Bab 41

1.4K 87 1
                                    

Hariz tiba tengahari di Tanjung Malim. Dia berjanji hendak berjumpa dengan Suhaimi, satu-satunya kawan dari course yang sama dengan dia yang turut serta MPP di depan asrama. Memandangkan mereka akan duduk asrama selama tempoh minggu suai kenal itu.

"Hello Mi. Kau dekat mana?" Bicara Hariz di gagang telefon selepas melihat tiada kelibat Suhaimi disitu. Hariz park motornya ditepi, dia pun melangkah masuk ke dalam dewan.

"Is!!" jerit satu suara di sudut dewan. Hariz pandang ke arah itu dan ternampak Suhaimi disitu. "Awal sampai mi." Hariz bersalam bro dengan dia.

"Awai tak awai. Semalam lagi dah sampai sini." Hariz mengangguk faham. Mereka berdua mengambil tempat duduk di lantai menunggu masa untuk briefing dengan ketua pelajar disitu serta pembahagian tugas semasa Hari pendaftaran pelajar sehingga selesai minggu suai kenal.

*****

Hariz rehat di bilik asrama penempatan sementara untuk wakil MPP yang bertugas dalam tempoh Minggu Suai Kenal. Dia tidak dapat sebilik dengan Suhaimi, sebaliknya dia sebilik dengan orang lain. Kenal tak kenal. Rapat tak rapat lah.

"bro aku nak call awek aku jap, harap tak mengganggu ye?" tegur budak itu meminta izin untuk otp dengan kekasihnya malam itu. Hariz mengangguk, "eh takde apa lah." dan dari situ Hariz mula teringatkan Alya, dia melihat di wallpaper.

"rindu dia pulak. Tapi.." Hariz melihat mesej yang dikirimnya siang tadi tidak berbalas langsung oleh Alya. Busy ke dia ni. Hariz mula fikir yang bukan-bukan. Dia mula terbayang wajah lelaki yang dia jumpa cuba nak try Alya di cafe tempoh hari. Mamat tu memang...

"..LANCAU!!" tak disangka dalam kemarahan dia di dalam hati itu kuat pula bunyinya, dia terlepas perkataan tak elok kuat-kuat. Rakan sebilik Hariz memandangnya tidak berkelip, "aku ganggu ke?"

Hariz terkejut sekaligus malu. "eh tak tak. Aku tak marah kau." Hariz menggeleng kepala berkali-kali cuba meyakinkan dia tidak bermaksud lancau itu pada budak itu. Lelaki itu mengangguk tanda faham. Dia kembali baring kalau boleh kepala nak tumus ke bucu katil tak nak Hariz dengar perbualannya.

Hariz baring di katil, dia memandang ke siling biliknya. Perasaannya sekali lagi memikirkan yang bukan-bukan. Dan setiap kali dia terfikir yang bukan-bukan, dia akan berusaha menampar dirinya sendiri.

Panggg....

Berkali-kali dia menampar dirinya. Sekejap di pipi kiri sekejap di pipi kanan. Sampai merah lah pipinya menanggung sakit.

"Jangan fikir Hariz!"

Baru sahaja hendak terlelap dalam dia hendak memujuk diri untuk tidur kerana esok pasti memenatkan. Deringan telefonnya membuntangkan matanya, Hariz menoleh kiri dan samar-samar terlihat wajah Alya terpampang. Sudah pastilah dia tahu itu dari siapa. Pantas diangkatnya. "Busy ke sayang?"

"busy leraikan gaduh? maksudnya?"

"Seriouslah. Wah betul jiwa wwe Ain tu. So macam mana?"

*****

"Dik dewan mana dik?" seorang lelaki tua mencuit Hariz maka terhenti seketika lamunan Hariz. Hariz menoleh terus menunjuk arah, "acik terus je nanti ada papan tanda arah dewan." Lelaki itu mengangguk faham lantas dia pun berjalan pergi sendiri. Ini pasti bapak bapak yang baru dapat parking dan ingin menemui anak bini yang awal-awal lagi dia sudah drop terlebih dahulu.

Hariz berdiri di tepi jalan sendirian. Tugasnya pada hari itu adalah untuk menunjuk arah Dewan untuk pelajar mendaftar diri. Agak sendu memandangkan dia takde geng nak berbual. Jadi dia terpaksa tercongok di situ sendirian. Memerhati anak-anak baru berjalan bersama ibu bapa mereka.

Hariz didatangi sekumpulan perempuan, "bang dewan mana?" Hariz tersenyum lantas menunjuk arah, "terus je nanti ada papan tanda arah dewan."

Setiap kali orang yang melintasi dia, skrip Hariz masih sama dan tidak berubah kerana persoalannya juga sama, "di mana dewan?"

"terus je nanti ada papan tanda arah dewan."

"nanti abang terus je ada papan tanda tunjuk dewan."

