Hariz masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari Penang terus ke Tanjung Malim. Penat tak terkata beb!
Terlihat Zafri sepertinya sedang bercintan-cintun dalam phone bersama aweknya. Zafri tak perasan tu Hariz masuk bilik jadi Hariz punya idea iblis.
"hoii.."
"ohh mak kau meletup bodoh." Zafri melatah sekali gus menghilangkan ke macho-an di dalam diri Zafri. Depan awek pulak tu. Terkekek- kekek Hariz gelakkan si Zafri tu. Terdengar pula awek Zafri...
"eyy sayang you melatah."
"taklah tu tak sengaja." jawab Zafri sambil tunjukkan 'middle finger' pada Hariz. Hariz tidak berhenti gelak.
***
Puan Mariam baru selesai tidurkan Adam dan Idris. Dia masuk ke dalam bilik terlihat Encik Abu sedang membaca buku. Memang hobi Encik Abu baca buku gamaknya.
"Buku apa abang baca tu. Nak tengok sikit." Puan Mariam menyibuk nak melihat buku yang sentiasa dibaca suaminya. Pantas Encik Abu menutup buku itu. "ehh tak boleh ni buku sejarah pahlawan untuk laki-laki. Awak takkan nak jadi pahlawan?" tolak Encik Abu dengan berbagai alasan tak munasabah.
"eleh awak tu dah tua takkan nak jadi pahlawan juga. Main lari lari dengan cucu pun lutut dah longgar. Ada hati nak jadi pahlawan." seloroh Puan Mariam selamba segera baring dan menutup lampu. Terasa menyampah dengan statement suaminya.
Adalah tu gambar bukan-bukan macam cerita Pramlee tu.
***
Pulang saja dari Penang. Hariz tanpa rehat terus buat assignment-nya yang sepatutnya sehari suntuk diisi dengan buat semua tu. Jadi sekarang tak boleh tangguh dan dia harus buat walau badan meronta untuk rehat.
"aku chaw tidur dulu Is. Kalau ada bau kemenyan ke bau bangkai ke. jangan lupa baca ayat kursi tau." sempat lagi Zafri berkata-kata perkara-perkara begitu dikala sekarang tepat jam 3 pagi. Hariz tergelak sempat balas dengan memberikan 'middle finger' pada Zafri. Zafri tergelak bersahaja sebelum berdengkur.
Dalam kesibukannya menaip entah apa kerjanya. Hariz terpandang kalendar di hadapannya. Lagi 2 minggu dia balik rumah. Rindu betul dekat dua pendekar itu.
Hariz baru nak on phone konon nak telefon Alya tetapi dia tertekan notification instagram yang orang buat live tu. Cepat-cepat Hariz back.
Dikala itu dia ternampak instagram Mirul kawan sekolahnya dulu sekali gus kawan paling setan antara semua. Dia pun tekan story ig Mirul.
Terlihat wajah Mirul tersenyum bersama seorang perempuan bersama caption: with love ❤
Hariz tersenyum bahagia lihat Mirul dah dilamun cinta lagi lagi cinta. Dia pun reply story instagram Mirul. "pandey doh inggeris boh."Tak lama scroll instagram, Mirul pun reply. "pundek"
Hariz tersenyum saja. Rindu zaman sekolah yang penuh pancaroba dulu. Sesekali ter-throwback.
Throwback..
Hariz berjalan bersama tiga ekor kumbang lagi iaitu Azrul, Mirul dan Aiman. Bukan tiga ekor dah jadi empat ekor gamaknya.
Mereka terlihat Nasrul (budak yang sering mereka buli) berjalan sambil menikmati keropok lekor yang dibeli dari kantin penuh asyik. "tu ha janda kau asyik betul dia makan." sebut Hariz tunjuk pada Nasrul. Kawannya lagi bertiga pun turut pandang ke arah tangan Hariz.
Lekas Mirul berlari ke arah Nasrul. "oii kau makan apa ni nak sikit." Mirul terus merampas keropok lekor Nasrul dan gigit satu.
"Mak aku cakap haram kalau makan makanan orang tanpa izin dia nanti sakit perut." lekas Mirul meludah makanan itu akibat percaya akan kata itu. Hariz, Azrul dan Aiman segera gelakkan kebebalan Mirul.
"kurang asam kau." Mirul pun acah acah nak belasah. Hariz dan yang lain sambung pura pura gelakkan Mirul sampai lah ketua pengawas kerek tiba, Shahrul.
"Hoii buli Nas lagi ke?" pantas empat empat berlari tinggalkan Nas yang berusaha tutup mukanya dari dibelasah konon padahal tak pun. Mana pernah Hariz dan kawan kawannya belasah orang. Buli tu selalu.
"Bosan sial main lari lari dengan Shahrul. Ingat police entry ke." marah Aiman penat sandar pada bahu Azrul yang turut mengah.
"CC jom. Siapa sampai motor dulu aku belanja CC." cadang Hariz segera dipersetujui mereka. Maka berlari lah mereka berempat tapi malang sekali Hariz sampai dulu.
"aku belanja diri aku sendiri." Hariz berlagak pabila sudah panjat motor. Mereka semua buat muka sememangnya dorang tahu Hariz ada helah dikala perkataan nak belanja.
Hariz baru nak start motor sekali tengok minyak motor dah berkelip. "adui sial duit tak bawak." kata Hariz sendiri. Duit ada untuk CC mana cukup nak bayar minyak motor walaupun seringgit.
Hariz terpandang sorang budak nametag hijau okay budak form 3. Jadi dia pun "oii sini." panggil Hariz. Budak tu pergi ke arah Hariz. "nak dua ringgit."
"takde bang."
"aku bantai kang. Nak sembang aku pulak." kata Hariz. Segera budak tu buka dompet dan serahkan duitnya pada Hariz. "menurut arahan tahniah. Hari kau akan indah je di sekolah ni." Hariz mencium duit pemberian budak itu lalu terus chaw bersama kawan-kawannya selamba walaupun waktu sekolah tak habis lagi.
End throwback...
Hariz menggeleng kepala sahaja apabila teringat betapa jahatnya dia dulu. Kesian budak yang dia minta duit tu. Dan ramai lagi.
Hariz tutup phone dan terus sambung kerjanya kembali sebelum akhirnya dia sendiri kalah dan menyerah tidur di atas meja belajar sehingga keesokan paginya. Penat sangat gamaknya!
*to be continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/168404288-288-k780448.jpg)
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...