Alya tiba di hadapan rumah setelah merentasi perjalanan yang amat jauh sendirian. Dia berkeras tidak mengizinkan Hariz untuk ikut memandangkan Hariz pun tidak berapa sihat. Itu pasal lah dia drive sendirian.
"Tu malapetaka nak sampai." kata Warda sebaik mendengar bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Ain dan Alina berpandangan takut. Tetapi Ain lebih takut memandangkan dia yang punya idea untuk semua.
Ain bingkas bangun dan berlari masuk ke bilik, "cakap dekat dia aku dah tidur." sempat Ain memekik dalam dia berjuang untuk berlari itu. Alya masuk ke dalam rumah menghempas begnya di tepi. Terkejut Warda dan Alina dibuatnya. Alina sedikit gementar melihat perilaku Alya disitu. Dia tunduk saja buat-buat tak tahu.
"Ain mana!!!"
Alya menjerit dari bawah mengharapkan Ain sedia maklum akan kepulangannya dan better be prepared. Alya pusing untuk mengangkat begnya, dia terhenti seketika memandang ke arah Warda dan Alina. Warda menunjukkan wajah biasa dan sedang leka menonton drama korea manakala Alina pula sedang tertunduk sambil menyuapkan maggie ke dalam mulutnya. Dia teringat sesuatu. "Alina!" terkejut melompat Alina dibuatnya sebaik Alya panggil namanya.
"Kau dengan Ain berkomplot kan." Alina lantas menggelengkan kepala cuba menyelamatkan dirinya dan sekali gus bakal meletakkan kesalahan 100% pada pihak Ain.
"Mana lagi sekor." Alya berlari terus naik tangga pergi menuju ke bilik mencari Ain.
"Ain!!"
"Ain!!"
"Ain!!!"
*****
Tamat kelas mereka pada tengahari itu. Harini kelas mereka berempat sama. Jadi mereka berjalan bersama hendak ke cafe berdekatan memandangkan rehat hanya sejam. Dan mereka akan ada kelas selepas itu. Sangat buang masa untuk drive balik rumah.
"ehhh...." Alina mengecilkan matanya cuba menganalisis sesuatu. "...itu Saiful and the gang." tegur Alina melihat Saiful dan kawan-kawannya juga turut berjalan menuju ke arah mereka yang menjadi hala tuju mereka. Alya dan Ain hendak lari dari situ. Lantas tangan mereka dipegang erat oleh Warda. "Jangan nak mengada lari. Makan je dekat situ." tegas Warda menghalang mereka berdua.
Kecundang impian mereka nak lari, tiba tiba perlahan Ain melepaskan tangan Warda yang terus menggenggamnya lantas dia terus berlari dari situ. "Bye nak makan dengan mata air." alasan saja si Ain padahal nak lari Yasir. Mereka tidak sempat mengejar langkah laju Ain.
"Kau siap kau!" jerit Warda memandang Ain sudah berlari sepantas kilat.
Mereka pun ikut terus berjalan ke cafe itu. "Pandai dia lari." marah Alya memandang langkah Ain yang berlari keseronokkan disitu. Setelah dipaksa Warda dan tangan Warda kuat menggenggamnya selepas dia tidak sengaja tak grip tangan Ain kuat-kuat. Alya tiada jalan lain selain dia harus ikut Warda jua. Alina kaku disitu mengikut langkah mereka. "Takde cafe lain ke?" Alya berbisik. Warda pandang ke arah Alya lalu memberikan pandangan maut. Alya gumam disitu.
*****
"Weh aku rasa aku nampak malapetaka untuk kau." tegur Saiful sambil mencuit Yasir. Yasir yang sedang fokus berbual dengan Wildan pun memandang ke arah yang dipandang Saiful dan Wan.
"Ahhhh fuck!" Yasir dah mula gelabah hendak lari ke mana. Yasir gopoh ke kiri dan ke kanan.
"Aku balik dulu guys." Yasir terus memecut berlari dari situ meninggalkan Wan, Saiful dan Wildan. Wildan macam biasa tak suka campur hal orang lain. Sebaliknya dia terus berjalan dan tidak toleh ke mana mana.
Saiful memandang Warda dengan melontarkan senyuman kepadanya. Warda tidak membalas apatah lagi sengaja tidak perasan dia disitu. Warda cuma memberikan pandangan sekilas dan terus ke meja makan bersama kawan-kawannya.

YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
De TodoSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...