih kelat cuba menahan sebak. "Adik aku..." kaklong berhenti seketika melepaskan nafas yang terbuku agak sempit. Sebak yang ditahan kan sakit. "Adik aku...umur masih setahun jagung. Selayaknya enjoy hidup dia. Tapi dia faham. Dia faham erti tanggungjawab. Dia buang semua rasa tu. Dia buang semua tu. Sebab dia tahu dia ada tanggungjawab yang harus dia pikul sekarang." suara kaklong sudah mula lain. Dia tidak mampu lagi menahan sebaknya. Airmata berderai dengan laju sekali.
Mereka semua saling berpandangan tak tahu solusi. Terasa serba salah dengan situasi begini. "Kak. Sabar kak."
"Adik aku berhenti sekolah sebab nak bagi keluarga dia makan walau sesuap nasi. Dia utamakan perut orang lain dari perut dia. Sampai sekarang. Dia hanya makan biskut dari pagi sampai ke malam. Tak sentuh nasi sebab takut duit tak cukup nak tahan 10 ringgit untuk seminggu." kaklong mengelap airmatanya lagi. Dia terasa nak luahkan semua perkara kepada mereka-mereka ini. Bagi inspiration sikit. ((.tengah taip ni pun mata author boleh berhabuk aishh.))
"Sebab tu aku bengang Alya berani-berani nak cari lelaki lain belakang dia. Berani dia. Dia dah buat adik aku berkorban macam-macam benda untuk dia. Dia sedap nak bersayang dengan jantan lain." Tiba-tiba latar belakang yang tadinya sendu bertukar menjadi awan-awan hendak kilat memahami sifat kaklong yang tiba-tiba bertukar mood nak marah pulak.
Kaklong bangun dari kerusinya, "mana lelaki tu? Sini dia aku nak potong telur dia" terkejut mereka semua terutama Saiful selepas mendengar pengakhiran ayat itu. Mahu terbatuk Saiful dibuatnya.
"Since haritu dia cakap nak potong telur. Dia berdendam dengan telur ke?" bisik Alina polos kepada Ain di sebelahnya. Ain ketawa kecil mendengar gurau selamba Alina. Dan mereka pun pandanglah kaklong dan drama nyaa.
*****
Pulang saja Saiful ke rumah, dia tersengih-sengih dengan perangai Warda. Warda kini lebih memberi ruang untuk dia berbanding dulu. Kalau dulu 24 jam badmood, sekarang berbeza sedikit berbanding dulu.
"Kau dari mana?" Tegur Wan sedang duduk di depan laptop barangkali menyiapkan assignment. Saiful pandang Wan sekilas lalu ke siling kembali. "Aku pergi jumpa kakak yang salah faham dengan Alya tu."
"Lepastu?" Wan tampak berminat terus pergi duduk di hadapan Saiful ingin mendengar details. "Takde apa lah. Aku cakap Wildan dengan Alya kawan apa semua. Tu je lah."
"Takkan tu je."
"Tu je."
"Alah bosan" Wan kecewa lalu dia pun bergerak pergi duduk di depan laptop kembali hampa. Saiful bangun dari menungannya dan mula bicara, "Alya tu aku respect ahh suami dia."
"Suami? Asal?"
"Kakak yang aku jumpa tu kakak suami Alya tu. Dia cerita lah sikit pasal Hariz tu. Apa dia buat, pengorbanan dia. Menangis mat. Tersentuh mat aku kata kau."
"Tersentuh macam mana?"
"Tersentuh lah betapa kuatnya dia boleh hadap. Dia budak sekolah kau bayang boleh besarkan anak isteri. Dia cari macam macam kerja nak bagi belanja rumah cukup. Tak kira lah. Lepastu dia makan cuma biskut je sebab dia makan tak cukup tapi anak bini biar makan nasi walau lauk telur sekali pun. Tapi jangan dia. Dia rela makan biskut dari pagi bawak ke malam."
Wan terkejut mendengar setiap perincian cerita itu, Wildan yang di dapur sedang makan pun tercengang seketika. Ada ke lelaki macam tu dalam dunia ni. Fikir hatinya pelik. Memang lah ada, kau je tolol!
*****
Hariz tersenyum melambai selepas video call anak-anaknya untuk friendly bola petang itu. Anak-anak penguat semangat tentang segala apa yang dia buat, "good luck baba."
Hariz membuka chat Alya sebentar, sudah berapa lama tiada chat mahupun call untuk mereka. Hariz baru nak type, "sayang, abang nak bola kejap lagi. Doakan abang boleh perform tau sayang."
Mesej itu lantas diundo semula. Dia tak mahu mengganggu Alya, selama mana Alya tidak perlukannya ketika itu. Tidak mengapa lah, Hariz memberi Alya segala ruang kebebasan yang dia dambakan. Biarkan!
Hariz berjalan keluar dari toilet lalu pergi ke bilik persalinan bersama rakan sepasukan yang lain sedang bersiap.
"Kau jadi first eleven harini sebab aku nak tengok improvement kau eh Is. Kau kecewakan aku lagi, aku buang nama kau terus untuk dari pasukan ni."
Terkejut Hariz dibuatnya bila digertak sebegitu. Karier sukan dia tu. "Aku cakap betul betul tau Is. Manfaatkan peluang yang ada." Hariz mengangguk acuh tak acuh. Dia sudah susah hati, ugutan berat ni buat setakat ini.
"Kau relax jela Is. InshaAllah luck kau ada harini." kawan-kawan memberi semangat. Hariz mengangguk-angguk saja sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Dah jom jom."
"Jom Is." panggil rakan sepasukan bola Hariz selepas melihat Hariz masih tidak bergerak. Hariz memegang dadanya yang bernafas turun naik kalau tournament 10k. Padahal ni sekadar friendly saja, tapi ni melihatkan karier sukan dia di Universiti ini. Dia harus manfaatkan peluang itu sebaiknya.
"Halyadris..." Seperti yang Alya pernah ajarnya dulu, kalau suatu benda buat dia nervous. Sebutlah nama itu, untuk menjadi penenangnya.
*****
Hariz semakin tertekan dengan desakan coach Ismadi di tepi padang. Sial lah aku koyak bengangnya tak tahu hendak buat apa lagi.
"Baba!!" jerit satu suara diantara keramaian itu. Terkejut Hariz mencari arah suara itu. Alangkah terkejutnya dia sebaik matanya mengecam seseorang sedang melambai ke arahnya di tempat penonton.
"Sayangg..."
*bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...