"adik terus je nanti ada papan tanda arah dewan." Pastikan TMS memainkan peranan utama untuk menjalankan tugas dan menjaga nama baik Universiti seperti yang dipesan Ketua MPP semalam semasa briefing semalam. Begitu lah skrip Hariz berulang sehingga tamat Hari Pendaftaran Pelajar baharu. Sendu itu mesti tetapi nasib lah Hariz okay okay saja. Sendu pun boleh hidup maaa.

T untuk tangan

M untuk muka

S untuk suara

******

Malam itu, solat maghrib berjemaah diadakan di masjid universiti mereka. Hariz menjadi salah seorang MPP yang harus menjaga jalan untuk pelajar berjalan memandangkan kawasan sekitar sedikit gelap. Dia menyuluh ke arah pelajar, "jalan elok elok tengok lubang" pesan dia lagi kepada pelajar-pelajar disitu.

Bila turn lelaki jalan sudah habis, barisan akan diikuti oleh pelajar perempuan pulak. Part ni Hariz paling tak suka, nak kena mengadap perangai budak perempuan pulak. Perempuan bila dia ramai, lelaki lah seksa nak kena tahan mesti kena bahan. Lagi lagi bila sendirian, ada saja nanti dibahan. Tak percaya saksikan.

"Hati hati jalan. tengok bawah ada lubang tak." sebut Hariz mengingatkan pelajar itu. Terdengar pula satu suara diantara pelajar itu berbunyi, "abang tengok bawah bang. Nanti abang yang termasuk lubang." Hariz cuba mencari siapa yang berkata begitu tetapi tak nampak pulak. Dia biarkan dengan menyengih saja.

"Oh mak kau meletup." suara perempuan melatah barangkali terpijak sesuatu. Hariz berlari ke situ. Tapi perempuan itu nampak baik-baik saja. "okay ke?" soal Hariz mulai cemas menyuluh ke arah budak itu. Budak itu tersengih mengangguk. Jalannya pantas ke depan meninggalkan Hariz disitu. Hariz kembali pantau pergerakan pelajar. Tiba-tiba rasa macam ramai pulak pelajar perempuan malam itu.

"Hati-hati." pesan Hariz tak lekang dari mulutnya. Dan setiap kali dia sebut pasti ada je bunyi burung menjawab,

"abang tengok belakang. takut nanti ada orang teman."

" hati hati bang nanti terjatuh lubang cinta."

"bang ada tikus bang." jerit seorang pelajar entah dari mana membuatkan Hariz terkejut lantas cuba berlari untuk mengelak dari tikus. Serta-merta itu juga pecah gelak pelajar perempuan yang sedang melalui ketika itu melihat gelagat Hariz. Hariz tahu dia ditipu tapi tindakan refleks dia lebih pantas dari logik mindanya.

Dia mencekak pinggang menahan malu dan dalam masa yang sama nak marah tapi tak sampai hati nak marah. Dia hanya diam dan berharap barisan itu cepat habis. Tak tertahan nak menanggung perangai pelajar perempuan zaman sekarang. Sambil di dalam hatinya,

takpe harini hari kau, esok siaplah kau kena ragging kau. Aku gelak je nanti.

*****

"...Harini kita perkenalkan dulu mpp yang ada dekat sini. Nanti esok kita perkenalkan yang selebihnya."

Hariz masuk ke dalam masjid setelah selesai memantau barisan pelajar. Baru sahaja dia hendak duduk di saf belakang tiba tiba, "Hariz Iskandar mana dia?" sebut Ketua MPP mencari kelibatnya. Orang disebelah Hariz, "Is nama kau kena petik." Hariz terkejut memandang orang disebelahnya.

"asal mat? aku buat salah apa?"

"tu kau kena iqamat. Nak solat maghrib dah." jelas lelaki itu membuatkan Hariz membuntangkan matanya terkejut. Dia tidak menyangka sekejam ini nama dia akan dipetik dihadapan ramai pelajar.

Malapetaka apa lagi aku dapat ni bisik Hariz pasrah. Lantas dia pun bangun dari duduknya. Baru saja bangun kedengaran. "Bagi tepukan gemuruh pada abang player kita ni Hariz Iskandar. Tapi ingat ye bukan Player buaya, player bola." usik Ketua MPP itu. Tepukan gemuruh dari dalam masjid itu kepada Hariz. Di dalam hatinya tika itu dah sumpah seranah Ketua MPP itu.

dia nak solat ke nak buat konsert suruh tepuk tangan. Bisik Hariz bengang di dalam hati. Tubuh badannya dah berpeluh. Ni kalau salah harakat malu oii lagi lagi bila dia diberikan ear microphone. Dia senyum kelat kepada Ketua MPP itu. Lelaki itu menepuk bahunya dan berbisik, "good luck, ini peluang nak naik pangkat. Kena tanggung malu sikit."

Hariz mengelap peluh di dahinya sebelum memulakan...


*to be continued.....

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now