"ni pasang macam ni. Lepastu pasang macam ni." Alya sedang bermain bersama Adam, Idris dan Anisha melayani mereka membina istana lego katanya.
Kaklong sedang makan bersama Faiz di dapur memandang Alya. "Kan elok jadi mak muda. Reti main dengan anak. Tak macam kita tahu makan je." seloroh Kaklong mengutuk diri sendiri bersama Faiz. Faiz mengangguk bersetuju. Mereka berdua ketawa selepas itu.
"Ya. Laki kau mana?" Tanya Kaklong teriak dari arah dapur supaya Alya boleh dengar suaranya. Alya tidak mendengar pada mulanya, tetapi Nisha menegurnya. "Ibu, tu mummy panggil."
"Eh mummy panggil ke?" Alya mula perasan suara kaklong terjerit-jerit dari dapur. "Haa main dulu."
"Oiii." Alya menyapa panggilan Kaklong berdiri di situ join kaklong dan Faiz di meja makan. "makan Ya." pelawa Faiz memandang Alya.
"Makan lah Ya laksa khemah hijau. Sedap ni." tambah Kaklong sudah standby mangkuk untuk Alya tetapi Alya menolak dengan alasan masih kenyang. Kaklong mengangguk faham dan join makan bersama suaminya, "haa aku lupa. Hariz mana?Grab ke?"
"Haah."
"betul hustle demi hasil kan dia b. Kan bagus kalau you kerja keras macam adik i." dah sudah Kaklong membandingkan pula Hariz dan Faiz. Faiz membuat muka, "Hariz budak lagi. Biarlah dia. I dah tua."
"kerja keras pun. Ya balik ni nak jumpa dia. Dia pergi buat grab pulak." adu Alya melakukan sedikit curhat. Sakit hati lah tu dengan sikap Hariz asyik nak cari duit je kerjanya.
"Dia nak cari duit lebih lah tu. Dengar haritu korang nak masukkan Adam sekolah kan. Tu dia cari duit lebih tu." Alya berkerut tidak memahami akan kata-kata Kaklong.
"sekolah? Ya tak tahu pun."
Kaklong dan Faiz saling berpandangan. "jangan kata Hariz tak bagitahu kau." Alya lantas menggeleng kepala masih clueless dan tak mengerti apa-apa. Alya memandang ke tempat lain dan tiba-tiba ekspresi wajahnya berubah, "ohhh haah haritu Hariz ada bagitahu." tipu Alya cover semula ekspresi dia awal tadi. Ekspresi dia tak tahu awal tadi terang-terang menunjukkan dia seperti ibu yang tidak tahu apa-apa tentang anak-anak.
*****
Hariz pulang penat setelah hampir 14 jam dia buat grab. Tak pulang ke rumah dan betul-betul struggle dia kejar order. Tiada call mahupun text dari Alya. Hariz kekal tabah. Dia masuk ke dalam bilik melihat anak-anaknya sudah tidur tika itu.
Alya tiada di bilik. Hariz merapati tubuh Idris. Lalu dicium anaknya dengan penuh kasih sayang. "Baba minta maaf tau baba tak dapat main dengan abang adik. Nanti baba dah banyak duit kita pergi jalan jalan okay." Cerita Hariz kepada tubuh kaku anak-anaknya yang sedang ketiduran. Hariz mencium Adam pulak. Baru sahaja dia hendak terlelap di atas katil.
"Aik dah balik? Fikir tak ingat jalan balik." seloroh Alya keluar dari bilik air. Hariz memandang Alya lalu melepaskan keluhan. Dia kembali baring di katil malas nak mula pergaduhan dengan Alya. Hariz merapati mukanya dengan wajah Adam.
"Balik dari luar terus cium anak. Cuba mandi dulu tak boleh ke? Tah asap asap luar awak sedut. Tak elok tahu tak." bentak Alya lagi bengang. Kali ni dia betul-betul ingin mencari pasal dengan Hariz. Dia ingin mencabar kesabaran Hariz.
Hariz mengeluh panjang. Dia mencuba untuk sabar lagi walau ayat Alya terlalu kasar dan pedas tapi takpe. Dia masih kuat nak lawan perasaan barannya. Sabar Riz, dia saja nak cari gaduh tu. Elok kau mandi. Bisik Hariz memujuk emosinya sendiri tika itu.
Hariz bangun dan terus mencapai tualanya, dia langsung tidak menghiraukan Alya yang tercengat di depan pintu bilik air. Alya memandang Hariz masuk ke dalam bilik air lalu menghempas pintu bilik air. Tanda kemarahan dalam diam. Alya disitu terkejut melompat dengan hentakan pintu itu.
"Hempas hempas. Nanti kopak pintu tahu takde duit!!" Alya sudah melampau dan rasanya Hariz seperti tidak sabar lagi. Hariz keluar dari bilik dengan muka bengis.
"Tak, sekarang ni awak ni kenapa?" Hariz berjalan laju ke arah Alya dengan muka bengis membuatkan Alya mulai takut dan mengundur di setiap langkah maju Hariz. Alya mendapat akal untuk terus menang dalam pertempuran ini. "saya kenapa? awak sekarang ni macam orang panas baran ni kenapa?"
"tak awak ni kenapa?"
"saya kenapa? tanya diri awak tu. Bagus ke? bagus sangat ke?"
"Apa maksud awak ni?"
"dah cukup dah tunjuk hebat dekat semua orang? tunjuk hebat konon boleh handle anak sendiri. Kerja keras nak bawak anak masuk tadika. tak bagitahu mak dia pun. Tahu tahu semua buat keputusan sendiri!!!" ayat terakhir itu disebut dalam nada yang kuat seperti menjerit. Alya melepaskan amarahnya. Hariz terdiam faham akan kemarahan itu.
"apa yang saya tak bagitahu. Benda takde lagi kot."
"memang lah takde lagi, tapi awak planning tanpa bincang dengan saya. Awak kena ingat tau saya ni mak dia." Bentak Alya lagi seperti dirasuk setan. Dia langsung takde rasa hormat dan tidak mencuba untuk bercakap baik-baik. Ini sepertinya dendam yang lama tersimpan. "habis Adam bukan anak saya?" Hariz menambah keras saja bunyinya juga tidak mahu mengalah dan cukup tidak sabar dan lantak lah apa pun berlaku.
"saya bawak Adam dalam perut saya 9 bulan. Awak fikir awak berhenti sekolah awak kerja keras nak sara dia. Awak lebih berhak ke untuk buat semua keputusan sendiri? Saya berhak untuk tahu semua pasal Adam. Saya lebih berhak lebih dari awak!!" Alya sudah minat diakhir kata pasti terselit jeritan bingitnya.
"Ibu?Baba?" Adam bangun menggosok matanya memandang Hariz dan Alya yang sedang bertengkar. Alya dan Hariz memandang Adam serentak. Idris juga turut mulai menangis seperti mengalami mimpi buruk dibawa dengan gangguan suara bising dari ibu dan babanya. Alya terus menolak Hariz ketepi sempat menjelingnya dan berlari ke arah anaknya. Cuba menenangkan Adam dan Idris.
Hariz diam disitu. Dia cuba menahan rasa dan emosi di dalam hati. "betul saya tak buat apa apa. Saya tak berhak." Hariz lantas terus beredar keluar dari bilik meninggalkan Alya dan anak-anak sendirian. Hatinya sudah tidak tahan.
Dia start-kan motornya dan memecut pergi selaju mungkin. Sepanjang perjalanan itu airmata dia tidak berhenti mengalir dengan deras dalam keadaan tidak rela. Dia tidak menangis tetapi airmatanya mengalir tanpa henti. Menandakan hati sedang sakit.
bertabah lah wahai Hariz
*to be continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...